Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, August 20, 2008

PEMBINA Xcursion 2008 (15-17 Ogos 2008) - Nur Lembah Pangsun












Tanggal 15 Ogos 2008, bermulalah Mukhayyam PEMBINA Daerah Hulu Langat 2008 @ PEMBINA Xcursion 2008, anjuran PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional), di suatu lokasi yang diberi nama Nur Lembah Pangsun, suatu kawasan nan indah di Hulu Langat. Diri ini, selaku salah seorang ikhwah di Kolej MARA Banting, dijemput oleh naqib-naqib, Akhi Muadz dan Akhi Aizuddin, untuk bersama-sama menyertai mukhayyam tahunan ini.

Dari KMB, bersama-sama diri ini mengikuti mukhayyam ini ialah 3 lagi ikhwah 2nd Year, yakni Zayd Umair, Zaid Jasmin, dan Ismail; serta tidak melupakan juga 5 ikhwah 1st Year, yakni Zubair, Nazri, Amir, Farzan dan Asyriq. Untuk pengetahuan semua, mukhayyam kali ini melibatkan pelajar-pelajar (syabab-syabab) dari beberapa IPT di sekitar daerah Hulu Langat, seperti MMU, Uniten, IPIS, dan kami, KMB.

*Jangan berhenti baca post ini - mula2 je panjang, pastu aktiviti2 dijelaskan dengan ringkas...takde aa panjang mana pn =P


"Allahumma, sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah penglihatanku..."
-
Petikan dari salah satu zikir Al-Ma'thurat


HARI 1

- Mula bergerak 5.45 petang
- Keluar-keluar gate terus ada bas Labohan Dagang, naik sampai penghujung simpang..haha
- Turun bas itu pula, terus muncul bas pegi Putrajaya, terus kami naik...gembira dan bersyukur, tak payah tunggu lama untuk bas



Wajah-wajah Syabab KMB


- Sampai-sampai di Sentral, dalam 2-3 minit, terus jumpe bas pergi KTM Serdang, naik ler...again, tak tunggu lama, senang hati =)


- Sampai dekat KTM Serdang, naik KTM, pergi UKM.


- Sampai di UKM, solat Maghrib dulu, baru bergerak ke Pejabat ISMA di Bangi... Year 1 menumpang kereta Akhi Md Nor, organizer kem, Year 2...naik teksi!

- Setibanya di Pejabat ISMA, kami pun, dalam keadaan yang lapar, bergegas ke Restoran Amir, dan terus order makanan. Terlalu lapar hinggakan order makanan 2 round. Haha...


- Setelah selesai, kami pun bergerak ke Nur Lembah Pangsun, lokasi kem, menggunakan kenderaan organizer. Setibanya di sana, kira-kira jam 10.00, kami solat 'Isyak dahulu, dan kemudian aktiviti dimulakan.


Aktiviti malam (maaf, gambar tak ambil untuk kesemua aktiviti):

- Taklimat ringkas mukhayyam...Temanya "Seiringan Melangkah, Menyemai Ukhuwwah".
- Ice breaking (cuba ingat nama semua peserta - 30 orang lebih kurang)
- Pembahagian kumpulan (motor, kereta api, basikal, lori - kumpulanku motor)
- Balik khemah, tidur (dapat satu khemah dengan Akhi Nazmi, bekas KMB dan sekarang di Uniten)

Khemah yang diduduki



HARI 2

Aktiviti pagi:

1) Qiamullail (5.30 pagi, nasib sempat - bangun 5.40)
2) Solat Subuh, mathurat Sughra, tazkirah tentang "Arus Pemuda"..harap2 diri ini termasuk dalam golongan mereka...Amin!

3) Sarapan (makan satu talam weii...1 talam 5 orang - makan roti dgn kaya reramai...best3!)


4) Warm-up sebelum jungle trekking - kene aa stretching, push-up, sit-up, PT 10....


5) Jungle trekking - Part 1 (yang tak lalu jalan hutan-hutan sangat pun)


6) War Game - Juara bertahan dari Mukhayyam 2007, Zaid Jasmin, berjaya mempertahankan kejuaraannya pada 2008... Kali ini senjata kene buat sendiri, dapat plastik, isi air sendiri, ikat sendiri


7) Jungle trekking -Part 2 (ni baru real punye!!)




8) Lepak-lepak dekat air terjun...!! (dah trekking jauh-jauh, inilah hasilnya!)





9) Balik kem...sampai-sampai semua terlentang, penat weii....lepas tu makan tengah hari (di mana makanan tengah hari dimasak sendiri oleh AJK Makanan yang diketuai Abang Jai - tadak gambar - dan menu nasi dengan kari ayam), solat Zuhur.





Aktiviti Petang:

1) Berakit - ni keempat-empat pasukan bertanding, format kalah mati...
Last-last kumpulan Basikal menang, kumpulanku, Motor, 2nd...haha =)





2) Acara Triathlon - Acara perlumbaan masa antara kumpulan yang paling menggemparkan, paling mencabar, dan paling memenatkan bagi mukhayyam kali ini... Ada 5 cabaran yang perlu dihadapi.

i) Warm-up - Kene pumping 10 kali, sit-up 10 kali, PT 10 10 kali, jalan itik dari hujung padang ke hujung satu lagi dan patah balik, ngan crawling atas tanah dari hujung padang ke hujung satu lagi dan patah balik...baru cabaran pertama dah teramat penat



2) Acara Sungai - yang ini pula kene jalan dalam sungai, pastikan air sungai sentiasa mengenai dada....dahle dekat dasar sungai yang cetek tu ada banyak batu...ngan air sungai pun...tidaklah bersih.... lepas itu sampai di akhir, kene amik bendera, yang digantung atas jambatan yang merentasi sungai...kene aa buat 'stack' dengan group members, kalau tak, tak sampai..tinggi weii!


3) Frisbee Puzzle - ni kene main frisbee, tapi bukan main macam atas padang tu aa... kene susun frisbee dari satu station ke satu station, dan baling ke station terakhir, ada 3 station, pastu susun bagi teratur.. pening gak kepala... (gambar takdak yang nampak frisbee...sowi3)


4) Larian berhalangan - ni kene lari dari bawah bukit ke atas bukit, lepas tu ada halangan-halangan yang kene lalu atas bukit




5) Larian pecut - kene lari turun bukit yang memang curam ngan tinggi...then kene naik satu lagi bukit sampai ke stadium, tempat permulaan...dan tempat pengakhiran...maka, tamat acara!
(gambar turun ngan naik bukit tadak...sowie3..gambar tamat je ade)


* di akhir setiap section ada soalan-soalan tentang mostly sirah....
- terkantoi rupenye jawab soalan =P

- Then, tamat acara petang, balik kem, solat asar (time tu dah 6.30 daa)...


Acara Malam

- Solat Maghrib, Mathurat Sughra, tazkirah oleh Dr Kamil, Presiden PEMBINA..tajuknya Masa...terasa siot betapa membazirnya diriku ini dengan masa sebelum ini...sob3...
diberi pula lihat tayangan tentang "10 minutes" - perbandingan 10 minit di negara senang dan 10 minit di negara perang...sedey3....

- Then Isyak, pastu makan malam - makan nasi ngan ayam masuk sup, sekali dengan sambal...semuanya juga dimasak sendiri
- Lepas tu, persembahan setiap kumpulan. Tema bebas, tetapi mesti tentang Islam, dan setiap kumpulan kene buat sketsa, + nasyid

Kumpulan Lori (Tempat Ke-4)
(Sketsa pasal sorang brader ni yang bawa usrah)
(Nasyid tak ingat)


Kumpulan Basikal (Tempat ke-3)
(Sketsa buat citer pasal syaitan yang cuba halang manusia bangun daripada Subuh)
(Nasyid tak ingat gak...)


Kumpulan Motor..kumpulanku (Runner-Up Sketsa)
(Sketsa buat citer pasal satu pendakwah yang sampaikan dakwah kepada beberapa remaja jahil...tetapi polis halang, masukkan diorang dalam lokap...sape ntah polis tu =P)
(Nasyid - Ghurabaa', - Ismail memberikan persembahan solo yang mantap)


Kumpulan Kereta Api - Kumpulan Zaid Jasmin (Johan Sketsa)
(Sketsa psal Mus'ab bin Umair, tapi dicampur adegan moden daripada Star Wars)
(Nasyid tak ingat nasyid ape...)


- Dan, tamatlah aktiviti hari ke-2. Habis sahaja persembahan, semua terus balik ke khemah untuk tidur...extremely penat weii....=(




HARI 3

Aktiviti Pagi


- Awal pagi seperti Hari 2, dengan qiamullail (arini tak sempat...huhu...bgn kol 6.10), solat Subuh berjemaah, mathurat sughra dan kuliah Subuh.
- Kuliah Subuh disampaikan oleh Akhi Md Nor, dan tajuk yang dibentangkan ialah Pemikiran Masyarakat Kini dan Kunci Rezeki... terasa bahawa diri ini sentiasa terikut-ikut dengan pemikirang masyarkat sekarang yang terpesong | then, dapat taw gak pintu2 rezeki...moga digunakan!


