Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk..." [Al-Isra', 17 : 32]


Pada suatu hari, diri ini berjalan-jalan di sekitar kampus suatu IPTA di Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, IPTA itu ialah USM, tempat di mana diri ini membesar selama lebih daripada 10 tahun. Pelbagai ragam dan karenah pelajar-pelajar IPT di sini yang telah diperhatikan selama ini...
Tatkala berjalan-jalan, kelihatan satu pasangan, semestinya lelaki dan perempuan, sedang bermesra-mesra di atas suatu kerusi di hadapan perpustakaan Hamzah Endut, perpustakaan besar USM. Diri ini berjalan di hadapan mereka, dan hanya mampu tersenyum. Ya, tersenyum. Oh ya, jangan salah anggap, mereka hanya duduk berdua, tidak lebih dari itu. Tetapi bermesra...
Mengapa tersenyum? Mungkin memikirkan tentang 'kebahagiaan' yang mereka kecapi? Mungkin mengenangkan nasib diri ini yang tidak berpeluang berada dalam situasi demikian? Atau, senyum kerana bersyukur dijauhkan diri ini daripada situasi itu?
Bukankah diri ini perlu menegur mereka? Maaf, imanku lemah, hanya mampu berfikir di dalam hati. Tambahan pula, mereka ialah pelajar universiti, dan diri ini baru bergelar pelajar kolej.. Walaupun demikian, syukur pada-Mu ya Allah, kerana Engkau kini menjauhkan diri ini daripada situasi ini. Jauhkanlah diri ini daripada keadaan sedemikian, selama-lamanya.
Ya Rabb...izinkanlah diriku menghadapi situasi di atas, tetapi dengan zaujahku kelak...=)
*Zaujah = Isteri
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir..." [Ar-Rum, 30 : 21]
Perjalanan Ini
Koleksi
Thursday, March 19, 2009
See You Di IPT? Tak Perlu Pun...
4:41 PM — PeRaNTau — 14 comments — Labels: Islam Hidupku, Pengalaman diri iniMonday, March 16, 2009
Saturday, March 14, 2009
Hati-hati Dipegang Oleh-NYA...
11:51 PM — PeRaNTau — 3 comments — Labels: Inspirasi, Islam Hidupku, Pengalaman diri ini
Bismillahirrahmanirrahim...
Sesungguhnya itulah peganganku...
Itulah kepercayaanku...
Sekiranya DIA mengatakan iya, maka terbukalah pintu-pintu hati, dan tiada siapa akan dapat memisahkan hati-hati, meskipun dengan gegaran sehebat-hebatnya...
Sekiranya DIA mengatakan tidak, maka tertutuplah pintu-pintu hati, dan tiada siapa akan dapat menyatukan hati-hati, meskipun dengan mengorbankan segala-galanya dalam alam semesta ini...
~ mungkin ada yang lebih baik dari itu...jadi la tahzan! ~
Kebenaran Mesti Ditegakkan!
11:28 PM — PeRaNTau — 0 comments — Labels: Islam Hidupku, Pendapat, Pengalaman diri ini
Bismillahirrahmanirrahim...
"...Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui..." [Al-Baqarah, 2 : 146]
"Dan katakanlah, 'Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.' Sungguh, yang batil itu pasti lenyap." [Al-Israa', 17 : 81]
Berkata-katalah yang benar, meskipun kebenaran itu sakit, meskipun kebenaran itu dirasakan akan mendatangkan mudharat...
Kerna kebenaran itu akan ditegakkan...walau apa jua yang terjadi...
Kita mungkin boleh hipokrit...
Kita mungkin boleh berpura-pura seperti tiada apa yang terjadi...
Kita mungkin boleh menipu dengan senyuman padahal dalam hati itu menangis...
Tetapi, sampai bila?
Mengakulah apa yang benar, dan hentikanlah menyembunyikan fakta yang sebenar...
Sesungguhnya DIA menyukai orang-orang yang menegakkan kebenaran, dan bercakap benar, walau apa jua situasipun yang dihadapi...
Sunday, March 8, 2009
Setahun Sudah Berlalu
11:40 AM — PeRaNTau — 2 comments — Labels: Pendapat, Politik







Bismillahirrahmanirrahim...
Tepat setahun sudah berlalu...semenjak Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12...8 Mac 2008...
Suatu pilihan raya yang menggegarkan tanah air Malaysia...
Dan mungkin, Malaysia tidak akan sama lagi seperti dulu...
Setahun sudah berlalu...politik di Malaysia kian kotor sehari-hari..
Ada yang memperjuangkan agenda bangsa...
Ada yang memperjuangkan agenda bahasa...
Ada yang memperjuangkan agenda agama...
Masing-masing dengan agenda tersendiri...
Kita melihat, politik partisan semakin menjadi-jadi. Kita juga dapat melihat demonstrasi sana sini lebih dahsyat dari dahulu...dan lebih kerap.
Kita dapat melihat dalam Parlimen, pemimpin-pemimpin kita bertikam lidah kerana isu-isu kecil yang tiada faedah langsung bagi rakyat...
Kerajaan mahupun pembangkang...sama sahaja kedua-duanya...
Tiada moral..
Tiada etika..
Tiada prinsip..
Ada juga pemimpin yang tiada prinsip...
Sama ada menyuruh orang melompat parti, mahupun orang itu sendiri melompat parti...
Tidak patut...
Dengan hanya genggaman wang yang menjadi berhala manusia kini, prinsip yang dipegang dengan utuhnya semenjak dahulu dikorbankan begitu sahaja..
Begitulah situasi di tanah air tercinta, Malaysia...
Setahun sudah berlalu...
Bahasa Kita..Di Mana Letaknya..?
8:42 AM — PeRaNTau — 4 comments — Labels: Pendapat
Bismillahirahmanirrahim...
Terus menusuki tajuk, tidak dinafikan lagi, bahasa kita kini dalam suatu situasi yang genting...
Identiti kita, wasilah berkomunikasi kita sehari-hari, kini semakin tidak diendahkan oleh saudara sebangsa dan seagama kita sendiri...
Ya, bahasa asing itu penting demi pembangunan dan kemajuan...
Namun, apakah perjalanan demi memperoleh revolusi keduniaan membenarkan kita mengorbankan bahasa kita?
Padahal, suatu masa dahulu, bahasa inilah yang pernah menjadi junjungan dunia...
Itulah BAHASA MELAYU...
Kalau pemuda-pemuda di Malaysia ini tidak lagi menganggap bahasa Melayu itu sebagai relevan dalam kehidupan mereka, maka, tidak lama lagi, lenyaplah identiti kita..
Sedih diri ini melihat pemuda-pemudi kita lebih mengagungkan bahasa asing berbanding bahasa sendiri...
Tidak malukah kalian?
Bukanlah diri ini hendak memperlekehkan kepentingan mempelajari bahasa asing...
Bahkan, adalah amat penting bagi kita untuk mempelajarinya..
Dengan ilmu darinya, kita dapat berkomunikasi dengan satu dunia...
Dengan ilmu darinya, kita dapat memperoleh ilmu-ilmu baru..
Dengan ilmu darinya, kita dapat mengesan taktik dan perancangan musuh-musuh kita...
Tetapi, usahlah dibuang bahasa kita ke tepi...
*Pandai-pandailah kalian memahami apa isu sekarang, yang mencetuskan penulisan kali ini...(^_~)
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal..." [Al-Hujurat, 49 : 13]
