Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan rasa sayunya (takde aa sayu mana pun), diri ini mem'post'kan posting ini. Petang 19/9/2008, diri ini berjalan keluar dari KMB, dan keluar ke Labohan Dagang mengikut pintu belakang, dan bergerak keluar menjuju ke bazaar Bukit Changgang - buat kali terakhir.
Takde aa besar mana pun bazaar die, takde aa luas mana pun bazaar die, cume memanjang sahaja... Jalan pun penat. Tapi, tidak mengapa. Yang penting, diri ini dapat keluar dari kepompong KMB, dan merantau ke dunia luar - sambil memerhatikan pelbagai ragam manusia di bazaar itu, baik penjual mahupun pembeli.
Macam-macam aa juadah yang sedia ada dekat bazaar tu (macam bazaar lain takde juadah yang pelbagai plak...). Ada kuih-muih, lauk-pauk, nasi-nasi dan seumpamanya. Yang penting, semuanya halal... Sempat aa juga beli sedikit makanan dari bazaar pada hari itu~
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah, 2 : 168]
Maka, dengan ini, diri ini menyatakan selamat tinggal kepada bazaar Labohan Dagang, selaku seorang pelajar KMB. Mungkin dapat lagi diri ini mengunjungi bazaar ini lagi, tatkala diri ini sudah lebih dewasa..!
3 comments:
aku nk je buat blogpost utk bazaar ni. namun malangnya, aku x bwk camera masa tu...:(
well, at least u did it. the trip to this bazaar somehow symbolizes the last time for all of us to go out together in the month of ramadhan before flying off next year(almost everyone was there, seriously). Kinda sad though...
sadis.
sadis.
sadis.
no more cendawan goreng.
ahah!
bazaar...
huhu.. last year x prnah gi langsung bazaar kat blakang kolej tuh..
pastu kene gelak ngan classmate
adeh.. xpatut2
so dis year.. berpeluang gak la..
spend masa ngan classmate.. mengeratkan ukhuwah.. join diorang gi bazaar
best gak la.. sbb first time gate hampir ditutup n x dpt kuar..
2nd time lak.. gate tu lmbt buka time nak masuk.. huhu sabar jer ae..
k cem.. maaf zahir batin =)
http://almuntalaq.blogspot.com/
Post a Comment