- Lepas itu, sarapan...menu macam semalam....roti ngan kaya...sedapp =)


- Pastu, sambung dengan aktiviti. Seperti Hari 2, dimulakan dengan warm-up...panaskan badan



- Lepas itu, aktiviti pertama dimulakan. AMERICAN FOOTBALL...! Ya, tepat sekali. Sebelum ini diri ini hanya dapat melihat di kaca televisyen, tetapi di mukhayyam ini, diri ini belajar untuk bermain sukan itu. Seronok...! =) (tapi kalah...no 3)





- Seterusnya, acara sukaneka dimainkan. Banyak acara teambuilding yang dimainkan. Antaranya:
i) Bina raksasa gergasi
ii) Tahan bola yang dilambungkan ke udara dengan kain
iii) Kene masukkan muka dalam tepung and cari bende2 kecil untuk dapatkan markah
iv) Kene pandai cari kaedah untuk ambil barang yang jauh..tanpa sentuh tanah
* Takdak gambar weii....

Maka, tamatlah acara pagi...


Acara Tengah Hari

- Sebenarnya, penutup rupenye...dah abih dah acara....


- Ucapan-ucapan diberikan oleh Dr Kamil, selaku Presiden PEMBINA, dan Ustaz Anuar Saleh, Yang Dipertua, ISMA Daerah Hulu Langat...kedua-duanya memberikan ucapan yang sudah pasti membakar semangat para rijal di situ...



- Seterusnya, diumumkan keputusan keseluruhan PEMBINA Xcursion 2008 diumumkan. Kedudukannya adalah seperti berikut:
i) Kereta Api = 160 mata
ii) Basikal = 140 (tak tepat ni)
iii) Lori = 116 mata
iv) MOTOR = 112 mata

*Haha, kumpulanku kalah....=P

- Namun, Xcursion ini tidak melihat kepada siapa yang menang mahupun yang kalah...tetapi lebih memfokuskan ukhuwwah antara peserta...dan pada pendapat diri ini, ukhuwwah berjaya dibentuk.


- Hadiah tidak dibezakan oleh kedudukan keseluruhan...tetapi kesemua peserta menerima cenderamata yang sama, yakni buku "Inilah Islam" karya Syed Qutb...moga-moga diri ini akan dapat mengkaji buku tersebut...

- Seterusnya, refleksi diri diberikan oleh wakil-wakil kumpulan.
- Dengan itu, tamatlah PEMBINA Xcursion 2008.

- Sebelum pulang, kesemua peserta bersama-sama menjamah makanan tengah hari, buat kali terakhir sebagai peserta PEMBINA Xcursion 2008
- Dan, tidak lupa, solat Zuhur berjemaah.... Setelah selesai, para peserta bersalaman...simbolik kepada ukhuwwah yang kukuh dan utuh sesama sendiri




Balik ke KMB

Akhirnya, kami bertujuh (Zaid Jasmin dan Ismail mengikut haluan lain pulang) pulang semula ke KMB setelah 3 hari 2 malam berjuang di PEMBINA Xcursion 2008.

Pada pandangan peribadi, mukhayyam kali merupakan antara mukhayyam yang paling mencabar, dan menguji keupayaan fizikal. Namun demikian, syukur, alhamdulillah, diri ini merasakan bahawa mukhayyam kali inilah yang banyak memberikan kesan kepada pembaikian diri ini, untuk menjadi seorang rijal yang lebih baik, dan telah membina diri ini. Di samping itu juga, diri ini juga merasakan mukhayyam kali ini adalah yang paling berjaya bagi diriku dari aspek pembinaan ukhuwwah dengan peserta-peserta dari IPT lain - tidak pernah lagi diriku bergaul dengan rapat sebegini dengan peserta-peserta dari IPT lain sebelum ini. Alhamdulillah.

Akhir kata, diri ini ingin menyatakan bahawa PEMBINA Xcursion 2008 adalah suatu program yang baik dan berjaya keseluruhannya! Sekiranya ada lagi program sebegini, insya-Allah, diri ini akan menyertainya dengan rela hatinya...!

Naqib qudwah = Akhi Aizuddin

Rijal-rijal - Bersedia Untuk Berjuang!!


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara..."
[Al-Hujurat, 49 : 10]


*{Kepada ikhwah2 Xcursion yang nak claim sume gambar, gitaw aa...dalam ni takde aa nak letak suma gambar....}

2 comments:

humaYra =) said...

Salam.. Segala puji bagiNya bagi peluang kat Cem attend mukhayyam.. mcm best sgt jer.. bgs la.. dpt mmanfaatkn masa cuti.. aisya x pnah join lg mane2 mukhayyam.. looking foward for it.. neway 10 hr lg nk puasa.. dah ready?? =) n hr ni 21st August.. hari memperingati ALQUDS.. doakan la saudara kita d sana.. k salam'alayk

adlan wafi said...

mcm best je...

huhu. byk gambar org tido la cem. letih la kot.

n congratz to zaid!