Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk..." [Al-Isra', 17 : 32]
Pada suatu hari, diri ini berjalan-jalan di sekitar kampus suatu IPTA di Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, IPTA itu ialah USM, tempat di mana diri ini membesar selama lebih daripada 10 tahun. Pelbagai ragam dan karenah pelajar-pelajar IPT di sini yang telah diperhatikan selama ini...
Tatkala berjalan-jalan, kelihatan satu pasangan, semestinya lelaki dan perempuan, sedang bermesra-mesra di atas suatu kerusi di hadapan perpustakaan Hamzah Endut, perpustakaan besar USM. Diri ini berjalan di hadapan mereka, dan hanya mampu tersenyum. Ya, tersenyum. Oh ya, jangan salah anggap, mereka hanya duduk berdua, tidak lebih dari itu. Tetapi bermesra...
Mengapa tersenyum? Mungkin memikirkan tentang 'kebahagiaan' yang mereka kecapi? Mungkin mengenangkan nasib diri ini yang tidak berpeluang berada dalam situasi demikian? Atau, senyum kerana bersyukur dijauhkan diri ini daripada situasi itu?
Bukankah diri ini perlu menegur mereka? Maaf, imanku lemah, hanya mampu berfikir di dalam hati. Tambahan pula, mereka ialah pelajar universiti, dan diri ini baru bergelar pelajar kolej.. Walaupun demikian, syukur pada-Mu ya Allah, kerana Engkau kini menjauhkan diri ini daripada situasi ini. Jauhkanlah diri ini daripada keadaan sedemikian, selama-lamanya.
Ya Rabb...izinkanlah diriku menghadapi situasi di atas, tetapi dengan zaujahku kelak...=)
*Zaujah = Isteri
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir..." [Ar-Rum, 30 : 21]
Perjalanan Ini
Koleksi
Thursday, March 19, 2009
See You Di IPT? Tak Perlu Pun...
4:41 PM — PeRaNTau — Labels: Islam Hidupku, Pengalaman diri ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
CUDIPT?
heh...itu singkatannye bagi see you di ipt...kn?
=)
nak gelak. sgt2. guling2.
tawu dah sape =)
sijil kawin aku tenggelam di sebalik kertas-kertas yang menimbun bawah meja meja..mne ntah.
nak gelak jugak.. :P
haha...kang reveal kang sape die..baru tahu...=P
gi cari le..kalau nak la..tak pakse =D
Tak. Singkatan bagi Cawangan Universiti di Pulau Tengkorak. (CUDIPT)
tayah kawin la chem, senang
waaahh..siap ada gambar sijil tu lagi..hik4...
agak sentimental pos ni..
sabar...beberapa tahun tu tak lama..
:)
ha3....
to Mu.Sya.Joh....ada ke tempat nama Pulau Tengkorak?
to shahkang...heh shah, ang cakap saja, skali ang kawin dlu...kan?
to crixerity...takpe, next sem @ year korang akan dapat gak =P
haha
kalo x see u di ipt then see u dimane?
chem
jgn generalised people sgt tau
heal ur heart cepat2
n prepare to accept god's gift 4 men lyke us
k chem
gudluck in ur quest
:)
see u di syurga...
salah satu daripada dua syurga atau kedua-dua syurga...
iaitu syurga di akhirat...
ATAU
syurga di akhirat dan syurga Baitul Muslim (perkahwinan)
yep ali...gua akan cube heal cepat2...
tak guna koyak lama2 nih...
banyak lagi bende bleh buat kan...?
lu pun sama, gudluck in ur quest juga...=)
huiyooo abg chem....huhuhu...
post yg btul2 mnyedarkan ana la...
wah x sabar nk kahwin...hak3...
moga2 mndapat isteri yg beriman, dan ana juga mampu mmbimbing isteri ke jalan yg benar..=)
amin..
ha3...
safwan2...taktau plak die pun bermain di legar siber ni...
abih aa...kene cek ni...! =)
Post a Comment