Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, March 5, 2010

Hakikat Pertolongan

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

Pernah dibicarakan suatu masa dahulu, kemenangan itu datangnya daripada Allah semata-mata. Dan, kemenangan itu diberikan oleh-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya; sudah pastilah untuk mereka yang dipilih-Nya itu dikasihi-Nya.

Kali ini, mari kita lihat hakikat pertolongan yang dikurniakan oleh-Nya.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]
Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah hanya akan menolong orang-orang mukmin (ya, mukmin, bukan sekadar Muslim biasa ya), hanya jika dia telah bangun menolong agama-Nya. Jadi, dia perlu bergerak dahulu, bukan begitu?
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-Ankabut, 29 : 69]

Sekali lagi dinyatakan bahawa Allah akan membantu hamba-Nya, yang berjihad di jalan-Nya, hanya setelah mereka berjihad. Bukan sebelum.
"Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan." [An-Nasr, 110: 1]
Kalau melihat Asbabun Nuzul ayat tersebut, ayat tersebut itu menerangkan tentang Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah). Allah sendiri yang membantu orang-orang mukmin. Ya, Allah secara personal membantu orang-orang mukmin. Betapa sukarnya perjalanan ini. Kerana, memerlukan pertolongan daripada-Nya directly. Pertolongan daripada 'The Supreme Being', yang mengawal segala penciptaan dan kejadian dalam seluruh semesta! Dan semestinya daripada Pencipta Manusia dan kesemua makhluk di alam buana ini!

Ibroh (pengajaran) yang boleh diambil:
1) Pertolongan itu daripada Allah semata-mata.
2) Orang-orang Mukmin hendaklah bergerak dahulu, barulah mereka boleh mengharapkan pertolongan-Nya. Jika mereka kekal statik, bermimpilah untuk mendapat pertolongan-Nya!
3) Jalan dakwah ini sukar. Hingga Allah sendiri membantu orang-orang mukmin yang berjuang di jalan-Nya.

0 comments: