Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, September 26, 2008

Bertawakallah Kamu....

Bismillahirrahmanirrahim....

Selama melalui bahtera kehidupan ini, sudah pastilah kita semua pernah mengenali suatu perkataan ini - USAHA. Dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh rintangan dan cabaran, penuh mehnah dan tribulasi, sudah pasti kita pernah berUSAHA dalam menghadapi perkara-perkara sedemikian.

Kadang kala kita berusaha separuh mati dan sepenuh hati untuk menggapai sesuatu yang dihajati, atau untuk mengatasi halangan yang mendatang. Segala tumpuan dan konsentrasi diri ditumpukan bagi memastikan usaha kita berjaya.

Tatkala kita berjaya, kita sudah pasti bergembira, dan berasa lega. Dan, kita merasakan bahawa berbaloilah usaha kita selama ini. Mulalah berterima kasih sana sini, dan bersyukur.

Tatkala kita kecundang, kita sudah pasti berasa kecewa, dan merasakan bahawa tiada erti lagi dalam menyusuri perjalanan kehidupan. Mulalah hendak menyalahkan situasi semasa, manusia di sekeliling, mahupun usaha yang dianggap masih tidak mencukupi.

Hakikatnya, walau sekuat dan sehebat mana pun usaha seseorang itu dalam melaksanakan sesuatu perkara itu, akhirnya Allah jualah yang menjadi penentu kejayaan atau kegagalan misi tersebut.


"Maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka, dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar..."
[Al-Anfal, 8 : 17]


F
irman Allah ini sudah cukup untuk membuktikan pernyataan di atas. Sesungguhnya, kita merancang, tetapi Allah jualah yang mempunyai perancangan yang terbaik bagi kita. Tidak kisahlah sama ada kita berusaha sekuat mana pun, namun, jika Allah hendak meng'iya'kannya, maka jadilah. Kun fayakun...!

Kalau kita dah berjaya tu, maka, bukan sebab usaha, tetapi atas keizinan Allah. Sudah pasti ada sebab kita berjaya. Mungkin kejayaan itu adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang diberikan-Nya kepada kita...kita tidak tahu..!

Kalau kita dah kecundang tu, maka, juga bukan sebab usaha, tetapi juga atas keizinan Allah. Mungkin sekiranya katakanlah kita berjaya dalam misi kita itu, mungkin kejayaan kita itu mungkin akan membebankan kita pada masa yang terdekat, ataupun kejayaan kita itu mungkin akan memburukkan diri kita...kita tidak tahu...!

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."
[Al-Baqarah, 2 : 216]


"Katakanlah (Muhammad), 'Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung'..."
[Al-Maidah, 5 : 100]


Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.... Justeru, kita, selaku manusia, hendaklah berusaha dalam melaksanakan misi hidup, tetapi tidak bolehlah dijadikan usaha itu sebagai sesuatu yang menentukan kejayaan atau kegagalan...

Sebaliknya, hendaklah kita berserah dan bertawakal kepada-Nya setelah kita berusaha (bukan tak berusaha langsung tapi terus bertawakal...itu tak betul!), kerana Dialah penentu segala-galanya. Wallahualam.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..."
[Al-Baqarah, 2 : 45]

2 comments:

Anonymous said...

Boleh ek komen dalam Malay?
Dalam hidup ni, manusia didorong oleh dua perkara semasa buat sesuatu iaitu cinta dan takut.
Sebagai contoh: kita blaja sungguh2 mungkin didorong dua perkara; cinta kpd kejayaan @ takut pd kegagalan
Kte pon wat ibadah byk2 pon sbb dua perkara jugak, cintakan syurga n Allah @ takutkan neraka

Rasa takut smmgnya masih diperlukan tp harus digunakan di tempat yg betul...

PeRaNTau said...

seorang pemikir...bgus3...=)