Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, December 31, 2008

Kuasa Pelajar

Bismillahirrahmanirrahim...

Tidak dapat dinafikan lagi, golongan pelajar adalah suatu golongan yang amat berkuasa, walau di mana-mana pun mereka berada. Sehinggakan kuasa golongan pelajar ini mampu sekurang-kurangnya menggugat kerajaan. Menumbangkan kerajaan? Mungkin.

Mengapa?
Kerana pelajar ialah golongan intelektual yang banyak ilmunya.
Kerana pelajar ialah golongan yang kuat membantah.
Kerana pelajar ialah golongan pemuda yang banyak tenaga.
Kerana pelajar ialah golongan bakal pemimpin negara di masa hadapan.

Kita lihat sahaja di Iran, pada Julai 1999, di mana para pelajar mempelopori suatu demonstrasi berkenaan penutupan surat khabar reformis, Salam, yang telah menyebabkan kekecohan dan kekacauan. Kematian dan kecederaan juga dilaporkan. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Iran terpaksa meluluskan rang undang-undang yang menghukum apa-apa sahaja usaha yang menentang rejim kerajaan, meskipun secara damai, kalau secara ganas apatah lagi. Begitulah kuasa pelajar, yang mampu menggegarkan suatu kerajaan.


Kita lihat pula di Kanada, pada Februari hingga April 2005, di mana dilaporkan hampir separuh daripada separuh populasi pelajar di Quebec (salah satu bandar di Kanada), di mana bilangannya adalah di antara 230,000 daripada 450,000 orang pelajar, yang telah terlibat dalam demonstrasi pada kemuncaknya. Mereka telah membantah tindakan kerajaan untuk mengubah geran pelajar kepada hutang, iaitu sebanyak $ 103 juta, dalam usaha untuk menguragkan kos pendidikan. Pihak kerajaan pada ketika itu, Parti Liberal Quebec, telah melaksanakan demikian, bagi memenuhi janji pilihan raya, untuk mengurangkan kos pendidikan. Akhirnya, pihak kerajaan telah mengalah, dan telah melakukan suatu metodologi bagi memulangkan semula $ 103 juta itu, secara ansuran. Begitulah kuasa pelajar, tidak dapat dinafikan lagi.

Di Malaysia pula, bagaimana? Secara ringkasnya, kita melihat mahasiswa kita dijinakkan oleh undang-undang kita sendiri. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ternyata telah memanjakan anak emas kita, yakni mahasiswa. Mereka tidak dibenarkan terlibat dalam politik, sekiranya terlibat akan dihukum, dan kemungkinan besar dibuang universiti. Apakah yang ingin dicapai sebenarnya oleh AUKU?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang manja?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang lemah?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang tidak boleh bersuara?
Apakah AUKU ingin menghasilkan pelajar yang tertutup mindanya?
Apakah AUKU ingin meranapkan kebebasan pelajar?

Dah kebebasan disekat, maka mahasiswa tiada lagi apa-apa yang relevan untuk dilakukan. Maka, mereka pun berkasih-kasihan. Kerana itu menyeronokkan, dan tidak salah dari segi undang-undang, tidak begitu?

Sekiranya inilah yang dihasratkan, jangan terkejut jika suatu hari nanti, negara kita akan dipimpin oleh pemimpin yang lemah, tidak mampu bersuara, tengkongkong dan tertutup mindanya. Dan, jangan terkejut jika pemimpin kita nanti terdiri daripada golongan yang runtuh akhlaknya, akibat pergaulan bebas, kerana berkasih-kasihan itu tidak salah, kan? Justeru, pemimpin kita tidak akan BERKUASA, kerana usaha untuk mengembangkan kuasa kepimpinannya sudah disekat pada hari pemimpin itu masih lagi belajar.

Ini hanyalah sekadar pendapat, daripada seorang pelajar.
P/s: Teruskan wahai pelajar-pelajar, berdemonstrasilah mengenai isu Palestin... Teruskanlah menyedarkan masyarakat di negara ini, yang rata-rata tidak peduli pun mengenai isu besar ini...

"Nak buat usrah pun kena underground, kan? Berkuasanya kita..."

11 comments:

d4uh said...

pelajar hanya belajar dan belajar...itu saja

PeRaNTaU said...

haha...belajar buku sahaja ke?

belajar boleh belajar banyak benda...
boleh belajar teori
boleh belajar amali
boleh belajar kepimpinan
boleh belajar bercakap
boleh belajar kreativiti
boleh belajar menjadi berani

amik contoh:
belajar pendidikan islam di sekolah ikut buku sahaja...tapi kalau secara praktikalnya?

hoho...mungkin encik pear seorang yang mempraktikkan dengan bersungguh-sungguh...=D
tapi, bagaimana di luar sana?

ibnu sina inamza said...

satu kenyataan drpd saudara pear yg bagi saya harus disanggah sekeras2nya...

belajar itu sebahagian matlamat asal pelajar...jgn jadi katak di bawah KLCC sudah...

sophia natasya said...

bagus.agak menyedarkan masyarakat pelajar tntg tggungjawab dibumi Allah ini.tapi perlulah pelajar i2 tidak terll mgikut perasaan n mgkut caranya.thanx 4 da information.

Rhazes said...

shh,
hanirus nak report kat mara
die da bace blog ko

ibnu sina inamza said...

biaq betul miss hanirus nak report mara???

PeRaNTaU said...

haha...

tengok tu...betapa berkuasanya pelajar...

itu baru dengan hanya menulis...

abganas said...

pelajar kena belajar!!!
belajar dalam UNIVERSITI KEHIDUPAN..
mOGA ANDA GRAD DARI UNIVERSITI INI DENGAN CEMERLANG..

nur akmal said...

pelajar islam harus belajar, dan pada masa yang sama kena prihatin dgn isu yg psti akn mnggugah maruah agama kita....
sedarlah dan bangkitlah bersama-sama.

. p i s e y . said...

belajar itu satu jihad.
kerna kita pelajar.kene la blajar.

isu2 yg menyentuh agama Islam sebegini haruslah amaat2 diambil perhatian.xleyh pandang seblah mate jek.sbb tuh kewajipan kite as seorang hambaNya.

wallahualam~

zaid jasmin said...

..pelajar tidak semestinya belajar..bercinta boleh juga...cinta Allah..