Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, March 28, 2010

Penyakit

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

"Jika kita merasakan kitalah yang hebat, pandai dan lain-lain... Bersama-samalah kita merenung orang-orang yang lebih lama di jalan ini. Yang lebih banyak ilmunya. Yang lebih 'legend' daripada kita. Jangan dilihat dan dibanding dengan orang yang dibawah kita. Kerana kelak kita kan binasa dan terpedaya dengan syaitan. Lihatlah murabbi-murabbi agung, ustaz-ustaz, yang hidup dan matinya untuk dakwah, tidur 3 jam sehari tetapi masih mampu menyampaikan pengisian sepanjang hari, ikhwah-ikhwah di jalan dakwah yang tidak pernah tinggal puasa Isnin Khamis, tidak pernah tinggal qiyam tiap malam, tidak pernah ada masa lapang, setiap weekdays dan weekend ada usrah dan daurah.. Cukupkah hebatkah kita berbanding dengan mereka? Masih jauh lagi..masih banyak lagi kita kena belajar..ilmu tanpa amal tidak akan bawa ke mana. Mahukah kita menjadi seperti himar yang Allah sebutkan dalam Surah al-Jumuah? Banyak baca kitab, banyak hafal ayat quran tetapi tidak diterjemahkan kepada amal dan akhlak?"
Begitulah olahan suatu nasihat daripada seorang murabbi kepada mutarabbinya. Lengkap dan menginsafkan.

Riya', ujub, dan takabbur. 3 penyakit yang mampu membinasakan para daie.

Kerana tsaqafah (pengetahuan) yang banyak, dia memandang rendah orang lain.
Kerana fikrahnya yang mantap, dia menolak tepi pandangan orang lain.
Kerana kefahamannya yang tinggi, dia bersikap sombong terhadap orang lain.

Na'uzubillah min zalik ya Allah.

Moga Allah menjauhkan kesemua kita daripada sifat ini. Amin ya Rabbal 'alamin.

1 comments:

capek said...

ni link yg tembak para daie huhuhu...semoga xjd cmni
http://www.youtube.com/watch?v=xtjwtmjbOKE