Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Thursday, September 25, 2008

Refleksi Diri dan Ramadhan di KMB

Bismillahirrahminirrahim...

Ya, Ramadhan masih belum terakhir, dan perjuangan masih belum tamat...

Namun, kini diri ini meneruskan perjuangan di rumah, dan tidak lagi akan dapat meneruskan perjuangan Ramadhan di KMB...inilah tahun terakhir diri ini di KMB, suatu arena perjuangan yang telah memberikan banyak kemenangan, serta tidak juga melupakan kekalahan-kekalahan yang dialami...

Sesungguhnya, diri ini bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bersama-sama menaiki bahtera KMB, dan dapat MULA mengenal erti muhasabah diri, tarbiyyah, usrah, dan ukhuwwah..di samping dapat belajar erti berjuang bersama-sama ramai syabab dan fatayat - suatu pengalaman yang sudah pastinya agak sukar untuk diperoleh di tempat lain.

Diri ini masih belajar, dan masih terlalu banyak kelemahan yang sepatutnya sudah mampu diatasi, jika faktor aktifnya diri ini dalam usrah dijadikan kayu ukur. Ya, diri ini boleh dikatakan aktif dalam berusrah. Namun, diri ini terlalu lemah, dan selalu leka. Justeru, kelemahan sering kali dapat mengatasi diri ini. Tetapi, akan diri ini berusaha untuk mebaiki diri!

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." [Ar-Ra'd, 13 : 11]

Ramadhan di KMB memberikan seribu erti. Tidak dinafikan, bahawa madrasah Ramadhan, yang telah luas dibuka pintunya, memberikan banyak peluang. Dan, diri ini mencuba untuk menggarap sebanyak mana yang mungkin, namun jika dihitung kembali, Ramadhan kali ini agak rugi bagi diri ini. Tazkirah dihadiri sana-sini - apakah kesannya? Tilawah cuba digiatkan - adakah sempat untuk mengkhatamkan Al-Quran? Komitmen usrah diteruskan - apakah kesannya terhadap pembinaan diri?

Dan, diri ini tidak lagi akan dapat melalui Ramadhan selaku seorang pelajar di sana, kerana tempoh diri ini sebagai pelajar sudah hampir tamat - tinggal 8 bulan lagi!

Namun diri ini bersyukur kerana ada para sahabat yang sentiasa mendidik dan memberikan teguran sekiranya diri ini jatuh dibuai arus nafsu dan bermacam-macam lagi dugaan. Daripada kritikan membina dan lawak berlapis, mereka membimbing diri ini. Dan, diri ini berharap agar diri ini dapat mencetuskan suatu revolusi dan suatu reformasi diri, agar dapat diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kepada rakan-rakan (especially ikhwah KMB, classmates E07B muslimin, dan rakan-rakan):
Sama-sama kita bangun bersahur (banyak ter'miss')
Sama-sama kita berdiri teguh berqiamullail (ni pun banyak ter'miss')
Sama-sama kita menuntut ilmu,
Sama-sama kita berkongsi pengalaman,
Sama-sama kita membina peribadi,
Sama-sama kita berniaga di bazaar,
Sama-sama kita bergembira berbuka puasa,
Sama-sama kita bertarawih bersaf-saf,
Terima kasih diucapkan.


Ikhwah KMB - Sumber kekuatan perjuangan Ramadhan

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok, atau majulah bersama-sama (serentak).."
[An-Nisa', 4 : 71]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh..."
[As-Saff, 61 : 4]


"Dan barangsiapa menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang.."
[Al-Maidah, 5 : 56]


Pengalaman mengharungi Ramadhan di KMB tidak mungkin akan dilupakan....

Bazaar KMB yang kecil je..orang pun dah tak ramai turun masa hari terakhir bazaar



Jamuan dinner Ramadhan terakhir di KMB - dah berbuka dekat bilik dah sebelum tu


Berjemaah di surau KMB - lambat sikit datang malam tu =P


Tazkirah oleh Mat Pear



Nak bergerak balik


Tiket keluar KMB

3 comments:

Anonymous said...

aku suke gmbr syafiq aka doe aka timot.. ahahahahahah!

ibnu sina inamza said...

wargh...

mat pear bg tazkirah!!

PeRaNTau said...

meneruskan sufinya semenjak dari langkawi wahai inamza...=)