Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

PKS - Menuju Daulah (Kerajaan)

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. [Al-Baqarah, 2 : 247]

Mari kita berkenalan dengan PKS, atau nama penuhnya Partai Keadilan Sejahtera. Kalau Islam itu dikatakan diperjuangkan oleh mana-mana pihak, maka PKS boleh dijadikan rujukan...



Kepada mereka yang tidak tahu, PKS ialah salah sebuah perti politik ISLAM di Indonesia. Ada sebab penulis membesarkan perkataan Islam tersebut. Sila membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang PKS.

Mereka bukan sekadar memperjuangkan daulah Islamiyyah semata-mata, namun mereka juga menekankan kemasyarakatan...justeru membenarkan pernyataan "Islam itu syumul".

Oh ya, mereka sedang dalam proses menggapai daulah, belum lagi menggapainya.

* PKS tidak sama sekali dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Malaysia...jauh sekali.
* Dan, amal mereka jauh lebih hebat daripada kita...itu sudah pasti.

~ Sekadar untuk mengambil iktibar... ~

Friday, June 5, 2009

Kestabilan atau Perubahan?

Bismillahirrahmanirrahim...



"Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."
[Al-Isra', 17 : 81]


Kem BTN, atau nama penuhnya Kem Birotatanegara, sememangnya mengajar pelbagai ilmu kepada para pesertanya, khususnya ilmu kenegaraan, dan sememangnya berjaya memupuk semangat cintakan negara yang mantap dalam diri masing-masing. Diri ini juga tidak terkecuali, dan kini, insya-Allah, diri ini mengerti tentang kepentingan memartabatkan maruah negara. Kerana, tanpa negara, siapalah kita...di manakah kita hendak memijakkan kaki atas muka bumi ini?

"Kita pergi BTN ini ambil ilmunya, yang lain itu, biarkanlah..."
- Lebih kurang inilah kata-kata salah seorang rakan baik di BTN tempoh hari.


Kita dapat melihat kini di negara kita, apakah sejarah akan berulang kembali? Kalau 498 tahun dahulu, kerajaan Melaka yang pernah utuh dan kukuh dengan mudahnya dijatuhkan. Kalau 85 tahun dahulu, Khilafah Islam yang pernah suatu ketika menguasai 2/3 dunia telah dijatuhkan. Apakah Malaysia akan mengalami nasib yang sama?

Kita melihat sekarang ini, ya, di luarnya, negara kita secara amnya masih stabil. Namun, jika kita memperincikan pemerhatian kita, kita akan dapat melihat bahawa negara kita tidaklah seaman mana.

Di satu pihak, terdapat suatu institusi yang telah menjamin kestabilan negara setelah sekian lama. Namun, ada segelintir kelompok masyarakat tidak merestui tindakan mereka yang melakukan suatu kesilapan yang melibatkan sentimen parti membuak-buak. Tindakan pengambil alihan posisi sebagai peneraju suatu negeri.

Kerana inilah ada yang tidak puas hati berlaku pertukaran kuasa di sana. Kerana perlembagaan negeri tidak dijulang. Maka, adalah pihak yang sanggup membawa isu ini ke mahkamah bagi memuaskan hati mereka. Dan ini menimbulkan ketidakstabilan di suatu kawasan di negara tercinta ini. Dan, kerana inilah sebilangan rakyat bangkit, menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kesalahan ini. (Untuk tahu kesalahan apa yang dimaksudkan, sila nyatakan hasrat anda itu ye...yang pergi BTN tempoh hari, ada perkara-perkara yang tidak disampaikan sebenarnya)

Namun, pihak satu lagi yang menentang pihak yang telah selama ini membawa kestabilan di negara ini semenjak 1957 juga melakukan kesilapan. Mereka hendak mencetuskan gerakan perubahan di negara ini. Mereka berpendapat, bahawa negara ini seharusnya dipegang oleh semua rakyat, tidak mengira bangsa ataupun agama. Tidakkah mereka sedar, bahawa orang Melayulah yang telah selama ini menetap di bumi bertuah ini. Adakah mereka lupa?

