Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan KEMENANGAN yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [As-Shoff, 61 : 13]Siapa yang tidak suka akan kemenangan? Kemenangan, suatu karunia dari-Nya. Ya, suatu karunia. Dan siapakah yang berhak untuk menerima kemenangan agung ini?
Adakah mereka yang berpura-pura?
Adakah mereka yang bermain-main?
Adakah mereka yang pengecut?
Adakah mereka yang menyembunyikan kebenaran?
Di sini ada suatu definisi tentang erti kemenangan yang hakiki:
"Kemenangan adalah ampunan. Kemenangan adalah rahmat. Kemenangan adalah pahala. Kemenangan diberikan Allah kepada sesiapa saja yang diinginkan-Nya. Namun kemenangan adalah sia-sia, bila hanya melahirkan penderitaan semesta. Kemenangan sang juara, menjadi tak bermakna bila meninggalka ribuan hati yang terluka. Maka sahabat, berjuanglah, raih kemenangan! Tanpa harus merasa menjadi sang pemenang." (Izzatul Islam - Arti Kemenangan)
Hakikatnya, suatu kemenangan itu tidak akan tercapai dengan mudah. Tidak percaya?
Lihat kembali sirah ya sahabat! Adakah Rasulullah SAW hanya duduk bergoyang kaki, tanpa apa-apa usaha? Adakah dengan mengetahui bahawa Islam itu adalah agama yang benar, Rasulullah menunggu sahaja tiba masa Allah membinasakan kaum kuffar di Hijaz Arab atau di kawasan-kawasan yang ditakluki kemudiannya oleh para Muslimin? Tidak sama sekali.
Baginda hidup untuk berjuang. Baginda menghabiskan hidupnya untuk dakwah, menyeru sekalian manusia untuk menyembah-Nya. Hinggakan Allah mengiktiraf sempurnanya agama baginda dalam Surah Al-Maidah, ayat ke-3. Baginda menjadi saksi yang sebenar-benarnya terhadap Syahadah di bumi ini. Ada sesiapa hendak membantah? Baginda sendiri tidak dapat menyaksikan Islam berkembang hingga menguasai dua pertiga dunia. Namun, ya, kemenangan telah berjaya digapai oleh umat Islam pada suatu masa dahulu, setelah suatu usaha yang panjang. Kemenangan yang diberikan oleh-Nya dan hanya oleh-Nya.
Contoh yang lain, adakah Sultan Muhammad Al-Fateh duduk bergoyang kaki sahaja dalam usaha menampung Constantinople? Tidak, hinggakan kapal-kapal perang diangkut ke atas daratan semasa kondisi perang. Oh ya, jangan lupa ya, baginda tidak pernah meninggalkan solat malam semenjak baligh. Betapa rapatnya hubungan baginda dengan Allah. Suatu kemenangan yang agung, yang didambakan selama 800 tahun oleh para sahabat.
Kesimpulannya, ditimbulkan satu persoalan di sini - kepada siapakah Allah akan mengurniakan kemenangan yang agung? Berdasarkan dua contoh di atas, dan sebenarnya lebih banyak lagi contoh yang boleh kita sama-sama fikirkan, maka Allah hanya akan memberikan kemenangan yang agung kepada mereka yang dikasihi-Nya. Mudah, itu sahaja.
"Kalau Allah sayang kepada kita, apa-apa sahaja Dia boleh bagi" - Lebih kurang ini kata-kata seorang pakcik Tabligh dari Brunei yang menziarahi Manchester tempoh hari
Mudah untuk dikatakan, amat susah atau tidak mungkin untuk digapai jika kita hanya berbicara kosong. Muhasabah balik, bagaimana hubungan kita dengan-Nya.
Dalam dunia Islam hari ini, di mana Islam ditindas, Islam ditekan, dan Islam diberikan diskriminasi yang amat dahsyat, sudah pasti kita tertanya-tanya bilakah janji kemenangan yang Allah berikan itu, tidak begitu? Sebelum kita bertanya tentang itu, tanya balik diri kita, rapatkah hubungan kita dengan Allah? Ingat, Allah hanya akan memberikan kemenangan yang agung, jika kita dapat meraih cinta-Nya.
Dengan diri kita yang tidak maksum dan penuh dosa, mungkin ramai yang berkata, "Tidak bolehlah, sahabat-sahabat Rasulullah dulu itu manusia yang dipilih...kita ini apa sahaja, manusia biasa."
Bangkitlah wahai golongan yang mengatakan hal ini! Rasulullah juga manusia. Sultan Muhammad Al-Fateh juga manusia. Tetapi mereka berupaya menggapai kemenangan yang agung. Jadi, tidak mustahil bukan?
Dalam harakah Islamiah, pelbagai perancangan diutarakan bagi melaksanakan usaha dakwah. Pelbagai keringat dihabiskan untuk berdakwah - harta, masa dan tenaga. Pelbagai metode dilaksanakan, sama ada secara melibatkan pengaruh, kegiatan masyarakat, kegiatan dakwah fardiah, mahupun ceramah-ceramah. Namun, masih belum menggapai kemenangan yang agung.
Tanya kembali, dalam setiap perancangan atau pelaksanaan yang dilaksanakan, ada atau tidak pergantungan diletakkan kepada Allah?
"Victory is a mere gift from Allah" - Kata-kata seorang sheikh
~Mari sama-sama secara berterusan mentajdidkan niat kita~
2 comments:
nice post
jazakallah kepada syeikh tu en..sangat beruntung kita
btw, better guna tajdid niat than tajnid niat rasenye
wallahualam
hehe...sori bos... :p
Post a Comment