Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, June 28, 2009

Ketua Pemuda?

Bismillahirrahmanirrahim....



Pada suatu hari diri ini berbicara dengan seorang rakan, Zhaiem namanya (atau lebih boleh dikenali, Abe).

Katanya, yang sampai sekarang ini masih terngiang-ngiang di kepala (lebih kurang inilah yang dikatakannya, diubah sedikit daripada teks asal):

"Nanti, 10 tahun lagi, aku dapat tengok ketiga-tiga orang ni jadi ketua pemuda, seorang ketua pemuda UMNO, seorang ketua pemuda PAS, seorang ketua pemuda PKR..."


Diri ini pun membalas:

"Kalau terjadi macam itulah, barulah kerajaan perpaduan akan dapat diwujudkan, kan?"


Lagi satu, masih teringat kata-kata Ustaz Fauzi pada masa majlis wida' untuk anak buah usrah ISMA pada April lalu (lebih kurang inilah kata ustaz)...

"Dahulu masa ustaz dulu, ustaz diberitahu bahawa 10 tahun lagi, iaitu sekarang, ustaz akan jadi penggerak dakwah, tatkala 10 tahun lepas dakwah baru sahaja hendak bermula. Sekarang, ustaz cakap kepada antum, bahawa, 10 tahun lagi, antum semua akan ada tanggungjawab yang lagi besar, yakni politik juga akan dimasuki..."


~Sekadar lorongan minda~

15 comments:

Anonymous said...

tp chem ak x rasa lg 10 tahun PKR akan wujud lg...
so bek ko cr platform len...
hahha..

rock stoner said...

caiyok!!!!!
hidup cem...
the most important thing is don't be "cemas"

Anonymous said...

perg chem, dah ready challenge kerusi dah?? hahaha

PeRaNTau said...

@ hafiz - ilmu pun sikit macam hape...ready pedia? =P

@ syuk - insya-Allah...=)

@ anonymous - takyah le menyembunyikan identiti diri...mana dapat info tuh? =P

Anonymous said...

Utusan!

Anonymous said...

nk jadi ketua pemuda DAP ley?

PeRaNTau said...

@ anonymous...takyah a men sorok2 identiti...

ha3...gamba itu hanya merupakan suatu realisasi daripada statement seorang rakan je pun =)

Pujangga Sinis said...

Insyallah...Amin, Chem. Arep sokong Chem!!

nur akmal said...

apa kt lar kn.... bubar jer semua. kita bt satu pertubuhan br ke? untuk satukah semua...

PeRaNTau said...

malaysia ni payah...

bukan setakat melayu islam sahaja kena ambil kira...

melayu moderat, cina, india, dan kaum-kaum lain juga perlu diambil kira...

maka, sebenarnya, kerajaan perpaduan ni macam payah gak...

aisyah ismail ♥ said...

cem dan politik~ hmm..

PeRaNTau said...

ya? ada pape ke? =P

Anonymous said...