Ini tidak dapat diterima sama sekali. Kerana orang Melayulah yang menjadi tuan tanah semenjak sekian lama. Maka, perjuangan ini boleh dikatakan membawa risiko kepada 'tuan tanah' negara ini.

Justeru, kita, sebagai pemuda-pemudi negara, harus memilih jalan yang mana?

Sebenarnya, tidak perlu untuk kita mengikut mana-mana. Tetapi pilihlah yang benar, dan atasi kebatilan:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
[Ali Imran, 3 : 110]


Kita harus mengorak langkah kita sendiri. Kita harus membaiki diri kita, sehinggalah muncul suatu generasi kepimpinan yang terbaik.

Kerana kitalah yang bakal memimpin negara kelak.
Kerana kitalah yang menentukan hala tuju negara kelak.
Kerana kitalah harapan bangsa dan negara kelak.

Marilah kita membina diri kita, selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah, agar kita tidak sesat selama-lamanya, dan dapat membina generasi terbilang...! (Cakap senang, padahal diri ini masih lemah dan tidak konsisten...tetapi tidak salah untuk kita mencuba, kan?)

Sunday, March 8, 2009

Setahun Sudah Berlalu



























Bismillahirrahmanirrahim...

Tepat setahun sudah berlalu...semenjak Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12...8 Mac 2008...
Suatu pilihan raya yang menggegarkan tanah air Malaysia...
Dan mungkin, Malaysia tidak akan sama lagi seperti dulu...

Setahun sudah berlalu...politik di Malaysia kian kotor sehari-hari..
Ada yang memperjuangkan agenda bangsa...
Ada yang memperjuangkan agenda bahasa...
Ada yang memperjuangkan agenda agama...
Masing-masing dengan agenda tersendiri...

Kita melihat, politik partisan semakin menjadi-jadi. Kita juga dapat melihat demonstrasi sana sini lebih dahsyat dari dahulu...dan lebih kerap.

Kita dapat melihat dalam Parlimen, pemimpin-pemimpin kita bertikam lidah kerana isu-isu kecil yang tiada faedah langsung bagi rakyat...
Kerajaan mahupun pembangkang...sama sahaja kedua-duanya...
Tiada moral..
Tiada etika..
Tiada prinsip..

Ada juga pemimpin yang tiada prinsip...
Sama ada menyuruh orang melompat parti, mahupun orang itu sendiri melompat parti...
Tidak patut...
Dengan hanya genggaman wang yang menjadi berhala manusia kini, prinsip yang dipegang dengan utuhnya semenjak dahulu dikorbankan begitu sahaja..

Begitulah situasi di tanah air tercinta, Malaysia...
Setahun sudah berlalu...

Sunday, February 22, 2009

Mana Prinsip Kamu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Memandangkan situasi di Malaysia sekarang kucar-kacir..mari kita melihat sedikit sebanyak, apa yang terjadi.

Demonstrasi? Sudah menjadi norma kehidupan di Malaysia kini.
Reformasi? Sudah menjadi slogan perubahan Anwar Ibrahim.
Ketuanan Melayu? Sudah menjadi agenda UMNO semenjak sekian lama.

Di Malaysia ini, kita melaungkan kebebasan memilih pemimpin...kebebasan rakyat.
Di Malaysia ini, kita melaungkan demokrasi...suatu sistem yang memberikan kuasa kepada rakyat (sepatutnya).
Di Malaysia ini, kita melaungkan Keluhuran Perlembagaan, yakni Prinsip Rukun Negara ke-3...

Namun, sekarang, manakah Prinsip kamu, wahai pemimpin? Manakah perjuangan kalian?

Tidak kisahlah sama ada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Dato' Seri Najib Razak, mahupun Barisan Nasional...kesemuanya berjuang atas nama bangsa dan negara tercinta...

Namun, ingin diutarakan suatu persoalan...di manakah prinsip perjuangan pemimpin-pemimpin masa kini?

Ya, melompat parti itu suatu yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Itu tidak dinafikan. Tetapi, kalau dikatakan dengan lompat parti merupakan suatu yang mendatangkan manfaat kepada rakyat, minta maaf, kalian silap. Sesungguhnya, kita melihat, dari sejarah, kesannya amat buruk.

Lihat sahaja di Perak, keadaan menjadi huru-hara. Idea yang pernah dilaksanakan pada masa dahulu, telah disebut-sebut semula oleh Anwar Ibrahim menuju tarikh 16 September 2008, dan telah diimplimentasikan oleh Barisan Nasional pada Februari 2009. Lompat parti. Akibatnya? Demonstrasi sana-sini. Huru-hara dan kacau-bilau.

Mana etika kalian, wahai pemimpin-pemimpin? Tidak kisahlah kepada pemimpin yang sama ada melaungkan idea ini, mahupun kepada yang melaksanakan idea ini. Dengan mudah sahaja kalian mengorbankan prinsip perjuangan kalian.

Ya, Anwar Ibrahim telah mengorbankan prinsip perjuangan yang pernah diaspirasikan olehnya semasa beliau bersama UMNO dahulu, kerana UMNO yang menyingkirkannya. Namun, kita melihat dia sekarang tetap dengan pendiriannya menentang kepimpinan sekarang. Itulah prinsip tegar. Tetapi, tak usahlah menimbulkan idea kepada pemimpin-pemimpin lain agar mengubah prinsip mereka. Tidak beretika. Tidak berprinsip. Tidak patut. Kita lihat sekarang, siapa yang rugi? Ahli Pakatan yang lompat parti...

Kepada pemimpin sekarang, tidak perlulah sogok-menyogok, rugi sahaja. Kerana wang, terkorbanlah prinsip perjuangan, di mana dengan prinsip perjuangan inilah rakyat memilih mereka sebagai ADUN atau ahli parlimen. Dengan mudahnya pertukaran prinsip ini, maka dengan mudahlah rakyat memberontak...

Samalah dengan kita sebagai orang Islam. Sekiranya kita tidak tetap dengan pegangan kita dengan ajaran Islam, maka tidak mustahil, kita akan 'melompat' keluar daripada ajaran yang agung ini. Lihat sahajalah di Malaysia, berapa ramai yang murtad? Sangat ramai. Mengapa ini terjadi? Ini adalah kerana mereka tidak memahami Islam. Tidak memahami ajaran murni ini. Tidak mengerti keagungan ajaran Islam berbanding ajaran yang lain...

Saturday, December 20, 2008

Bacalah...Tengok Sebak Ke Tidak...

Saturday, August 23, 2008

Pengundi Hantu??

Bismillahirrahmanirrahim...

Haha...ni sekadar nak berkongsi salah satu banner pilihan raya kecil P44 - Permatang Pauh yang pernah diri ini lalui semasa melalui kawasan Permatang Pauh tempoh hari...

Tengok banner tu elok2, kalau tak nampak, click pada gambar untuk besarkan:


Haha...macam-macam le jenis poster, banner, bendera dan lain-lain yang dipasang oleh penyokong calon-calon yang bertanding...

May the elections be run in a fair manner...
May the right person win to lead the constituency...
May the victorious MP lead the area towards further prosperity...
May the future MP free the people from any oppression...

“ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (petikan al-Hadith)

"Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi." [Al-Baqarah, 2 : 30]

Friday, June 13, 2008

Khutbah Jumaat....Peringatan Islami atau Sekadar Bicara Kosong?




Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - [Al-Jumu'ah, 62:9]


Khutbah Jumaat, salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, di mana tanpanya, tidak sahlah solat Jumaat. Dan, apakah hikmah khutbah Jumaat dilaksanakan sebelum solat Jumaat? Kita lihat di sini, solat Jumaat hukumnya wajib ke atas semua lelaki mukmin, dan, kesemua lelaki yang bergelar muslim perlu ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Dan, apabila beramai-ramai mereka berkumpul di masjid, maka, dengan adanya khutbah Jumaat, dapatlah mereka bersama-sama, dalam satu jemaah yang besar, menerima input dan peringatan tentang Islam, agama mereka. Mereka akan dapat memperoleh nasihat, lalu secara kolektifnya, memperbaiki diri, iman dan Islam mereka....dan bukan sahaja dapat peluang mencapai pahala 27 kali solat dengan solat berjemaah semata-mata.

Namun, apakah khutbah Jumaat kini mencapai objektifnya, yakni untuk memberikan peringatan Islami kepada para mukmin? Tepuk dada, tanya selera. Secara jujurnya, mengikut pengalaman, objektif itu tidak tercapai. Mengapa?

1) Khutbah Jumaat hanya dibaca mengikut teks yang diberi, bukannya spontan. Dan biasanya teks khutbah adalah umum, dan tidak mengikut kesesuaian tempat (teks khutbah biasanya dirikan teks yang sama bagi seluruh negeri, tak kira kampung atau bandar). Maka, kalau dah khatib kena baca je apa yang tertulis dalam teks, maka, mesej tidak akan dapat sampai, kerana, mungkin teks yang diberi tidak sesuai dengan keadaan semasa dan masyarakat sekeliling. Justeru, khutbah yang spontan (di mana hanya imam2 yang bertauliah sahaja yang berkhutbah) sepatutnya disampaikan, kerana dengan cara ini, khatib akan dapat menyesuaikan khutbah dengan situasi tempat dan masyarakat (bagi tajuk, khatib hurai sendiri).

2) Imam yang membaca khutbah biasanya hanya sekadar membaca; udahlah membaca sahaja, lepas itu membaca dengan tidak bersemangat langsung. Sedangkan khatib sendiri tidak bersemangat, inikan pula makmum - habis tertidur...

3) Ini trend latest - khutbah jadi ceramah politik. Ape kena aa sampai jadi camni? Orang berkhutbah nak beri nasihat Islami, nak beri peringatan, tapi lain pula jadinya. Bagi khutbah pasal parti itulah, parti inilah, sokong kerajaanlah, sokong pembangkanglah, calon itu dan inilah... Memang, tidak patut, dan lari daripada hikmah khutbah Jumaat yang sebenarnya, yakni untuk memberikan peringatan.

Secara kesimpulannya, khutbah Jumaat pada masa kini sememangnya telah lari daripada tujuannya yang sebenar, yakni untuk menyampaikan peringatan dan nasihat Islami kepada para muslimin.

Sebagai contohnya, khutbah Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya, 13 Jun 2008, di mana khatib bercakap mengenai tajuk "Berjimat Cermat". Masa mula-mula agak mantap aa isinya... Namun, semakin lama berjalan, masuk pula hal2 politik - harga minyak. Khatib pergi terangkan pula kenapa harga minyak patut naik, bagi justifikasi pula kenapa harga minyak itu naik...dan secara tidak langsungnya tindakan kerajaan Persekutuan menaikkan harga minyak itu adalah patut dilakukan... Ke mana perginya penghayatan Islam??

Sudahlah, berhenti di sini sahaja. Wahai imam-imam se-Malaysia, laksanakanlah usaha bagi memantapkan kembali khutbah Jumaat di seluruh negara, dan bukan hanya percakapan kosong semata-mata....

Thursday, June 12, 2008

Kontradiksi

Haha, cuba lihat artikel di bawah ini....:


Tidakkah kontradiksi berlaku sekarang?

