Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, December 31, 2008

Kuasa Pelajar

Bismillahirrahmanirrahim...

Tidak dapat dinafikan lagi, golongan pelajar adalah suatu golongan yang amat berkuasa, walau di mana-mana pun mereka berada. Sehinggakan kuasa golongan pelajar ini mampu sekurang-kurangnya menggugat kerajaan. Menumbangkan kerajaan? Mungkin.

Mengapa?
Kerana pelajar ialah golongan intelektual yang banyak ilmunya.
Kerana pelajar ialah golongan yang kuat membantah.
Kerana pelajar ialah golongan pemuda yang banyak tenaga.
Kerana pelajar ialah golongan bakal pemimpin negara di masa hadapan.

Kita lihat sahaja di Iran, pada Julai 1999, di mana para pelajar mempelopori suatu demonstrasi berkenaan penutupan surat khabar reformis, Salam, yang telah menyebabkan kekecohan dan kekacauan. Kematian dan kecederaan juga dilaporkan. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Iran terpaksa meluluskan rang undang-undang yang menghukum apa-apa sahaja usaha yang menentang rejim kerajaan, meskipun secara damai, kalau secara ganas apatah lagi. Begitulah kuasa pelajar, yang mampu menggegarkan suatu kerajaan.


Kita lihat pula di Kanada, pada Februari hingga April 2005, di mana dilaporkan hampir separuh daripada separuh populasi pelajar di Quebec (salah satu bandar di Kanada), di mana bilangannya adalah di antara 230,000 daripada 450,000 orang pelajar, yang telah terlibat dalam demonstrasi pada kemuncaknya. Mereka telah membantah tindakan kerajaan untuk mengubah geran pelajar kepada hutang, iaitu sebanyak $ 103 juta, dalam usaha untuk menguragkan kos pendidikan. Pihak kerajaan pada ketika itu, Parti Liberal Quebec, telah melaksanakan demikian, bagi memenuhi janji pilihan raya, untuk mengurangkan kos pendidikan. Akhirnya, pihak kerajaan telah mengalah, dan telah melakukan suatu metodologi bagi memulangkan semula $ 103 juta itu, secara ansuran. Begitulah kuasa pelajar, tidak dapat dinafikan lagi.

Di Malaysia pula, bagaimana? Secara ringkasnya, kita melihat mahasiswa kita dijinakkan oleh undang-undang kita sendiri. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ternyata telah memanjakan anak emas kita, yakni mahasiswa. Mereka tidak dibenarkan terlibat dalam politik, sekiranya terlibat akan dihukum, dan kemungkinan besar dibuang universiti. Apakah yang ingin dicapai sebenarnya oleh AUKU?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang manja?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang lemah?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang tidak boleh bersuara?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang tertutup mindanya?
Apakah AUKU ingin meranapkan kebebasan pelajar?

Dah kebebasan disekat, maka mahasiswa tiada lagi apa-apa yang relevan untuk dilakukan. Maka, mereka pun berkasih-kasihan. Kerana itu menyeronokkan, dan tidak salah dari segi undang-undang, tidak begitu?

Sekiranya inilah yang dihasratkan, jangan terkejut jika suatu hari nanti, negara kita akan dipimpin oleh pemimpin yang lemah, tidak mampu bersuara, tengkongkong dan tertutup mindanya. Dan, jangan terkejut jika pemimpin kita nanti terdiri daripada golongan yang runtuh akhlaknya, akibat pergaulan bebas, kerana berkasih-kasihan itu tidak salah, kan? Justeru, pemimpin kita tidak akan BERKUASA, kerana usaha untuk mengembangkan kuasa kepimpinannya sudah disekat pada hari pemimpin itu masih lagi belajar.

Ini hanyalah sekadar pendapat, daripada seorang pelajar.
P/s: Teruskan wahai pelajar-pelajar, berdemonstrasilah mengenai isu Palestin... Teruskanlah menyedarkan masyarakat di negara ini, yang rata-rata tidak peduli pun mengenai isu besar ini...

"Nak buat usrah pun kena underground, kan? Berkuasanya kita..."

Tuesday, December 30, 2008

Dari Malaysia Ke Palestin

Bismillahirrahmanirrahim...


Flashback Perang Badar (17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
- Muslimin menentang Musyrikin Mekah

S
umber:
http://www.dakwah.info/index.php/Perang/Peperangan-Badar-Al-Kubra.html


Kekurangan yang dihadapi oleh tentera Muslimin:


i) Umat Islam amat sedikit dari segi bilangan tenteranya
- 313 Muslimin menentang 1000 Musyrikin (1300 pada mulanya)

ii) Umat Islam ketinggalan dari segi teknologinya
- Mereka hanya menggunakan segala apa yang termampu bagi menghadapi musyrikin Mekah - pelepah
tamar, kuda 2 ekor, unta 70 ekor
- Golongan Musyrikin mempunyai 100 ekor kuda, 600 perisai, unta terlalu banyak untuk dihitung (9 atau
10 ekor unta disembelih sehari untuk makanan)

iii) Umat Islam kurang bersedia untuk berperang, manakala golongan Musyrikin amatlah bersedia sekali


Kelebihan tentera Muslimin:


i) Kekuatan rohani dan semangat jihad
- Rasulullah bersolat seluruh malam

ii) Bantuan Allah SWT
- Pada malam sebelum perang, Allah menurunkan hujan
(di kawasan tentera Musyrikin, hujan amat lebat yang melumpuhkan kemaraan kaum Musyrikin)
(di kawasan tentera Muslimin, hujan renyai-renyai yang membasahi dan membersihkan badan mereka,
dan menyucikan mereka daripada noda syaitan, menetapkan bumi di mana mereka berpijak,
mengejapkan pasir, mengukuhkan tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukan stategi mereka, dan
menambatkan hati-hati mereka)
- Semasa perang, Allah menurunkan 1000 malaikat
("Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut" - Al-Anfal, 8 : 9)
- Allah menanamkan rasa ketakutan kepada orang kafir semasa berperang
( "Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak akan
Aku jatuhkan rasa ketakutan ke hati orang-orang kafir" - Al-Anfal, 8 : 12)

iii) Perpecahan di kalangan tentera Musyrikin dan kesatuan dalam tentera Muslimin.


Konklusi peperangan
- Tentera Muslimin mencapai kemenangan yang gemilang, meskipun menghadapi kekurangan dari segi fizikalnya, namun, kekuatan daripada Allah SWT adalah segalanya, dan tidak dapat ditandingi...!


Peperangan Palestin-Israel (Kali ke tidak dapat dihitung berapa kalinya)
- Intifadhah Ketiga (bermula 27 Disember 2008)


Kita dapat melihat bahawa pihak Israel yang telah mencabuli perjanjian gencatan senjata selama 6 bulan itu. Kita juga dapat melihat bahawa pihak Israel yang telah melakukan keganasan pengeboman demi pengeboman, semenjak bermulanya serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza.

Kita melihat, orang awam Palestin yang tidak berdosa, seperti wanita dan kanak-kanak, dibom begitu sahaja oleh orang Israel, tanpa rasa belas kasihan. "Ingin membunuh teroris katanya". Namun, kita sudah serik dengan ayat ini. Kita sudah mual dengan kenyataan ini. Zionis penipu! Zionis pemusnah! Zionas zalim!


Kita melihat bahawa Israel dengan angkuhnya menunjukkan kehebatan angkatan tenteranya. Setakat ini, hanya serangan udara dan laut sahaja yang baru dilaksanakan. Ya, serangan dari udara dari laut sahaja, dengan bom-bom dan misil-misil sahaja, belum lagi serangan darat, dengan segala macam kereta kebal dan kelengkapan tentera moden lain yang mereka miliki. Sudah kelihatan kemusnahan yang dahsyat, dan kematian yang ramai. Memang tidak dinafikan, mereka memiliki teknologi, dan mereka memiliki kiraan tentera yang ramai. Dan, kelihatan tentera Muslimin tidak bersedia untuk menghadapi serangan mega Israel kali ini. Oleh itu, secara teorinya, dengan mudah sahaja, tentera Hamas, dan militan-militan Muslimin yang lain akan dilenyapkan dari muka bumi ini.

Namun, mari kita melihat kembali sejarah. Itulah sebabnya, diri ini membicarakan mengenai Peperangan Badar di awal post ini. Kita melihat, tentera Muslimin kekurangan dari segi anggota, kekurangan dari segi teknologi, dan kekurangan dari segi persiapan. Namun, mereka yakin dengan Allah. Mereka berjuang kerana Allah. Mereka berjuang untuk syahid di jalan Allah. Semangat ini, dan tawwakal mereka kepada Allah, telah memberikan kejayaan kepada mereka dalam Peperangan Badar, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran pada mulanya.

Justeru, pihak Zionis Israel perlu berwaspada. Mereka mungkin memiliki kehebatan yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh pejuang Muslimin dari segi ketenteraan, tetapi mereka tiada Allah di sisi mereka. Sesungguhnya, apabila Allah menurunkan bantuan-Nya, tiada siapa yang dapat menghalang.

Justeru, marilah kita, orang yang mengaku diri sebagai Islam, mendoakan saudara-saudara kita yang berjuang di Palestin. Mungkin doa itu nampak mudah, namun, di sisi Allah, itulah yang terbesar (dan tidak mudah bagi manusia untuk melakukannya, tidak begitu?)... Semoga Allah memberikan kejayaan kepada perjuangan umat Islam di Palestin.

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlalunya. Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
[ As-Saff, 61 : 13]

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." [Muhammad, 47 : 7]

"Ya Allah, bantulah perjuangan orang-orang Islam di Palestin"
"Ya Allah, tegakkanlah kebenaran dan hapuskanlah kezaliman di sana"
"Ya Allah, lenyapkanlah Israel dari muka bumi ini"

Berdoalah, sekadar termampu. Tidak perlu dalam bahasa Arab pun. Tidakkah Allah memahami kesemua bahasa? =)


1430 H...Berjuanglah Dengan Sebenar-Benar Tujuan

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kalau kita berjuang dengan niat untuk menaikkan orang Melayu, orang Cina takkan terima, orang India takkan terima...
Tetapi, kalau kita berjuang dengan niat untuk menaikkan orang Islam, orang Cina boleh terima, orang India pun boleh terima..."

Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS
(ketika forum Wacana Perdana - Transformasi Politik Malaysia, 20/12/2008 di Kota Bharu)


Mari kita renung sejenak....
Apakah yang kita perjuangkan selama ini?
Untuk bangsakah? Tidak kekal.
Untuk parti politikkah? Tidak kekal.
Untuk kepentingan peribadikah? Tidak kekal.

Mari kita sama-sama berjuang demi agama kita, Islam....Inilah perjuangan yang kekal, dan dapat meraih sokongan bukan sahaja masyarakat di Malaysia, bahkah masyarakat di seluruh dunia (tidakkah kini Islam di seluruh dunia?)..!

Dan, kita juga akan mendapat sokongan-NYA...!

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu... [Muhammad, 47 : 7]

"Perbetulkanlah niat kami ya Allah...pada tahun 1430 H ini...dan berikanlah kepada kami kejayaan mutlak di dunia dan akhirat..."




Saturday, December 20, 2008

Bacalah...Tengok Sebak Ke Tidak...

Thursday, December 18, 2008

Salahkah Bersendirian?


Bismillahirrahmanirrahim...

Di sini, ingin diri ini mengemukakan suatu pendapat mengenai terma 'bersendirian'. Apakah menjadi kesalahan bagi seseorang individu itu untuk mengasingkan diri daripada orang ramai? Apakah ianya menjadi suatu dosa, dengan menyepi dan menyendiri...?

Mari kita lihat satu contoh. Kita lihat sahaja di mana-mana, terdapat golongan-golongan tertentu yang suka menyendiri. Dan, mereka dikutuk.
Mereka dikatakan 'poyo'.
Mereka dikatakan berlagak.
Mereka dikatakan tidak reti bersosial.
Mereka dikatakan tidak ramah mesra.

Apakah justifikasi di sebalik tuduhan-tuduhan itu? Mungkin ada rasionalnya mereka menyendiri.
Mungkin hendak melindungi diri daripada dosa-dosa mengumpat?
Mungkin hendak mencari ketenangan?
Mungkin hendak membolehkan dirinya menuntut ilmu dengan lebih terfokus?
Mungkin hendak rapat dengan Rabbnya?

Di sini, ingin diri ini menyeru, janganlah kita sekali-kali mengeji mereka yang suka menyendiri. Janganlah kita berprasangka buruk terhadap mereka. Dan, janganlah kita meminggirkan mereka.

Dan, kepada rakan-rakan di KMB, janganlah terkejut, andai diri ini turut serta menyendiri, pada Semester terakhir. Sudah biasa juga diri ini menyepi daripada komuniti pelajar, atas sebab-sebab tertentu.

Dan, terdapat pihak yang membantah tindakan itu. Apakah kamu tidak ada diri kamu untuk dijaga? Diri ini bukannya melakukan apa yang dilarang dalam agama. Kewajipan insya-Allah diusahakan untuk dijaga. Usaha (Fussilat, 41 : 33) juga insya-Allah akan diusahakan, tetapi mengikut metodologi yang difahami, dirujuk kepada ikhwah-ikhwah sekalian. Biarlah diri ini dengan diri ini. Yang kamu semua hendak menjaga tepi kain orang itu buat apa? Jagalah diri kamu masing-masing.

Sesungguhnya diri ini inginkan ketenangan.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Rad, 13 : 28]

Menusuk Kalbu


“You have the money, we’ve got the will; you have the power of arms, we have the power of faith; you have America, we have God.”
- Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin (yang sebenarnya - democratically elected), pada perhimpunan menyambut ulang tahun ke-21 HAMAS, di Palestin

Bismillahirrahmanirrahim...sengaja diri ini ingin mengongsikan kata-kata tokoh tersebut...menusuk kalbu, bukan?

Setiap hari, mereka ditindas...
Setiap hari, mereka dibuli...
Setiap hari, mereka ditembak...
Setiap hari, mereka dibunuh...

Namun, mereka terus yakin...
Namun, mereka terus mara...
Namun, mereka terus bangun...
Namun, mereka terus berjuang...

Post tribute kepada saudara kita di sana...di bumi Palestin...
Teruskan berjuang wahai saudara-saudara semuslim...
Insya-Allah, akan diri ini mendoakan kalian...
Insya-Allah, kalian akan berjaya...!

Sunday, December 14, 2008

Pilihan Telah Dilakukan...Moga Benarlah Pilihan

Bismillahirrahmirrahim...

Sekadar pesanan penaja lebih kurang....=P

Alhamdulillah, syukur, telah selesai diri ini melaksanakan application UCAS bagi universiti-universiti di United Kingdom, yang insya-Allah, akan dapat dijejaki setelah berakhirnya era International Baccalaureate di Kolej MARA Banting ini...demi menyebarkan Ad-Deen ke seluruh alam...

Ya Allah, bantulah mengubah diri ini menjadi lebih baik, agar dapat tercapai misi ini...kerana diri ini masih terlalu banyak kekurangan dan ilmu, serta masih berperangai tidak elok pada kebanyakan situasi dalam hidup...

Pilihan-pilihan:
1) Imperial College London - Mechanical Engineering
2) University of Manchester - Mechanical Engineering
3) University of Bristol - Mechanical Engineering
4) Cardiff University - Mechanical Engineering
5) University of Southampton - Aeronautics and Aerospace

Semoga pilihan yang dibuat ini adalah yang terbaik..amin...=)

“Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.."
[Al-Baqarah, 2 : 32]

Saturday, December 13, 2008

Under Construction

Salam...

Kepada pembaca...sabarkan diri...

Tengah reconstruct page ni =)

Thursday, December 11, 2008

Rom...Timur dan Barat...

Sumber:

http://khilafaharmy.wordpress.com/2008/12/10/menakhluk-rom/#more-6

Rasulullah SAW pernah ditanya, "Kota manakah yang dibuka lebih dahulu, Konstantinople atau Rom?" Rasulullah SAW menjawab, "Kotanya Heraklius dibuka lebih dahulu, iaitu Konstantinople." (HR Ahmad, ad-Darimi dan al-Hakim)



Ungu = Rom Timur
Merah = Rom Barat


Kalau pada tahun 1453, Konstantinople ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih...menandakan kejatuhan kerajaan Rom Timur....

Kerajaan Rom Barat?? Siapa lagi, kalau bukan umat Islam akhir zaman....akan menegakkan semula khilafah di atas muka bumi..!
Adakah kita termasuk daripada golongan yang menawan, atau kita membelot di tengah jalan, dan menjadi golongan yang ditawan..? Fikir-fikirkanlah...=)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, makallah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." [An-'Ankabut, 29 : 2-3]



Wednesday, December 10, 2008

Sujud...Di Arena Perlawanan




Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1227019237348&pagename=Zone-English-News/NWELayout


Aboutreika Inspires Congolese to Islam

By Mustafa El-Ga'fary, IOL Correspondent



Image

Aboutreika's prostration aroused many Congolese's curiosity about Islam.

TRIPOLI — Egypt's soccer legend Mohamed Aboutreika, also admired for his piety and good manners, has never imagined that his match against Congo in the 2010 World Cup qualifiers would draw many Congolese to the fold of Islam.

"Many Congolese were curious to know why Aboutreika prostrated after he scored," Sheikh Abdulla Mingala Lwaba, the mufti of Congo, told IslamOnline.net in an exclusive interview.

Aboutreika, nominated for the CAF African Footballer of the Year award in 2006 and running for the title this year, scored the winner goal in Egypt's clash with Congo in the World Cup qualifier last September.

To the surprise of the thousands of Congolese fans, he immediately kneeled to the ground before being joined by fellow teammates.
"Many fans came to us wondering why the Egyptian players did that," said Lwaba.

"We explained to them that the prostration was meant to thank God for his blessings, an act encouraged by Islam," he explained.
"Many of them developed a curiosity about Islam that eventually led them to embracing the Muslim faith."

Aboutreika enjoys a huge popularity in Egypt, the Arab world and Africa for his amazing skills and good manners.

He was named the world's most popular soccer player in 2007, according to the International Federation of Football History & Statistics (IFFHS).

Envoy of Islam

The Congolese mufti describes Aboutreika and his like him as ambassadors of Islam.

"They are preachers of Islam," he told IOL.
Lwaba said many people look up to famous stars as role models.
"When a Muslim sets a good example in his work and actions, many follow him. And when he abides by his religious values, he guides many people to his faith."

Born in 1978 in the city of Giza, Aboutreika led Egypt to win the African Cup of Nations in 2006 and 2008, earning him the "Africa's Zinedine Zidane" nickname.

He has also been dubbed "The Smiling Assassin" by foreign media because of his two main trademarks: goal-scoring and glamorous smiling.

Off the pitch, Aboutreika is a player known for his good manners with a personality as great as his silky skills.

In 2005, Aboutreika joined UNDP Goodwill Ambassadors Brazilian Ronaldo, French Zidane and 40 other international soccer stars for a "Match Against Poverty."

His stardom increased across the Arab and Muslim worlds because of his support of Muslims causes.

After scoring a goal during the 2006 Africa Cup of Nations, Aboutreika revealed a T- shirt bearing the slogan "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" in response to the blasphemous Danish cartoons.

