Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
Mungkin ada yang akan terasa dengan post kali ini, tetapi, kritikan yang baik itu akan dapat membina, dan kutuk-mengutuk itu suatu perbuatan yang keji. Maka, saya pilih kritikan, dan ini hanyalah pendapat peribadi. Juga dimaklumkan tidak ada nama sesiapa pun yang disebut dalam ini.
___
Mutarabbi dan Baitul Muslim (Situasi Umum yang boleh berlaku)
Mungkin ada di kalangan murabbi yang mempunyai mutarabbi yang sememangnya hendak ber'baitul muslim'. Hendak, mahu dan rela. Tidak dipaksa.
Dan tatkala di awal tarbiyyah, dalam tahun pertama seseorang murabbi (guru) itu bersama mutarabbi (anak murid) itulah katakan, mungkin, jika seseorang mutarabbi itu hendak berbicara tentang hal baitul muslim bersama-sama murabbinya, akan ada murabbi yang sentiasa 'tidak mahu' atau 'tidak sudi' untuk berbicara tentang hal baitul muslim ini, atau menganggap mutarabbinya itu hanyalah bermain-main, dan menganggap mutarabbinya itu ada sindrom penyakit hati yang biasa di kalangan pemuda.
"Enta kenalah bina diri dahulu!"
"Akhi, awal lagi. Jauh lagi perjalanan kita."
"Enta dah bersedia ke? Duit ada? Famili ok? Dah cukup ilmu? Ruhi dah mantap?"
"Lupakan dulu akhi. Banyak lagi kerja yang enta boleh fikirkan daripada perkara ini."
Akan ada sahaja persoalan dan pernyataan yang keluar daripada murabbi itu, seakan-akan men'down'kan mutarabbinya.
Padahal, mutarabbinya itu serius ingin berbicara dengannya!
Serius ingin melanjutkan langkahnya ke arah baitul muslim!
Serius hendak memelihara dirinya daripada maksiat!
Serius ingin menjadikan dakwahnya maju dengan naiknya dirinya ke marhalah kedua!
Tetapi murabbi itu tidak mahu melayannya. Apa perasaannya? Lama-lama mungkin, dia akan 'give up' dengan murabbinya. Akan kecewa dengan murabbinya.
"Ana sudah berputus asa dengan naqib ana. Dia tidak akan mahu berbicara tentang hal ini dengan ana. Meskipun ana serius ingin berbicara dengannya. Lebih baik ana mengorak langkah sendiri, daripada menunggu sesuatu yang tidak pasti. Ana kecewa dengannya."
Ya, pembinaan diri dan persediaan itu penting. Namun, sampai bila hendak menggunakan alasan itu? Sampai mutarabbi itu berasa 'give up' dengan murabbinya mahupun dengan pimpinan jemaahnya? Sampai mutarabbinya kecewa dengan murabbinya? Maka jika demikianlah, murabbi itu silalah menjawab dengan Allah SWT jika kerana hal baitul muslim ini menyebabkan mutarabbinya (yang sememangnya tidak mahu menangguh lagi) tersilap memilih calon pasangan hidupnya yang akhirnya akan menyebabkan dirinya terasing daripada jalan dakwah ini. Dan ini berpunca daripada ketidaksudian murabbinya untuk berbicara hal ini dengan mutarabbinya.
Itu adalah antara senario yang boleh terjadi.
Daripada boleh dibina dan dikerahkan sebagai tentera Allah, akhirnya mutarabbinya itu hilang daripada radar dakwah, hanya kerana satu isu ini. Bahaya itu.
Maka, lebih baik 'mendiamkan' mutarabbi daripada 'menghilangkan' mereka daripada jalan dakwah ini.
Wallahualam, sekadar pandangan.
p/s: Saya berazam, jika ada mutarabbi kelak, bahawa jika ada di kalangan mereka yang benar-benar serius akan hal ini, maka saya akan berjuang untuknya. Sampai ke peringkat pimpinan akan saya suarakan hasrat mereka. Di samping memberikan taujih (penyampaian), pembentangan fikrah dan pengenalan terhadap Islam yang sebenarnya, saya tidak akan membenarkannya 'give up' dengan dakwah kita hanya kerana satu isu ini. Banyak lagi isu yang lebih besar yang mampu diperjuangkan.
10 comments:
hahahah ko tau aku tersenyum jer baca ko pny post nih XDD
ada ke kes camtuh berlaku?
cem punya kes kot...hahhaa
chem, enta binalah cepat! boleh ana rasa nasi minyak cepat. haha. ^_^
chem..saya mahu..hehe..bekas boleh x??biler nk bncg??
@din - ada je aku bubuh situasi yang BOLEH berlaku...bukan yg telah berlaku... :p
@matper - well, aku tsiqah kot kat dia, tapi tsiqah tak bermakna kita menutup ruang mengkritik :)
@amin - takde orang yang betul2 lagi...tunggulah masanya :)
@hanis - apa maksud bekas?
bekas mksudnya 'x mutarabbi'
khidir: syeikh..ni pertama kali bukak blog..tajuk pertama baitul muslim =).. bile lgi syeikh..?
Chem, Berjuang untuk ana!!! =P
haha...
hanis: pernah timbulkan isu ini dengan murabbi sekarang tak? :p
khidir: syeikh khidir dulu kan? :)
zul: suarakan dekat murabbi czech dulu :D
Ade je kawan aku yg nak berBM tapi serius aku katekan die masih mentah dan pihak sana aku lihat lgi kurang matang dalam mengurus hal mereka berdua.. at the end, kawan aku tinggalkan budak itu buat sementara.. bagi kami,dakwah di sini lai penting dan dia pun masih belum bersedia. Apepun, aku selalu menyokong keputusannya untuk meneruskan plan Baitul Muslim ni.. berpa kali hatinya berbolak-balik, di situ ajelah aku bersamanya.apepun,aku bukanlah orang yg berpengalaman..hanyalah sebagai seorang sahabat yang sentiasa ada untuknya..
All da besh chem!!!
Post a Comment