Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, June 13, 2008

Khutbah Jumaat....Peringatan Islami atau Sekadar Bicara Kosong?




Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - [Al-Jumu'ah, 62:9]


Khutbah Jumaat, salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, di mana tanpanya, tidak sahlah solat Jumaat. Dan, apakah hikmah khutbah Jumaat dilaksanakan sebelum solat Jumaat? Kita lihat di sini, solat Jumaat hukumnya wajib ke atas semua lelaki mukmin, dan, kesemua lelaki yang bergelar muslim perlu ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Dan, apabila beramai-ramai mereka berkumpul di masjid, maka, dengan adanya khutbah Jumaat, dapatlah mereka bersama-sama, dalam satu jemaah yang besar, menerima input dan peringatan tentang Islam, agama mereka. Mereka akan dapat memperoleh nasihat, lalu secara kolektifnya, memperbaiki diri, iman dan Islam mereka....dan bukan sahaja dapat peluang mencapai pahala 27 kali solat dengan solat berjemaah semata-mata.

Namun, apakah khutbah Jumaat kini mencapai objektifnya, yakni untuk memberikan peringatan Islami kepada para mukmin? Tepuk dada, tanya selera. Secara jujurnya, mengikut pengalaman, objektif itu tidak tercapai. Mengapa?

1) Khutbah Jumaat hanya dibaca mengikut teks yang diberi, bukannya spontan. Dan biasanya teks khutbah adalah umum, dan tidak mengikut kesesuaian tempat (teks khutbah biasanya dirikan teks yang sama bagi seluruh negeri, tak kira kampung atau bandar). Maka, kalau dah khatib kena baca je apa yang tertulis dalam teks, maka, mesej tidak akan dapat sampai, kerana, mungkin teks yang diberi tidak sesuai dengan keadaan semasa dan masyarakat sekeliling. Justeru, khutbah yang spontan (di mana hanya imam2 yang bertauliah sahaja yang berkhutbah) sepatutnya disampaikan, kerana dengan cara ini, khatib akan dapat menyesuaikan khutbah dengan situasi tempat dan masyarakat (bagi tajuk, khatib hurai sendiri).

2) Imam yang membaca khutbah biasanya hanya sekadar membaca; udahlah membaca sahaja, lepas itu membaca dengan tidak bersemangat langsung. Sedangkan khatib sendiri tidak bersemangat, inikan pula makmum - habis tertidur...

3) Ini trend latest - khutbah jadi ceramah politik. Ape kena aa sampai jadi camni? Orang berkhutbah nak beri nasihat Islami, nak beri peringatan, tapi lain pula jadinya. Bagi khutbah pasal parti itulah, parti inilah, sokong kerajaanlah, sokong pembangkanglah, calon itu dan inilah... Memang, tidak patut, dan lari daripada hikmah khutbah Jumaat yang sebenarnya, yakni untuk memberikan peringatan.

Secara kesimpulannya, khutbah Jumaat pada masa kini sememangnya telah lari daripada tujuannya yang sebenar, yakni untuk menyampaikan peringatan dan nasihat Islami kepada para muslimin.

Sebagai contohnya, khutbah Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya, 13 Jun 2008, di mana khatib bercakap mengenai tajuk "Berjimat Cermat". Masa mula-mula agak mantap aa isinya... Namun, semakin lama berjalan, masuk pula hal2 politik - harga minyak. Khatib pergi terangkan pula kenapa harga minyak patut naik, bagi justifikasi pula kenapa harga minyak itu naik...dan secara tidak langsungnya tindakan kerajaan Persekutuan menaikkan harga minyak itu adalah patut dilakukan... Ke mana perginya penghayatan Islam??

Sudahlah, berhenti di sini sahaja. Wahai imam-imam se-Malaysia, laksanakanlah usaha bagi memantapkan kembali khutbah Jumaat di seluruh negara, dan bukan hanya percakapan kosong semata-mata....

Thursday, June 12, 2008

Kontradiksi

Haha, cuba lihat artikel di bawah ini....:


Tidakkah kontradiksi berlaku sekarang?

Wednesday, June 11, 2008

Jangan Pisahkan Kami

dipetik dari: www.iluvislam.com

Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada... segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku...meskipun dia sentiasa kulihat di hadapanku.

Aku jadi gelisah, sejak dua hari lalu, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu. Wang? Cukup, malah lebih daripada mencukupi. Lapar? Kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu. Sakit? Aku masih bisa berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain. Teman? Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, ibu bapa yang memberi dorongan padaku.

Lantas apa? Aku ini kehilangan apa dalam hidupku? Aku jadi bingung!!!

Setiap hari aku memandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku. Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya, malu kerana aku mengabaikannya, malu kerana aku tidak menyentuhnya, membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.


