Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, June 5, 2009

Kestabilan atau Perubahan?

Bismillahirrahmanirrahim...



"Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."
[Al-Isra', 17 : 81]


Kem BTN, atau nama penuhnya Kem Birotatanegara, sememangnya mengajar pelbagai ilmu kepada para pesertanya, khususnya ilmu kenegaraan, dan sememangnya berjaya memupuk semangat cintakan negara yang mantap dalam diri masing-masing. Diri ini juga tidak terkecuali, dan kini, insya-Allah, diri ini mengerti tentang kepentingan memartabatkan maruah negara. Kerana, tanpa negara, siapalah kita...di manakah kita hendak memijakkan kaki atas muka bumi ini?

"Kita pergi BTN ini ambil ilmunya, yang lain itu, biarkanlah..."
- Lebih kurang inilah kata-kata salah seorang rakan baik di BTN tempoh hari.


Kita dapat melihat kini di negara kita, apakah sejarah akan berulang kembali? Kalau 498 tahun dahulu, kerajaan Melaka yang pernah utuh dan kukuh dengan mudahnya dijatuhkan. Kalau 85 tahun dahulu, Khilafah Islam yang pernah suatu ketika menguasai 2/3 dunia telah dijatuhkan. Apakah Malaysia akan mengalami nasib yang sama?

Kita melihat sekarang ini, ya, di luarnya, negara kita secara amnya masih stabil. Namun, jika kita memperincikan pemerhatian kita, kita akan dapat melihat bahawa negara kita tidaklah seaman mana.

Di satu pihak, terdapat suatu institusi yang telah menjamin kestabilan negara setelah sekian lama. Namun, ada segelintir kelompok masyarakat tidak merestui tindakan mereka yang melakukan suatu kesilapan yang melibatkan sentimen parti membuak-buak. Tindakan pengambil alihan posisi sebagai peneraju suatu negeri.

Kerana inilah ada yang tidak puas hati berlaku pertukaran kuasa di sana. Kerana perlembagaan negeri tidak dijulang. Maka, adalah pihak yang sanggup membawa isu ini ke mahkamah bagi memuaskan hati mereka. Dan ini menimbulkan ketidakstabilan di suatu kawasan di negara tercinta ini. Dan, kerana inilah sebilangan rakyat bangkit, menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kesalahan ini. (Untuk tahu kesalahan apa yang dimaksudkan, sila nyatakan hasrat anda itu ye...yang pergi BTN tempoh hari, ada perkara-perkara yang tidak disampaikan sebenarnya)

Namun, pihak satu lagi yang menentang pihak yang telah selama ini membawa kestabilan di negara ini semenjak 1957 juga melakukan kesilapan. Mereka hendak mencetuskan gerakan perubahan di negara ini. Mereka berpendapat, bahawa negara ini seharusnya dipegang oleh semua rakyat, tidak mengira bangsa ataupun agama. Tidakkah mereka sedar, bahawa orang Melayulah yang telah selama ini menetap di bumi bertuah ini. Adakah mereka lupa?

Ini tidak dapat diterima sama sekali. Kerana orang Melayulah yang menjadi tuan tanah semenjak sekian lama. Maka, perjuangan ini boleh dikatakan membawa risiko kepada 'tuan tanah' negara ini.

Justeru, kita, sebagai pemuda-pemudi negara, harus memilih jalan yang mana?

Sebenarnya, tidak perlu untuk kita mengikut mana-mana. Tetapi pilihlah yang benar, dan atasi kebatilan:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
[Ali Imran, 3 : 110]


Kita harus mengorak langkah kita sendiri. Kita harus membaiki diri kita, sehinggalah muncul suatu generasi kepimpinan yang terbaik.

Kerana kitalah yang bakal memimpin negara kelak.
Kerana kitalah yang menentukan hala tuju negara kelak.
Kerana kitalah harapan bangsa dan negara kelak.

Marilah kita membina diri kita, selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah, agar kita tidak sesat selama-lamanya, dan dapat membina generasi terbilang...! (Cakap senang, padahal diri ini masih lemah dan tidak konsisten...tetapi tidak salah untuk kita mencuba, kan?)

2 comments:

d4uh said...

habis la ko...masuk ini sekolah anda baru tau...haha

PeRaNTau said...

pedia?