Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
(Catatan): Siri Kekuatan Saf ni adalah penulisan tentang apa yang terbuku di hati, pengalaman-pengalaman sendiri yang tidaklah terlalu banyak, dan apa yang diperoleh daripada ilmu yang hanya secebis daripada ilmu-ilmu para syuyukh (sheikh-sheikh) mahupun "senior-senior" dalam medan ini atau mahupun anda yang sedang membaca, di mana ilmu-ilmu ini diperoleh dengan izin-Nya melalui apa-apa cara sekalipun. Jadi, apabila diri ini rasakan bahawa diri ini bersedia atau merasakan hendak menulis tentang hal-hal Kekuatan Saf, maka insya-Allah diri ini akan menulis tentangnya. Wallahualam.
Memperoleh Kemenangan Daripada Allah -
استجلاب النصر من عند الله
(Frasa Arab dipetik daripada ceramah seorang sheikh)
Tidak perlu dipertikaikan lagi, inilah yang seharusnya menjadi kekuatan kepada Saf Harakah (gerakan) Islam di mana-mana pun.
Tidak dinafikan lagi, seperti telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran, pertolongan itu dari-Nya (sila lihat di post ini.
Tidak dinafikan lagi, kemenangan ini hanya akan diberikan oleh Allah, bila Dia hendak memberikannya. Sila lihat di sini.
Para harakah Islam merancang pelbagai metodologi untuk kembali mendaulatkan Islam di muka bumi ini. Pelbagai perancangan, perencanaan strategi, proses dilaksanakan untuk mencapai penegakan syariat di atas bumi ini.
Namun, adakah segala keringat dan perencanaan yang telah dilaksanakan dikembalikan pengharapan kepada Allah? Ketika meeting-meeting, perjumpaan-perjumpaan, mahupun muktamar-muktamar (pehimpunan-perhimpunan), adakah kita mula-mula sekali meletakkan penyerahan kepada Allah?
Atau adakah kita yakin dengan idea-idea semata-mata?
Atau adakah kita yakin dengan metode-metode semata-mata?
Atau adakah kita yakin dengan bilangan-bilangan yang besar semata-mata?
Atau adakah kita yakin dengan nama organisasi yang gah dan besar?
Sedarlah, segala kejayaan itu datang dari-Nya.
Sedarlah, segala pertolongan itu datang dari-Nya.
Mari kita sama-sama kembalikan pengharapan TOTAL kepada Allah terhadap segala apa yang kita laksanakan.
Dan, tidak cukup dengan pengharapan semata-mata, suatu saf harakah itu hendaklah benar-benar dekat hubungannya dengan Allah. Tidak mungkin suatu saf yang jauh daripada-Nya, yang jauh daripada amalan syariat-Nya, yang jauh dari bekalan-bekalan daripada-Nya, akan berjaya dalam perjuangan.
Sultan Muhammad al-Fatih, melalui bekalan-bekalan daripada solat-solat jemaah baginda, qiyamullail-qiyamullail baginda, solat-solat sunat rawatib baginda dan amal-amal lain baginda itu barulah memadai untuk baginda menawan kota Constantinople, bayangkan kita ini, yang bercita-cita hendak menawan Rom Barat, seperti kata-kata Rasulullah dalam hadis di bawah, dan seterusnya mendaulatkan Islam, bagaimana dengan amal kita?
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلاً قُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلاً يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ
Rasulullah saw. pernah ditanya, “Kota manakah yang dibuka lebih dahulu, Konstatinople atau Rom?” Rasulullah menjawab, “Kotanya Heraklius dibuka lebih dahulu, iaitu Konstatinople” (HR Ahmad, ad-Darimi dan al-Hakim)
Bismillaahi Tawakkaltu 'Alallah...Wala haula walaa quwwata illaa billaah
1 comments:
'Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.' 61:4
kejahatan yang tersusun pon mampu mengalahkan kebaikan yang tak tersusun..
jzkk 4 sharing
Post a Comment