Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, June 28, 2009

Ketua Pemuda?

Bismillahirrahmanirrahim....



Pada suatu hari diri ini berbicara dengan seorang rakan, Zhaiem namanya (atau lebih boleh dikenali, Abe).

Katanya, yang sampai sekarang ini masih terngiang-ngiang di kepala (lebih kurang inilah yang dikatakannya, diubah sedikit daripada teks asal):

"Nanti, 10 tahun lagi, aku dapat tengok ketiga-tiga orang ni jadi ketua pemuda, seorang ketua pemuda UMNO, seorang ketua pemuda PAS, seorang ketua pemuda PKR..."


Diri ini pun membalas:

"Kalau terjadi macam itulah, barulah kerajaan perpaduan akan dapat diwujudkan, kan?"


Lagi satu, masih teringat kata-kata Ustaz Fauzi pada masa majlis wida' untuk anak buah usrah ISMA pada April lalu (lebih kurang inilah kata ustaz)...

"Dahulu masa ustaz dulu, ustaz diberitahu bahawa 10 tahun lagi, iaitu sekarang, ustaz akan jadi penggerak dakwah, tatkala 10 tahun lepas dakwah baru sahaja hendak bermula. Sekarang, ustaz cakap kepada antum, bahawa, 10 tahun lagi, antum semua akan ada tanggungjawab yang lagi besar, yakni politik juga akan dimasuki..."


~Sekadar lorongan minda~

Thursday, June 25, 2009

Pemangku

Bismillahirrahmanirrahim...

Ayah kini di Shah Alam...
Ibu kini di Kuala Lumpur...

Tinggallah diri dan adik-beradik di Pulau Pinang...

Biarpun hanya seketika mereka bekerja di tempat masing-masing, namun, pesanan ini daripada ayah yang menusuk hati:
"Sekarang ini abang ialah 'head of the family'"...

Terasa...
Adakah diri bersedia untuk situasi sebenar nanti?

~ Ya ayyuhal rijal...bersedialah, tidak lama lagi akan tiba masa kita pula untuk memimpin! ~

Suara Hati Seorang Ikhwan

Bismillahirrahmanirrahim...

dipetik dari http://totogiyanto.multiply.com/journal/item/20

Wanita Suci
(Suara Hati Seorang Ikhwan untuk Seluruh Wanita Suci di Dunia)

Wanita suci,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersu! sunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Wanita suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Wanita suci,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lel! aki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Wanita suci,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an tangis do'amu.

Wanita suci,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih b! aik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

=======================================================
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah."
(HR Muslim)
=======================================================

Tuesday, June 23, 2009

JIWa penyayANG

Bismillahirrahmanirrahim...

"...saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk BERKASIH SAYANG..."
[Al-Balad, 90 : 17]



Kata seorang sahabat, antara kelemahan umat Islam pada hari ini ialah:
- Umat Islam kini tidak JIWANG!

Ya, tidak jiwang! Tetapi, JIWANG di sini bukanlah dalam erti kata kasih sayang yang tidak perlu dibicarakan di sini...(fikir-fikirkan sendiri, rasanya pembaca sudah masak dengan hal ini) =P

Tetapi, JIWANG di sini adalah singkatan kepada frasa "Jiwa Penyayang"...

Kita lihat di seluruh dunia, masih ada lagikah kasih sayang sesama umat yang dapat mencetuskan reformasi kemajuan di dunia?

Kalau pemberontakan, permusuhan, hasad dengki, itu jelas kelihatan pada masa kini...

Bagaimana pula dengan Kasih Sayang?

~ Islam itu agama Berkasih Sayang ~

[55:13]

Bismillahirrahmanirrahim...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" [Ar-Rahman, 55 : 13]

Ayat yang tidak asing lagi...

Mengapakah ayat ini diulang berkali-kali dalam surah Ar-Rahman?

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat =)

Monday, June 22, 2009

Kembali...

Bismillahirrahmanirrahim...

Diri sudah kembali ke alam siber...
Alhamdulillah selamat...

Sekarang, dalam proses pembikinan...
Bersabar ye...=)

"...orang-orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat, 49 : 10]

Sunday, June 7, 2009

Jaulah Semenanjung Mode =)



Bismillahirrahmanirrahim...