Lalu aku beranikan diri. Aku menyentuhnya. Tiba-tiba, hati jadi sayu. Jiwa jadi terharu. Fikiranku keliru. Saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah. Lantas ia kucium. Kutatap wajahnya. Dia seakan tersenyum padaku. Aku hiba. Luluh jiwaku. Rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit. Kami saling berhadapan.

Aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah. Dia seolah mendengar. Tuhan pun mendengar sama. Seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, "Setiap yang hidup pasti akan mati." Saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku siapa aku sebenarnya.

Tambahnya, kata Tuhan, "Tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKu." Aku teringat sesuatu.

Aku pernah mendengar itu suatu masa dahulu. Ya, dia pernah mengatakan itu juga. Aku tatap ia lagi. Masih tidak puas. Ah rupanya ada sesuatu antara kami. Ada rindu yang tak berkesudahan. Ada cinta yang tak terungkap. Ada bicara seribu makna.

Lagi.. ada kasih yang masih tak terucap. Terus aku membetulkan hati. Ini yang aku cari. Sebuah cinta tinggalan kekasih hati. Sebuah kitab yang tersimpan lama milik Tuhan untuk insan. Beribu bicara tuhan masih tersimpan. Selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara.

Ah hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. Tuhan, jangan pisahkan kami!!! Jangan biarkan aku merana begini! Wahai hati, baliklah padanya. Walau sesibuk mana. Ia masih di situ. Menantimu. Sampai tiba waktumu..

"....Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram...." [Ar-Ra'd, 13:28]

'Abang Nak Beli Kuih..??'



dipetik dari: www.iLuvislam.com
oleh : ANNURSOLEHAH



Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Monday, June 9, 2008

Harga minyak naik....tak patut betul


Bismillahirrahmanirrahim...kali ini kita bincangkan mengenai hal ehwal semasa pula yer...

Straight to the point, memang tajuk ada justifikasinya. Kenapa kerajaan perlu menaikkan harga minyak secara drastik dan tiba-tiba? Diri ini menulis dengan pengetahuan yang tidaklah seberapa, jadi, perbetulkanlah apa yang salah yer... Ini hanyalah pendapat semata-mata.

Satu justifikasinya mengapa kerajaan tidak patut menaikkan harga minyak ialah negara kita ini merupakan negara pengeksport minyak, di mana minyak dari negara kita disalurkan keluar. Adakah logik sekiranya negara pengeluar minyak mengenakan harga minyak yang tinggi kepada rakyatnya? Tidak. Ya, kerajaan membandingkan harga minyak di negara kita dengan negara-negara lain yang lebih tinggi, seperti Thailand dan Singapura, tetapi, persoalannya, adakah Thailand dan Singapura merupakan pengeksport minyak? Jawapannya tidak, negara-negara tersebut merupakan pengimport minyak. Maka, logiklah negara-negara tersebut mengenakan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyatnya. Ini adalah kerana negara-negara tersebut perlu membayar kos-kos mengimport minyak kepada negara yang mengeksport minyak kepada mereka.

Tetapi kita? Adakah patut kita melabelkan negara kita setaraf dengan negara-negara yang mengimport minyak? Tidak. Tetapi, kerajaan sepatutnya membandingkan negara kita dengan negara pengeluar minyak yang lain...seperti negara-negara di Timur Tengah. Kalau hendak dibandingkan harga minyak, harga minyak di negara kita jauh lebih tinggi berbanding negara-negara sedemikian.

Perbandingan harga minyak...Malaysia vs Negara2 pengeluar minyak
UAE– RM1.19/litre Eygpt– RM1.03/litre Bahrain– RM0.87/litre Qatar– RM0.68/litre Kuwait– RM0.67/litre Saudi Arabia– RM0.38/litre Iran– RM0.35/litre Nigeria– RM0.32/litre Turkmenistan– RM0.25/litre Venezuela– RM0.16/litre MALAYSIA– RM2.70/litre

Itu satu. Satu lagi persoalan ialah mengenai Petronas (kepada semua member Petronas yang membaca, mintak maaf ye...). Kerajaan kata negara akan bankrap kalau harga minyak tak dinaikkan. Tengok, Petronas setiap tahun mendapatkan keuntungan berpuluh, jika tidak berbillion ringgit. Dan, keuntungan sebanyak itu diperoleh, meskipun harga minyak di negara ini disubsidikan menjadi harga rendah (yakni, sebelum kenaikan harga mendadak tersebut). Setelah pengurangan subsidi dan kenaikan harga minyak itu, bayangkanlah betapa banyaknya untung Petronas selepas ini. Dan, Petronas lebih kurang 70% milik kerajaan (kalau mengikut kata salah seorang member Petronas). Maka, keuntungan itu sepatutnya sebahagiannya disalurkan kepada kerajaan, dan Petronas sendiri (Petronas pun perlu guna juga keuntungan tu, untuk kekalkan kestabilan business, R&D, cari gali, gaji pekerja, dll), dan kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan itu demi kesejahteraan rakyat, bukannya menghabiskan keuntungan itu untuk projek-projek yang tidak bermanfaat, atau kegiatan-kegiatan lain yang tidak sepatutnya. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib rakyat sekarang. Mula-mula kena tanggung kenaikan harga makanan, sekarang minyak pula... Tidak patut betul.

