Bismillahirrahmanirrahim...
Di sini, ingin diri ini mengemukakan suatu pendapat mengenai terma 'bersendirian'. Apakah menjadi kesalahan bagi seseorang individu itu untuk mengasingkan diri daripada orang ramai? Apakah ianya menjadi suatu dosa, dengan menyepi dan menyendiri...?
Mari kita lihat satu contoh. Kita lihat sahaja di mana-mana, terdapat golongan-golongan tertentu yang suka menyendiri. Dan, mereka dikutuk.
Mereka dikatakan 'poyo'.
Mereka dikatakan berlagak.
Mereka dikatakan tidak reti bersosial.
Mereka dikatakan tidak ramah mesra.
Apakah justifikasi di sebalik tuduhan-tuduhan itu? Mungkin ada rasionalnya mereka menyendiri.
Mungkin hendak melindungi diri daripada dosa-dosa mengumpat?
Mungkin hendak mencari ketenangan?
Mungkin hendak membolehkan dirinya menuntut ilmu dengan lebih terfokus?
Mungkin hendak rapat dengan Rabbnya?
Di sini, ingin diri ini menyeru, janganlah kita sekali-kali mengeji mereka yang suka menyendiri. Janganlah kita berprasangka buruk terhadap mereka. Dan, janganlah kita meminggirkan mereka.
Dan, kepada rakan-rakan di KMB, janganlah terkejut, andai diri ini turut serta menyendiri, pada Semester terakhir. Sudah biasa juga diri ini menyepi daripada komuniti pelajar, atas sebab-sebab tertentu.
Dan, terdapat pihak yang membantah tindakan itu. Apakah kamu tidak ada diri kamu untuk dijaga? Diri ini bukannya melakukan apa yang dilarang dalam agama. Kewajipan insya-Allah diusahakan untuk dijaga. Usaha (Fussilat, 41 : 33) juga insya-Allah akan diusahakan, tetapi mengikut metodologi yang difahami, dirujuk kepada ikhwah-ikhwah sekalian. Biarlah diri ini dengan diri ini. Yang kamu semua hendak menjaga tepi kain orang itu buat apa? Jagalah diri kamu masing-masing.
Perjalanan Ini
Koleksi
Thursday, December 18, 2008
Salahkah Bersendirian?
11:09 PM — PeRaNTau — Labels: Pengalaman diri iniSesungguhnya diri ini inginkan ketenangan.
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Rad, 13 : 28]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Beruzlah terkadang membawa diri dekat dengan Allah. Tetapi, jika terus menyendiri juga merupakan kesalahan fatal. Berpada-padalah..
apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan fatal itu?
sokong ibam!!
uzlah itu perlu, tp mesti pd tempatnya..
as an example, imam syafie:
1/3 mlmnya utk tidur
1/3 utk ibadah(uzlah)
1/3 utk study
so rasenye camtuh dh cukop bagus kot..
insyaALlah same2 kite usaha cam die..
hoho...dh nampak dh budak imperial college
haha...
to ahmedkzaman...thanx for reminding...ahaha...=D
to d4uh...pe kes? haha...
teruskan menyendiri smpai berjambang cem!
mmg ade mase kite kena menyendiri gak..
tp jgn abaikan org disekeliling ye!
saya suker baca post ni..
bercakap lah tentang perkara yang baik, ataupun diam.
betul!
Post a Comment