Bismillahirrahmanirrahim...
"Ilmu itu adalah hak milik Allah. Kutiplah mutiara-mutiara (ilmu-ilmu) daripada sesiapa pun, tidak mengira siapa pun orang itu."
"Setiap orang yang pernah mengajar kita adalah guru kita."
- Afif Nawawi, rakan Manchester
Lebih kurang itulah yang dikatakan, jika tidak 100% tepat. Benar sungguh kata sahabat itu. Dalam menggapai ilmu, tidak kira ilmu agama dan tarbiyyah, ilmu sains sosial, mahupun sains tulen, seharusnya tidak boleh ada penghalang mahupun penyekat untuk sesiapa pun menuntut ilmu, kerana ilmu itu hak milik-Nya.
Sekatan itu adalah daripada pelbagai punca, yakni faktor luaran dan juga faktor diri sendiri yang tidak mahu mencari ilmu.
Dan, pesanan kepada diri sendiri dahulu dan juga kepada semua, janganlah kita hanya mengambil input ilmu daripada bidang yang kita ceburi sahaja. Lihat sahaja ilmuan-ilmuan Islam semasa zaman Ketamadunan Abbasiyah, itu sudah cukup untuk melihat betapa luasnya dunia mereka jika disebut perkataan "ILMU"
"Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: 'Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: 'Berdirilah kamu', Maka berdirilah, NISCAYA ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DERAJAT. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Al-Mujaadilah, 58 : 11]
Rugilah mereka yang hanya memberikan had kepada skop pengambilan ilmu dalam hidup mereka. Sangatlah rugi. Terlepaslah mutiara-mutiara yang seharusnya mampu digapai.
2 comments:
afif?..abisla ko..=p
takpa...dia qowiyy
Post a Comment