Wahai pemimpin negara, jangan kalian menzalimi rakyat sendiri demi kepentingan sendiri. Ingatlah, kalian akan dibalas oleh-Nya sekiranya kalian benar-benar zalim....







Brotherhood [49:10]

Bismillahirrahmanirrahim...testing my writing skills in English aite...?

Ok, I won't let you scratch your head thinking what that verse of the Holy Book means. The verse means "In the believers are nothing else than a single brotherhood..." [Al Hujurat, 49:10]. Clear enough aite?

Well, let us look back at the history of the Islamic civilization. Yes, it started off from one single individual, the prophet Muhammad (pbuh). And, slowly, but certainly, Islam went on to grow, and spectacularly, progressed to a point that Islam actually conquered two-thirds of the world. From Al-Andalus (modern Spain) to Africa to the Malay archipelago, Islam reigned supreme.

Now, let us look at why Islam once became so powerful. Alright, the common reasons are that the Muslims then held on tight to the teachings of the Qur'an and the Sunnah, and implemented thoroughly in their everyday lives. Besides, there was this factor of the great caliphs that ruled the Islamic empire at the time. The Ar-Rasyidin Caliphate, the Umaiyids, the Abbasids, and the Ottomans, all had great rulers who led during the golden time of the empires. Well, those are the common reasons why Islam became so powerful.

And, there is another reason why Islam became powerful, and it has a relation to the verse stated above, that is the spirit of brotherhood and togetherness amongst the Muslim people living then.

One example is the brotherhood of the Muslims, the Muhajirin, who went to follow the prophet (pbuh) to the Hijrah (pilgrimage) from Mecca to Medina. Yes, they had to leave behind everything that they had (family, home, possessions) in order to go for the pilgrimage. But, did they refuse to go? No, they didn't. Yes, they might lose all that they had, but for the sake of Islam, and the prophet (pbuh), they voluntarily went for the pilgrimage. And, look at what happened...Islam went on to spread it's wings to Medina, and eventually, the first ever Muslim country was formed, Medina Al-Munawwarah. This pilgrimage then proved to be a catalyst for Islam's rapid expansion, and enabled Islam to be very powerful by the Middle Ages.

However, Islam did not last that long as a world superpower. By the 16th century, Islam had just about neared rock bottom. To make things worse, Christianity had by then started to emerge from the shadows of the Dark Ages, and started to become powerful. Al-Andalus was taken away by the Christian kingdoms, Malacca was conquered by the Portuguese, and so on.

One of the reasons why Islam started to deteriorate in terms of dominance is definitely because of the lack of brotherhood between the people. One example, the fall of the Abbasid Empire on 1258, thanks to the Mongols - Baghdad was destroyed by the Mongols. Yes, the Mongols were powerful with their splendid cavalry...but how can Islam had lost, since many other powerful kingdoms had fallen before and heeded Islam - plus the fact that the Mongols were literally nomads, and didn't have the technology in their weaponry? The answer, simple - brotherhood. The Mongols were initially seperated and divided clans in their own country. However, a man by the name of Genghis Khan united the clans, and from then on the Mongols unprecedentedly went on to conquer kingdom after kingdom, and in the end by...ermm...approximately 1350 (couldn't really remember what year), had a gigantic empire, ranging from Mongolia to Hungary. And they did this because they were united, and worked together hand in hand. Going back to the Abbasids' decline, the Abbasids were actually in turmoil. Power struggles were happening then, in which one thought he should be king, when another person was chosen as king, then campaigns to oust the king was commenced. Thanks to these campaigns of power struggles, the Abbasids were no more a peaceful empire, and this made it all too easy for the Mongols to crush the Abbasids. Where is the brotherhood that had brought much glory to the earlier Abbasids? Greed for power, lack of understanding, had destroyed the brotherhood, and in turn, caused a great decline in Islam, in which we had never recovered.

The Mongolian Army
Pax Mongolia (around 1350)

Now, let us take a look at the current state of Islam. Wars between Muslims themselves occur just about every often. The Hamas-Fatah conflict in Palestine, the Shiites-Sunni-Kurds conflict in Iraq...all of these conflicts now keep affecting our beloved Islam. What does it affect? Well, now, we are nowhere near as powerful as the great Islamic empires of the past... And, why? The answer is simple, the lack of brotherhood amongst us, Muslims nowadays. With all of those wars, fights and misunderstandings, how can we progress?