Insya-Allah, bermula daripada 7 hingga 18 Jun, diri ini bersama-sama sahabat-sahabat akan merantau dan bermusafir di bumi Semenanjung ini. Inilah laluan yang dirancang:

1) Kelantan
2) Pulau Pinang (Pulau)
3) Pulau Pinang (Seberang) & Kedah
4) Perak
5) Melaka
6) Johor

Sebenarnya, perjalanan bermula pada 5 Jun di Kelantan, tetapi, atas alasan tertentu, diri ini hanya dapat menyertai rombongan pada 7 Jun di kawasan sendiri, Pulau Pinang.

Ya Rabb, jayakanlah perjalanan kami ini...=)

Crew yang merancang (dan melaksana):
Faezuddin (Amir Jaulah), Zayd Umair, Farid Nazmi, Kamal Haziq, Azizi Rosli, Firdaus Pokcik, Hafiz Hakha, Syahir Rajuddin, Naiman Fahimy, Zaid SDAR, Lokman Bahar, Faizul Amer, Hafiz Karim, Anas Bari, Mior.

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi Ini dengan sombong, Karena Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." [Al-Isra', 17 : 32]


"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya" [Al-Mulk, 67 : 15]

Saturday, June 6, 2009

Rekreasi Minda =)

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini tiada post tentang apa-apa isu..
Tetapi, marilah kita sama-sama melakukan rekreasi minda..=)

One of the funniest yet most creative videos I have ever seen..tetapi simple sahaja sebenarnya =)

Merujuk kepada video, yang bos itu ialah Hitler, maka, video ini adalah dalam bahasa Jerman...and, video ini sebenarnya merujuk kepada SASER (SM Sains Seremban), tetapi ada juga diselitkan nama MRSM Langkawi dalamnya =P



~ Sekadar rekreasi minda ~

Credits kepada pencipta video ini...
Namanya Hifzi, batch 6 SASER...

Friday, June 5, 2009

Panglima Perang - Dahulu dan Sekarang





Bismillahirrahmanirrahim...

Sengaja diri ini ingin menulis tentang perkara di atas...boleh pula terfikir tentang perkara ini...

Mari kita sama-sama membandingkan ketua-ketua tentera dahulu dan sekarang...



Dahulu:
- Panglima-panglima peranglah, yang terdiri daripada amir tentera mahupun sultan/raja/khalifah itu sendiri yang mengetuai barisan ketenteraan dalam medan perang... Merekalah di hadapan sekali! Bukannya wakil atau pegawai lain...!

Misalnya:

1) Perang Badar (624 M)
- Nabi Muhammad SAW sendiri mengepalai barisan tenteranya, yang terdiri daripada 313 orang muslimin, menentang 1000 orang kafir.

2) Perang Salib III (1187 M - 1193 M)
- Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Mesir, memimpin sendiri tenteranya sewaktu kejayaan baginda menawan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. (Sebelum tahun 1187 lagi baginda sudah berjuang, tahun 1187 ialah tahun baginda berjaya merampas Baitul Maqdis). Selain itu, baginda juga mempertahankan Baitul Maqdis daripada dirampas.
- Selain itu, dalam Perang Salib III, bagi pihak tentera Salib, Richard I, Raja England, Philip II, Raja Perancis, dan Frederick I, Raja Holy Roman Empire (kawasan Jerman) memimpin sendiri tentera mereka dalam usaha untuk menawan semula Baitul Maqdis.

3) Penaklukan Constantinople (1453 M)
- Sultan Muhammad Al-Fateh, yang pada ketika itu hanya 21 tahun, memimpin tenteranya sendiri sewaktu baginda menawan kota Constantinople daripada penguasaan kerajaan Byzantine.



Cuba bandingkan dengan masa kini:
- Ketua tentera atau pemimpin negara hanya memberikan arahan sahaja, daripada markas tentera yang tertutup dan selamat, sementara tentera mereka bermati-matian di medan pertempuran. Jika tidak daripada markas, mereka menyembunyikan diri.

1) Serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan (2001 M)
- Presiden George W. Bush hanya memberikan arahan daripada White House / Pentagon (tidak pasti), sementara tentera-tenteranya berjuang di Afghanistan.
- Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat, yang sememangnya terkenal dengan strategi peperangan "Shock and Awe" hanya memberikan arahan, dan tidak langsung mengangkat senjata bersama-sama tentera darat dalam medan peperangan.
- Osama bin Laden, pemimpin tertinggi puak Al-Qaeda, tiada langsung kelihatan di medan peperangan, sementara askar-askar Taliban gugur syahid.

2) Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq (2003 M)
- Presiden Bush dan Tommy Franks melakukan seperti di Afghanistan.
- Saddam Hussein, yang sebelum perang bersemangat memberikan amaran kepada tentera Amerika sebelum perang, hilang entah ke mana, dan akhirnya ditangkap dalam sebuah lubang kecil.

3) Serangan Israel ke atas Palestin (2008 - 2009 M)
- Ariel Sharon, PM Israel, Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel dan Jeneral Gabi Ashkenazi, Panglima Tentera Israel, kesemuanya hanya memberikan arahan. Mereka tidak langsung mengangkat senjata.
- Lain pula bagi HAMAS. Tentera HAMAS berjuang bermati-matian, dalam medan perperangan, dan pemimpin-pemimpin lantang bersuara bagi menaikkan semangat. Pemimpin yang syahid juga ada...kerana mereka tidak lari daripada Gaza!
- Dan, akhirnya, tentera Israel tewas!

Sengaja diri ini menulis tentang panglima perang.
Bukankah ketua yang sepatutnya mengepalai barisan tenteranya di kala peperangan?

Sekadar renungan...

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal." [Ali Imran, 3 : 160]

Kestabilan atau Perubahan?

Bismillahirrahmanirrahim...



"Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."
[Al-Isra', 17 : 81]


Kem BTN, atau nama penuhnya Kem Birotatanegara, sememangnya mengajar pelbagai ilmu kepada para pesertanya, khususnya ilmu kenegaraan, dan sememangnya berjaya memupuk semangat cintakan negara yang mantap dalam diri masing-masing. Diri ini juga tidak terkecuali, dan kini, insya-Allah, diri ini mengerti tentang kepentingan memartabatkan maruah negara. Kerana, tanpa negara, siapalah kita...di manakah kita hendak memijakkan kaki atas muka bumi ini?

"Kita pergi BTN ini ambil ilmunya, yang lain itu, biarkanlah..."
- Lebih kurang inilah kata-kata salah seorang rakan baik di BTN tempoh hari.


Kita dapat melihat kini di negara kita, apakah sejarah akan berulang kembali? Kalau 498 tahun dahulu, kerajaan Melaka yang pernah utuh dan kukuh dengan mudahnya dijatuhkan. Kalau 85 tahun dahulu, Khilafah Islam yang pernah suatu ketika menguasai 2/3 dunia telah dijatuhkan. Apakah Malaysia akan mengalami nasib yang sama?

Kita melihat sekarang ini, ya, di luarnya, negara kita secara amnya masih stabil. Namun, jika kita memperincikan pemerhatian kita, kita akan dapat melihat bahawa negara kita tidaklah seaman mana.

Di satu pihak, terdapat suatu institusi yang telah menjamin kestabilan negara setelah sekian lama. Namun, ada segelintir kelompok masyarakat tidak merestui tindakan mereka yang melakukan suatu kesilapan yang melibatkan sentimen parti membuak-buak. Tindakan pengambil alihan posisi sebagai peneraju suatu negeri.

Kerana inilah ada yang tidak puas hati berlaku pertukaran kuasa di sana. Kerana perlembagaan negeri tidak dijulang. Maka, adalah pihak yang sanggup membawa isu ini ke mahkamah bagi memuaskan hati mereka. Dan ini menimbulkan ketidakstabilan di suatu kawasan di negara tercinta ini. Dan, kerana inilah sebilangan rakyat bangkit, menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kesalahan ini. (Untuk tahu kesalahan apa yang dimaksudkan, sila nyatakan hasrat anda itu ye...yang pergi BTN tempoh hari, ada perkara-perkara yang tidak disampaikan sebenarnya)

Namun, pihak satu lagi yang menentang pihak yang telah selama ini membawa kestabilan di negara ini semenjak 1957 juga melakukan kesilapan. Mereka hendak mencetuskan gerakan perubahan di negara ini. Mereka berpendapat, bahawa negara ini seharusnya dipegang oleh semua rakyat, tidak mengira bangsa ataupun agama. Tidakkah mereka sedar, bahawa orang Melayulah yang telah selama ini menetap di bumi bertuah ini. Adakah mereka lupa?

Ini tidak dapat diterima sama sekali. Kerana orang Melayulah yang menjadi tuan tanah semenjak sekian lama. Maka, perjuangan ini boleh dikatakan membawa risiko kepada 'tuan tanah' negara ini.

Justeru, kita, sebagai pemuda-pemudi negara, harus memilih jalan yang mana?

Sebenarnya, tidak perlu untuk kita mengikut mana-mana. Tetapi pilihlah yang benar, dan atasi kebatilan:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
[Ali Imran, 3 : 110]


Kita harus mengorak langkah kita sendiri. Kita harus membaiki diri kita, sehinggalah muncul suatu generasi kepimpinan yang terbaik.

Kerana kitalah yang bakal memimpin negara kelak.
Kerana kitalah yang menentukan hala tuju negara kelak.
Kerana kitalah harapan bangsa dan negara kelak.

Marilah kita membina diri kita, selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah, agar kita tidak sesat selama-lamanya, dan dapat membina generasi terbilang...! (Cakap senang, padahal diri ini masih lemah dan tidak konsisten...tetapi tidak salah untuk kita mencuba, kan?)

Thursday, June 4, 2009

Mari Membaca...!

Bismillahirrahmanirrahim...



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan"
[Al-Alaq, 96 : 1]


Pernah ada suatu hari, diri ini bertanya kepada saudara 'Ammar Roslizar, yang sememangnya terkenal dengan susunan buku-buku ilmiahnya di bilik B117 (biliknya), dan juga dengan kepantasan bacaannya, dengan pertanyaan lebih kurang begini:

"Macam mana nak baca laju-laju? Kalau baca laju, nanti tak dapat betul-betul apa yang kita baca..."

Dia menjawab (lebih kurang inilah jawapannya):

"At least kalau baca laju, dapat baca banyak, lagi banyak boleh dapat kan?"

Betul juga, ya, mungkin kita tidak dapat betul-betul, tetapi ada juga pengetahuan tentang sesuatu perkara dalam buku itu, kerana sudah melepasi muka-muka surat itu...

Betul juga, lebih banyak kita baca, walaupun laju, sebenarnya lebih banyak kita boleh dapat, berbanding dengan kita hanya baca perlahan-lahan, di mana ini bersamaan dengan input yang kurang...

Kalau sudah tidak tahu untuk buat apa cuti ini, dan sudah bosan dengan cuti ini, mari, MEMBACA!

Wednesday, June 3, 2009

Lagu Dakwah I - Kekasih Gelapku


Bismillahirrahamirrahim...

Pernah sekali Mama mengatakan:
"Lagu-lagu macam Kekasih Awal dan Akhir dengan lagu-lagu nyanyian Hattan sebenarnya boleh dikatakan lagu dakwah..."

Mama, dirimu memang benar.
Sebenarnya, lagu-lagu cinta sekarang ini, kalau kita faham dengan metode yang lain, boleh jadi sumber dakwah, yang mengingatkan kita pada-Nya... Hendakkan contoh? Lagu Kekasih Gelapku yang dibawa oleh kumpulan Ungu adalah salah satu daripadanya. Hayati liriknya:

Ungu - Kekasih Gelapku

Ku mencintai-Mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai-Mu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun Engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untuk-Mu
Disaat Engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikan-Mu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa Engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya pada-Mu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintai-Mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai-Mu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintai-Mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai-Mu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun Engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintai-Mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai-Mu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun Engkau hanya kekasih gelapku...


Bagaimana? Menarik bukan, sekiranya kita memahaminya dengan CARA yang lain daripada biasa? =)

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
[Ar-Ra'd, 13 : 28]