ekuiti bumiputera dalam public listed company dah dimansuhkan...bangun laa kengkawan...MITI pula kata baru nk ambil alih beberapa sektor dalam MARA yg telah dimansuhkan dahulu...adakah keadaan ini lgsg tak memberi satu impak kepada kita.....Jgn nk kata untuk bangunkan ISLAM..apa kata kita cube pertahankan islam ini..Macam mana kita nk bgn kn at the same time kita melihat kehancuran...tahan sebelum jatuh...then bangun kan....inikan tidak..mulut panas berkata kata....pemikiran panas berfikir..tetapi tiada usaha yg dilakukan...masih lagi menunggu tindakan seterusnya yg sememangnya merugikan melayu dan Islam....Memang benar apa yg dikatakan tok guru NIk Aziz beliau akan menjadi org utama untuk menyokong cina muslim untuk menjadi MB di kelantan..tetapi itu adalah cina muslim..tp adakah sekarang kita bersatu dgn cina muslim atau cina non muslim..fikir kembali!!!! Pergolakan di kedah dan Penang sebenarnya adalah keangkuhan sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain..siapakah yg menjadi puncanya...renung kembali..kemudian isu yg dibangkitkan adalah Kandang Babi...Terdapat juga golongan non muslim yg mempersendakan PAS...Dan mengutuk slogan PAS for All.mengatakan PAS tidak selari dengan slogan itu keranan menghentikan kandang babi yg dah 30 thn haram..Ini merupakan satu bahana kepada Umat ISlam...Parti Pas ini melambangkan ISlam..JIka parti pas dihina..maka ISlam dihina...tetapi mengapa masih ingin berkomplot dgn kumpulan yg menghina ISlam...KIta bising menghina bangsa sendiri pendusta..komunis...nasionalis...tetapi bangsa lain yg menghina islam..kita berdiam diri..adakah kita hanya diajar untuk bertoleransi dgn non muslim..dan bukannya dgn muslim yakni bangsa melayu..ironinya disini..PAS dan UMNO bertengkar..walhal kedua-dua nyer mengucap kalimah Syahadah..kedua-duanyer mendirikan solat..KIta sama sekali tiada hak untuk mengatakan sesetengah saudara kita bahawa amalanya tidak sah.Bersatu lah melayu dan berbincang...mana pergi budi bahasa kita...takkan kita ingin ikut negara lain...JIka ingin sampaikan sesuatu...berdemontrasi di jalanan..bawa anak-anak kecil untuk berarak di tengah jalan di bawah matahari yang terik..apa yg anak kecil ini phm...kita hanya menanam satu budaya yang tidak enak..rasa tidak aman kepada anak kecil ini...wahai ibu bapa..fikirlah sejenak...apa kah nasib anak kecil ini....pasti terdapat kesalahan dalam kedua-dua ahli...tapi adakah Rasulullah tidak menunjukkan sikap pemaaf nyer dahulu..kenapa kita ketepikan sifat rasulullah ini,,,payah sgt ke untuk memaafkan sesuatu dan mulakan kembali perjuangan menegak kan islam...hey.......masa tak menunggu kita......nk tggu smp hancur negara ka...I LOVE ISLAM...Cuba antum buka YOU TUBE ttg IR nizar mengatakan tentang PAS tidak penah berkata ingin mewujudkan negara islam..tiada dalam transkrip PAS pun untuk mewujudkan negara ISLAM..silalah antum lihat sendiri..pandangan saya..Beliau berkata demikian kerana dibelakang nya adalah DAP yg sama sekali tidak menyokong ISLAM..itu sahaja caranya untuk mendapat sokongan dari mereka...Lihatlah sendiri bagaimana umat islam tersepit dalam negara sendiri

PeRaNTau said...

sape anonymous ini ye?

hu3...
benar, di Malaysia ini pun isu2 bangsa, bahasa sampai sekarang tidak lagi diselesaikan...

kita cuba lihat di Indonesia...
di sana, siap ada parti ikhwah lagi yang dapat tempat di Parlimen, Partai Keadilan Sejahtera, siap boleh pungut 57 daripada 560 kerusi di Parlimen...dalam Pilihanraya Legislatif Indonesia 2009 baru-baru ini...

tiada pula isu pertelingkahan sesama mereka...

bukan PKS sahaja, bahkan 4 parti Islam bersama-sama dengan Parti Demokrat di Indon dapat bersatu, dan membentuk gagasan terbesar di Parlimen (>300 daripada 560 kerusi)

ini kerana mereka bersatu...
ini kerana mereka tidak bergaduh tentang isu-isu kecil...
sebaliknya mereka memandang isu-isu besar...

mereka berjuang atas nama BANGSA INDONESIA...bukan melayu, cina, india...

mereka berjuang atas nama ISLAM...

Anonymous said...

tq encik kamal....ISLAM dah ajar kita smua..hanya kita yg terlampau egoistik dan terkenang masa lampau dan terlampau streotype dgn umat ISlam kita sendiri....haprak btul...I mmg menyampah...haha...Doa jelah bro