Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Saturday, November 7, 2009

Pena dan Pedang

Bismillahirrahmanirrahim...

Pena dan pedang, apa kaitan antara kedua-dua elemen ini?

Kalau hendak diikutkan, pena itu hanyalah pena, yang mempunyai suatu hujung yang boleh digunakan untuk menulis, dan dengan itu sifat fizikalnya sahaja sudah pasti tidak mampu untuk memberikan suatu impak yang besar kepada manusia.

Pedang pula, sifat fizikalnya semestinya memberikan suatu impak yang menggerunkan manusia, dan mampu untuk menjadi penentu sama ada suatu negara itu jatuh kepada musuh, mahupun suatu negara itu mampu mempertahankan dirinya.

Kalau diikutkan, pena dan pedang secara fizikalnya memang mempunyai suatu kontradiksi yang jelas lagi nyata.

Namun, jika dikaji betul-betul, anda sudah pasti akan mendapati bahawa sebenarnya mata pena itu dapat menjadi jauh lebih tajam daripada mata pedang.

Kerana pena, ukhuwwah boleh dihancurkan.
Kerana pena, peperangan boleh dilancarkan.
Kerana pena, orang boleh dibunuh.

Kita melihat Sayd Qutb, yang syahid di tali gantung, itu adalah kerana hasil-hasil penanya, bukan? Hasil-hasil pena yang mampu menggegarkan jiwa manusia, yang mampu memberikan suatu imej ketakutan kepada pihak musuh.

Kerana beliau menegakkan kebenaran. Itu sahaja.

Dan Katakanlah: "Yang benar Telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." [Al-Isra', 17 : 81]


Hazad-Deen (Inilah Islam), Ma'alim Fi Tariq, dan Fi Zilalil Quran...itu antara hasil pena mashyurnya...(diri ini sendiri tidak habis membacanya...doakan kita sama-sama dapat menerokai hasil-hasil lonjakan jiwa ini, insya-Allah)

Gelaran syuhada, bukan calang-calang orang yang dapat mengecapinya. Kita entah mampu atau tidak untuk menggapainya.

Namun, Sayd Qutb mampu menggapai mati syahid kerana penanya. Bukan dengan pedang.

Sesungguhnya jika penulisan mampu mengangkat darjat kita sebagai hamba-Nya, maka apa lagi, mari kita sama-sama berjuang dalam medan penulisan ini...

Moga kita sama-sama menggapai redha-Nya...

Allahumma yassir wala tu'assir (Ya Allah, mudahkanlah dan jangan persulitkan)...Amin!

0 comments: