Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum...
Lebih kurang 2 minggu sudah berlalu semenjak serangan tentera negara haram Israel terhadap aktivis keamanan di atas Flotilla.
Seperti adaptasi daripada pendapat seorang sahabat, kemenangan bukanlah titik akhir kepada suatu perjuangan, tetapi merupakan 'the stepping stone' kepada suatu proses yang lebih besar.
Dan tragedi flotilla tersebut adalah suatu kemenangan, meskipun 'blockade' Gaza masih lagi belum dapat ditembus. Ini adalah kerana peristiwa inilah yang insya-Allah bakal merintis kejayaan di masa hadapan. Lihat sahajalah reaksi selepas tragedi tersebut. Satu dunia, dari Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Eropah, Asia dan Australia...6 benua, carilah mana satu benua yang tidak berdemonstrasi?
Namun, demonstrasi bukanlah jalan yang mampu mematahkan kegiatan durjana Israel. Mereka tidak pernah dan tidak akan mendengar. Ketegasan semata-mata tidak akan membanteras kedegilan mereka. Akan tetapi 'actions' yang sebenar-benarnya barulah dapat menghentikan mereka.
Dan kepada para da'ie, kerjanya adalah ini - teruskan membina manusia.
Betapa ramai lagi kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang langsung tidak tahu tentang Palestin...
Mungkin ada langsung yang tidak ambil tahu tentang tragedi bersejarah ini.
Kerana ada yang tidak dapat bersama-sama di medan perang - kerana Allah mentakdirkan bagi mereka melalui jalan ilmu, jalan tarbiyyah, jalan siyasah (politik) dan lain-lain jalan - maka itulah dia, medan pertarungan mereka adalah untuk mencetak manusia, produk-produk yang akan meneruskan kerja-kerja Rasulullah SAW hinggalah ke suatu masa yang ditentukan oleh Allah SWT, mahupun melaksanakan dasar syariat Islam di negara masing-masing untuk manfaat umat sejagat.
Wallahualam.
p/s: Sesudah berdemonstrasi, melaung-laung, berteriak-teriak tentang kehancuran Israel, adakah semangat itu masih ada....?
0 comments:
Post a Comment