I would like to address this to myself, all my brothers, and sisters, come, let us practice the one simple priciple of brotherhood, since we are together, as MUSLIMS. No matter who we are, where we come from, we are bearing the flag of ISLAM, as simple as that. Let us get to know together, and be friends with one another, and go on to form a powerful ummah...and get to rekindle the fire in Islam, and recover back what we have lost...POWER!

Wassalam.

Kenangan...ISK



KEGEMILANGAN

571 M - Kelahiran Rasulullah
610 M - Turun wahyu pertama kepada Rasulullah (Al-Alaq: 1-5)
610-623 M - Dakwah di Mekah (sulit 3 tahun, terbuka 10 tahun)
623 M - Hijrah ke Madinah
625 M - Perang Badar (perang pertama Islam, 313 Muslimin vs 1000 kafir – menang)
631 M - Pembukaan Kota Mekah
632 M - Rasulullah wafat

623-661 M - Zaman Khulafa’ ar-Rashidin
- Penaklukan Baitul Maqdis oleh Khalifah Umar (638 M)
- Peluasan Islam ke seluruh Tanah Arab & Afrika Utara
- Kemenangan atas kuasa Parsi dan Byzantine/Rom

661-750 M - Zaman Khilafah Bani Umayyah
- Peluasan Islam dari Sepanyol hingga ke India

750 – 1258 M - Zaman Khilafah Bani Abbasiyyah
- Baghdad masyhur sbg tpt ilmu, budaya
- Perkembangan ilmu luas (Baitul Hikmah, ilmuan2 Islam, penterjemahan, dsb)
- Islam meliputi Al-Andalus (Sepanyol) hingga ke India
- Al-Andalus jadi pusat ilmu sedunia (ada universiti, library besar, ilmuan2 Islam) – abad 10-11

1095-1192 M - Perang Salib meletus (Pope Urban II cetus)
1099 M - Baitul Maqdis jatuh ke tangan Tentera Salib (Perang Salib I)
1187 M - Salahuddin Al-Ayyubi menawan semula Baitul Maqdis (Perang Salib II)
1192 M - Tentera Salib (negara2 besar Eropah) cuba tawan Baitul Maqdis (Perang Salib III) – tentera Salib kalah

1299-1924 M - Zaman Khilafah Bani Uthmaniah (Kestabilan tamadun Islam)
1453 M - Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Constantinople

KEJATUHAN
1236 M - Al-Andalus ditawan sepenuhnya kuasa Reconquista (Kristian Sepanyol – Ferdinand III)
1258 M - Kejatuhan Baghdad ke tangan tentera Mongol
1924 M - Penghapusan system khilafah oleh Mustafa Kamal Ataturk
Abad 19 & 20 - Peluasan imperialisme dan pengaruh Barat ke seluruh dunia + kemerosotan Islam

Sesaje letak post ni...mengenang kembali sejarah kita, selaku umat Islam, umat Nabi Muhammad SAW...

Cuba fikir, mengapakah kita sekarang berada pada keadaan yang rendah?
Apakah bilangan kita sedikit? Tentulah tidak, padahal kita ramai sekarang, tetapi hanyalah seperti buih-buih di lautan...

Maka, marilah sama-sama kita bangun semula, dan marilah kita sama-sama tegakkan Islam di bumi ini...!

Sesungguhnya Allah SWT telah janjikan kemenangan kepada kita:
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." [As-Saff, 61:13]

Tetapi, kemenangan itu tidaklah boleh dicapai, sekiranya ummah tidak kembali kepada akidah dan akhlak yang sebenar, dan keluar daripada gelomang kejahilan:
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...." [Ar-Ra'd, 13:11]

Wallahualam....

Akulah Perantau...di atas muka bumi ini...


Assalamamu'alaykum....

Perantau memulakan bicaranya...

Sesungguhnya,
Akulah perantau,
Yang berjalan di atas muka bumi ini,
Yang melihat pelbagai tindak-tanduk manusia,
Yang mendengar luahan hati manusia,
Yang memikirkan apakah sebenarnya yang dilakukan manusia.

Sesungguhnya,
Akulah perantau,
Semakin lama masa terus berjalan meninggalkan kita,
Semakin jauh perjalananku di atas bumi ini,
Semakin banyak yang aku alami,
Semakin luas pengalaman hidupku.

Sesungguhnya,
Akulah perantau,
Yang ingin mendalami erti kehidupan ini,
Yang ingin mengerti apakah tujuan kehidupan ini,
Yang ingin mencari identiti kehidupan ini,
Yang ingin memperoleh keredhaan kehidupan ini.

Sesungguhnya,
Akulah perantau!