Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
Maaf, lama menyepi dari arena ini.
Bermacam-macam alasan boleh diberikan, tetapi, ayuh, kita lihat ke masa hadapan yang lebih gemilang...
"Jadikanlah masa lampau yang gelap itu sebagai titik perubahan, bukanlah sebagai medan untuk mengkritik seseorang itu" - Ini yang difahami daripada kata-kata seorang rakan.
Namun sekarang, masih lagi diri ini dalam musim imtihan (peperiksaan), jadi mungkin tidak dapat untuk terlalu aktif di sini.
Doakan, diri ini mampu bangkit dan kembali aktif selepas tamatnya peperiksaan nanti ya :)
Nota kaki:
1) Ayuh sama-sama kita doakan 'flotilla' yang berusaha untuk ke Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang menderita sekian lama. Boleh lihat 'live streaming' dari atas kapal di sini.
2) Malaysia...apa sudah jadi... Boleh bacakan artikel Dr Maza di link ini. Kita doakan agar Malaysia tidak dihancurkan oleh orang-orang mana sekalipun (tidak kisahlah pro ke arah pemerintah atau pembangkang) yang hanya mementingkan kepentingan sendiri.
3) Bangkitkanlah izzah (kemegahan) dalam diri kita bahawa kita ini ialah seorang Muslim yang Mukmin. Banggalah dengan kenyataan, "Saksikanlah, bahawa aku seorang muslim!".
Wallahualam.
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya [As-Shoff, 61 : 8]
0 comments:
Post a Comment