Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, June 5, 2009

Panglima Perang - Dahulu dan Sekarang





Bismillahirrahmanirrahim...

Sengaja diri ini ingin menulis tentang perkara di atas...boleh pula terfikir tentang perkara ini...

Mari kita sama-sama membandingkan ketua-ketua tentera dahulu dan sekarang...



Dahulu:
- Panglima-panglima peranglah, yang terdiri daripada amir tentera mahupun sultan/raja/khalifah itu sendiri yang mengetuai barisan ketenteraan dalam medan perang... Merekalah di hadapan sekali! Bukannya wakil atau pegawai lain...!

Misalnya:

1) Perang Badar (624 M)
- Nabi Muhammad SAW sendiri mengepalai barisan tenteranya, yang terdiri daripada 313 orang muslimin, menentang 1000 orang kafir.

2) Perang Salib III (1187 M - 1193 M)
- Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Mesir, memimpin sendiri tenteranya sewaktu kejayaan baginda menawan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. (Sebelum tahun 1187 lagi baginda sudah berjuang, tahun 1187 ialah tahun baginda berjaya merampas Baitul Maqdis). Selain itu, baginda juga mempertahankan Baitul Maqdis daripada dirampas.
- Selain itu, dalam Perang Salib III, bagi pihak tentera Salib, Richard I, Raja England, Philip II, Raja Perancis, dan Frederick I, Raja Holy Roman Empire (kawasan Jerman) memimpin sendiri tentera mereka dalam usaha untuk menawan semula Baitul Maqdis.

3) Penaklukan Constantinople (1453 M)
- Sultan Muhammad Al-Fateh, yang pada ketika itu hanya 21 tahun, memimpin tenteranya sendiri sewaktu baginda menawan kota Constantinople daripada penguasaan kerajaan Byzantine.



Cuba bandingkan dengan masa kini:
- Ketua tentera atau pemimpin negara hanya memberikan arahan sahaja, daripada markas tentera yang tertutup dan selamat, sementara tentera mereka bermati-matian di medan pertempuran. Jika tidak daripada markas, mereka menyembunyikan diri.

1) Serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan (2001 M)
- Presiden George W. Bush hanya memberikan arahan daripada White House / Pentagon (tidak pasti), sementara tentera-tenteranya berjuang di Afghanistan.
- Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat, yang sememangnya terkenal dengan strategi peperangan "Shock and Awe" hanya memberikan arahan, dan tidak langsung mengangkat senjata bersama-sama tentera darat dalam medan peperangan.
- Osama bin Laden, pemimpin tertinggi puak Al-Qaeda, tiada langsung kelihatan di medan peperangan, sementara askar-askar Taliban gugur syahid.

2) Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq (2003 M)
- Presiden Bush dan Tommy Franks melakukan seperti di Afghanistan.
- Saddam Hussein, yang sebelum perang bersemangat memberikan amaran kepada tentera Amerika sebelum perang, hilang entah ke mana, dan akhirnya ditangkap dalam sebuah lubang kecil.

3) Serangan Israel ke atas Palestin (2008 - 2009 M)
- Ariel Sharon, PM Israel, Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel dan Jeneral Gabi Ashkenazi, Panglima Tentera Israel, kesemuanya hanya memberikan arahan. Mereka tidak langsung mengangkat senjata.
- Lain pula bagi HAMAS. Tentera HAMAS berjuang bermati-matian, dalam medan perperangan, dan pemimpin-pemimpin lantang bersuara bagi menaikkan semangat. Pemimpin yang syahid juga ada...kerana mereka tidak lari daripada Gaza!
- Dan, akhirnya, tentera Israel tewas!

Sengaja diri ini menulis tentang panglima perang.
Bukankah ketua yang sepatutnya mengepalai barisan tenteranya di kala peperangan?

Sekadar renungan...

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal." [Ali Imran, 3 : 160]

3 comments:

alhuda said...

teringat akan sebuah buku yang dibaca di fun room kmb.tajuk ape ek..cam history of warriors or something xingat. but bila bukak area tokoh2 perang, my eyes came across with this word:

'salahuddin al-ayubi,one of the famous muslim warrior.ALTHOUGH HE WAS AN ENEMY,...'

wow.baru perasan buku tu was from the jew's point of view.

PeRaNTau said...

although he was an enemy of siapa?
tak abih ayat tu, tergantung...

mungkin dia nak kata "although he was an enemy OF THE CRUSADERS"...mungkin?

ke memang ayat die gitu je, and then sambung terus dengan perkara lain?

~musykil~
and, sapa penulis dia?

alhuda said...

aku tak ingat laa buku tuh tajuk ape n sape tulis...time tu curi2 bace time TOK......tak, part tu act die cerita yg salahuddin al-ayubi seorang yg sangat bagus dan disegani, walaupun die adalah musuh...
camtu ar kot...tak ingat sgt ayat penuh.