Monday, June 9, 2008

Harga minyak naik....tak patut betul


Bismillahirrahmanirrahim...kali ini kita bincangkan mengenai hal ehwal semasa pula yer...

Straight to the point, memang tajuk ada justifikasinya. Kenapa kerajaan perlu menaikkan harga minyak secara drastik dan tiba-tiba? Diri ini menulis dengan pengetahuan yang tidaklah seberapa, jadi, perbetulkanlah apa yang salah yer... Ini hanyalah pendapat semata-mata.

Satu justifikasinya mengapa kerajaan tidak patut menaikkan harga minyak ialah negara kita ini merupakan negara pengeksport minyak, di mana minyak dari negara kita disalurkan keluar. Adakah logik sekiranya negara pengeluar minyak mengenakan harga minyak yang tinggi kepada rakyatnya? Tidak. Ya, kerajaan membandingkan harga minyak di negara kita dengan negara-negara lain yang lebih tinggi, seperti Thailand dan Singapura, tetapi, persoalannya, adakah Thailand dan Singapura merupakan pengeksport minyak? Jawapannya tidak, negara-negara tersebut merupakan pengimport minyak. Maka, logiklah negara-negara tersebut mengenakan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyatnya. Ini adalah kerana negara-negara tersebut perlu membayar kos-kos mengimport minyak kepada negara yang mengeksport minyak kepada mereka.

Tetapi kita? Adakah patut kita melabelkan negara kita setaraf dengan negara-negara yang mengimport minyak? Tidak. Tetapi, kerajaan sepatutnya membandingkan negara kita dengan negara pengeluar minyak yang lain...seperti negara-negara di Timur Tengah. Kalau hendak dibandingkan harga minyak, harga minyak di negara kita jauh lebih tinggi berbanding negara-negara sedemikian.

Perbandingan harga minyak...Malaysia vs Negara2 pengeluar minyak
UAE– RM1.19/litre Eygpt– RM1.03/litre Bahrain– RM0.87/litre Qatar– RM0.68/litre Kuwait– RM0.67/litre Saudi Arabia– RM0.38/litre Iran– RM0.35/litre Nigeria– RM0.32/litre Turkmenistan– RM0.25/litre Venezuela– RM0.16/litre MALAYSIA– RM2.70/litre

Itu satu. Satu lagi persoalan ialah mengenai Petronas (kepada semua member Petronas yang membaca, mintak maaf ye...). Kerajaan kata negara akan bankrap kalau harga minyak tak dinaikkan. Tengok, Petronas setiap tahun mendapatkan keuntungan berpuluh, jika tidak berbillion ringgit. Dan, keuntungan sebanyak itu diperoleh, meskipun harga minyak di negara ini disubsidikan menjadi harga rendah (yakni, sebelum kenaikan harga mendadak tersebut). Setelah pengurangan subsidi dan kenaikan harga minyak itu, bayangkanlah betapa banyaknya untung Petronas selepas ini. Dan, Petronas lebih kurang 70% milik kerajaan (kalau mengikut kata salah seorang member Petronas). Maka, keuntungan itu sepatutnya sebahagiannya disalurkan kepada kerajaan, dan Petronas sendiri (Petronas pun perlu guna juga keuntungan tu, untuk kekalkan kestabilan business, R&D, cari gali, gaji pekerja, dll), dan kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan itu demi kesejahteraan rakyat, bukannya menghabiskan keuntungan itu untuk projek-projek yang tidak bermanfaat, atau kegiatan-kegiatan lain yang tidak sepatutnya. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib rakyat sekarang. Mula-mula kena tanggung kenaikan harga makanan, sekarang minyak pula... Tidak patut betul.

Wahai pemimpin negara, jangan kalian menzalimi rakyat sendiri demi kepentingan sendiri. Ingatlah, kalian akan dibalas oleh-Nya sekiranya kalian benar-benar zalim....