Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, November 6, 2009

Berpecah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam sejarah Islam, antara faktor kejatuhan khilafah Islamiyyah yang telah dibina sekian lama ialah perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri...

"Civilisations die from suicide, not by murder" - Arnold J. Toynbee


Tidak perlu diri ini menyenaraikan perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah...mungkin ada di kalangan pembaca yang lebih arif tentang ini, namun, perpecahan-perpecahan inilah yang boleh membawa kepada kejatuhan...

Lebih-lebih lagi di zaman bencana fitnah ini, perpecahan semakin menjadi-jadi...

Kalau hendak ikutkan ijtihad sekalipun, biarlah ijtihad yang melengkapkan, bukan menggalakkan persaingan yang tidak membawa manfaat, dan melambatkan kemenangan Islam...

Sesiapa yang tidak bersetuju, sila nyatakan... Mari kita berbicara...

Dan Katakanlah: "Yang benar Telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." [Al-Isra', 17 : 81]

0 comments: