Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.
Baiah...apa tentangnya?
Baiah, suatu perjanjian. Baiah, suatu perkataan yang boleh dikatikan dengan frasa mitthaqan ghaliza (perjanjian yang besar).
Bila kita sebut sahaja perkataan "baiah", pasti akan terbayang-bayang Rukun Baiah Ikhwan yang 10 itu, bukan? Faham, Ikhlas, Amal, dan seterusnya...
Mahupun Usul ke-5 daripada Usul Isyrin Imam Hassan Al-Banna...tentang ketaatan?
Mahupun jua baiah untuk mengintima'kan diri dengan jamaah Islam yang diyakini sesuai dengan fikrah yang difahami?
Pada skop yang lain pula, sudah pasti tergambar perjanjian antara pemimpin dan pengikut, seperti baiah setelah selesainya pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam pertama (selepas wafatnya Rasulullah) melalui proses syura di Sahifah Bani Saidah, tidak begitu?
Mahupun baiah beberapa orang Ikhwan yang berbaiah kepada Hassan al-Banna, pengasas Ikhwan, untuk berjihad di Palestin suatu masa dahulu?
Kita sentiasa melihat suatu terminologi itu dari konteks yang meluas dan penuh komplikasi (dalam bahasa Inggerisnya complicated), dan biasanya tidak memikirkan hal yang asas (dalam bahasa Inggerisnya basic) tentang terminologi tersebut.
Misalnya, apabila suatu soalan Matematik itu meminta kita untuk menyelesaikan suatu soalan tentang algebra. Kita kadang-kala memikirkan metode-metode yang penuh ranjau dan duri untuk menyelesaikan soalan itu, sedangkan mungkin penyelesaiannya adalah dengan metode asas (basic) yang mudah sahaja. Samalah seperti perkataan "baiah" itu.
Sedarkah kita, kita sebenarnya ber'baiah' kepada Allah SWT setiap hari? Tidak percaya? Ini buktinya, yang jelas dan nyata.
"...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." [Al-An'am, 6 : 162]
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." [Al-Fatihah, 1 : 5]
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"
Jikalau ayat yang pertama itu tidak dibaca pun (nota: ayat tersebut dalam doa iftitah), tetapi yang kedua dan ketiga itu sudah pasti dibaca, sekurang-kurangnya 5 kali sehari (mengambil kira faktor tidak membaca tahiyat awal).
Itulah baiah, bukan?
Kita berbaiah kepada-Nya, mengilahkan-Nya. Adakah kita hanya berbaiah kosong?
Kalau dilihat pada Baiah Aqabah I dan II, para sahabat yang berbaiah itu sememangnya tidak melaksanakan baiah kosong. Tidak sama sekali. Mereka berjuang bermati-matian setelah berbaiah. Masa, harta dan jiwa mereka dikorbankan untuk Islam, setelah berbaiah kepada Rasulullah.
Berbalik kepada baiah kita kepada Allah Taala, adakah kita benar-benar melaksanakan hak baiah tersebut? Mengabdikan diri kepada-Nya bersamaan dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, bukan begitu? Sama-sama kita muhasabah diri. Ingat, tiap-tiap hari kita mengulang baiah kita kepada-Nya...
Namun, manusia tidak maksum kecuali Rasulullah SAW. Dan kita tidak akan lari daripada membuat dosa. Namun, ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Dosa sebesar gunung jua diampuni-Nya. Dosa si fulan yang membunuh 100 orang jua diampuni-Nya. Maka, janganlah kita menyerah, meskipun dosa kita kelihatan seakan banyak tidak terkira.
Dia menunggu hamba-hamba-Nya meminta ampun dari-Nya.
Dan Dia amat menyayangi hamba-hamba-Nya...jangan lupa itu.
~Mari kembali pada-Nya~
0 comments:
Post a Comment