Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, March 8, 2009

Setahun Sudah Berlalu



























Bismillahirrahmanirrahim...

Tepat setahun sudah berlalu...semenjak Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12...8 Mac 2008...
Suatu pilihan raya yang menggegarkan tanah air Malaysia...
Dan mungkin, Malaysia tidak akan sama lagi seperti dulu...

Setahun sudah berlalu...politik di Malaysia kian kotor sehari-hari..
Ada yang memperjuangkan agenda bangsa...
Ada yang memperjuangkan agenda bahasa...
Ada yang memperjuangkan agenda agama...
Masing-masing dengan agenda tersendiri...

Kita melihat, politik partisan semakin menjadi-jadi. Kita juga dapat melihat demonstrasi sana sini lebih dahsyat dari dahulu...dan lebih kerap.

Kita dapat melihat dalam Parlimen, pemimpin-pemimpin kita bertikam lidah kerana isu-isu kecil yang tiada faedah langsung bagi rakyat...
Kerajaan mahupun pembangkang...sama sahaja kedua-duanya...
Tiada moral..
Tiada etika..
Tiada prinsip..

Ada juga pemimpin yang tiada prinsip...
Sama ada menyuruh orang melompat parti, mahupun orang itu sendiri melompat parti...
Tidak patut...
Dengan hanya genggaman wang yang menjadi berhala manusia kini, prinsip yang dipegang dengan utuhnya semenjak dahulu dikorbankan begitu sahaja..

Begitulah situasi di tanah air tercinta, Malaysia...
Setahun sudah berlalu...

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, kamal! lme dah x bukak blog ko.. huhu.. ak add link ko kt blog ko ek, bleh?.. byk isu2 panas nih..

hmmm.. ak serius nyampah nk bukak utusan onl9 ke, harakah daily ke, etc.. zmn dolu2 b4 aku ade tenet, ak kepingin gile nk tgk buletin utama, bce2 paper..

n thn lepas, time cuti summer kt m'sia, kan kecoh psl sumpah laknat-melaknat. ak sikit nye nyampah smpe aku mimpi ak g parlimen, mintak izin kt tuan speaker n sound sume MP!!

kusut lah org2 tua kt m'sia tuh.. ak yg budak ni pn rse adik ak yg tadika 5 thn tu lg b'tamadun.. die pn slalu wat meeting dgn kwn2 bwh pokok! (maka, adkh adik ak dikira pro-pembangkang?)woha!! ;P

isyh.. kita perlukan revolusi.. tp bukan mcm style hitler ke, komunis ke, yg gulingkan raja2 trus rampas kuasa. style kita kn lemah gemalai, flexible, menahan di sana & sini, ala2 pokok gitu (sy. qutb dlm muqaddimah zhilail). masa adlh sbhgn drpd jln ini (ISHAB).

dah pjg.. mcm ak nye blog sindri plak. ko da tgk k video by s'org ikhwan dr Kuwait yg kire taiko r dlm minyak2. klu blom, jgn lpskn pluang ni.. gila best! bisa gugurkn air mata! bisa buat hati rse b'getar! insyaAllah..
http://www.youtube.com/watch?v=-orUTxbuXys.

d4uh said...

idopp melayu