He also made headlines in January of this year during Egypt's Africa Cup of Nations match against Sudan, when he lifted his jersey after scoring his first goal to show a white T-shirt emblazoned with "Sympathize With Gaza."




Anjakan Paradigma | Mari Kita Bersama!








Bismillahirrahmanirrahim...

Pada suatu hari, tidak diingati masanya, di bilik 'Markas' Muzal, C114:

"Kita tengok orang Melayu (diubah perkataan Melayu dalam dialog sebenar kepada perkataan Islam - lebih signifikan rasanya) sekarang ini.. Orang yang celik pandai, yang sudah berjaya, hanya tahu bersenang-lenang, main golf. Bukannya hendak membela kaum sendiri. Kita tengok mereka yang kurang cerdik, yang rosak. yang kurang berjaya...merekalah yang bersemangat hendak bangunkan bangsa/agama..."

- Kata-kata sahabat, Muzal Taib Nuh
(bakal Ketua Pemuda UMNO di United Kingdom nanti..insya-Allah =P)


Pada suatu petang pula, selepas pembacaan Ma'thurat, pada sesi tazkirah, di belakang surau An-Nur:

"Perjuangan kita ini bukannya main-main. Kita berdakwah dengan suatu objektif dan suatu matlamat, iaitu untuk menguasai dunia. Tunggulah suatu masa nanti, PBB/UN nanti kita ambil alih. Tak percaya, tengoklah nanti. Kalau setakat nak mengajak orang pergi ke masjid, tak payahlah. Orang biasa pun boleh buat. Perjuangan dakwah ini jauh lebih besar daripada hanya mengajak orang ke masjid.."

- Kata-kata sifu, 'Ammar
(bakal Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti...?)

Tatkala mendengar dua respons di atas, menggelora jiwa. Terasa ingin bangun dan melaungkan semboyan perjuangan tatkala itu juga. Merekalah pemberi inspirasi. Namun, adakah setakat ketika waktu-waktu tersebut sahaja diri ini bersemangat, bagaikan dunia dan isinya bukan lagi menjadi halangan?

Diharapkan agar spirit yang diberikan oleh-Nya, melalui wasilah mereka berdua, akan mendorong diri ini meneruskan perjalanan, dan perjuangan, yang masih lagi jauh...

Melihat kata-kata Muzal, ada benarnya. Kita melihat orang-orang Islam yang kini berjaya, dan memiliki segenap harta dan kekuasaan...apakah sumbangan mereka kepada agama mereka? Kalau dilihat pada businessman, sudah kaya, mesti ada saja golf club yang mahal-mahal yang dibeli, lantas dimainkan di padang golf. Mereka bersama mereka sahaja, businessman bersama businessman, bersenang-lenang di padang golf. Kalau dilihat pada ahli politik, sudah ada jawatan, masuk ke dewan Parlimen, bertelagah sesama sendiri dalam hal remeh-temeh - yang memerintah dengan usul-usul untuk melindungi kuasa mereka, yang pembangkang dengan usul-usul bagi membolehkan hak-hak pemerintah dikikis - yang langsung tiada manfaat kepada rakyat, inikan lagi pada ummah keseluruhannya...semuanya mementingkan kepentingan individu.

Jadi, tiada siapalah lagi yang layak untuk memimpin ummah pada masa kini nampaknya. Bagi yang itu pegang, roboh - pergi lantik ketua yang tiada yang langsung agenda ummah. Bagi yang ini pegang, lemah, ada agenda ummah, tetapi pengecut.

Kepada semua yang membaca, marilah kita sama-sama berubah, (kritikan kepada diri sendiri juga), dan marilah kita mengubah dunia ini bersama-sama...!!! Tegakkan Ustaziyatul Alam bagi Islam, rampas ia kembali daripada Barat...

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu..." [Muhammad, 47 : 7]


"Macam mana nak ubah negara, kalau tiada daripada golongan usrah yang berani menerpa masuk ke arena politik?"