Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Tuesday, July 1, 2008

Tiada siapakah bagi diriku ini? – Tentang Cinta


Bismillahirrahmanirrahim….


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum, 30 : 21]


Sesungguhnya, Al-Qur’an sendiri telah menjelaskan bahawa manusia ini telah diciptakan berpasang-pasangan, lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat, dan juga dijelaskan bahawa pasangan-pasangan ini diwujudkan agar mereka berasa aman, tenteram, cinta, rindu, kasih, sayang, dan cenderung kepada satu sama lain. Sesungguhnya perkataan Allah itu benar, dan memang tidak dapat dinafikan lagi. Dan, diri ini, tidak dapat nafikan lagi, termasuk dalam golongan yang merasai perasaan sedemikian. Alhamdulillah, Allah memberikan perasaan indah itu yang tersemat dalam diri ini.

Ya, zaman remajaku kini sudah berada di pertengahan, di mana aku kini berada benar-benar di pertengahan zaman peralihan daripada kanak-kanak kepada dewasa. Dan, dalam meneruskan perjalanan hidupku ini, aku telah melihat, mendengar, dan memikirkan suatu perasaan ini, suatu perasaan yang akan sentiasa melonjak-lonjak dalam hati-hati remaja, yakni perasaan cenderung, tenteram dan rindu – CINTA.

Tidak boleh dinafikan lagi, diri ini sudah pernah merasai perasaan cinta sedemikian kepada manusia-manusia tertentu – manusia yang bergelar muslimah, yakni wanita. Aku tidak tahu bagaimana, bila, dan di mana ianya bermula, tetapi itulah hakikatnya. Namun sedemikian, nasibku tidak sebaik mereka yang kini sedang merasai perhubungan intim, dan merasakan bahawa mereka akan hidup kekal selama-lamanya. Dan setakat ini, kesemuanya bagi diriku hanyalah merupakan mimpi yang tidak mungkin akan menjadi nyata – cinta sebelah tangan.

Ya, aku tidak pernah merasai keindahan mempunyai kekasih. Hingga kini diriku masih merantau keseorangan, dengan tiada siapa untuk menemani perjalananku meniti hari-hari hidupku. Ya, aku mempunyai Allah, papa, mama, adik-adik, keluarga, dan rakan-rakan. Bukankah itu sudah cukup? Sepatutnya, ya, namun, aku seringkali merasakan hidupku ini seperti tidak lengkap, sekiranya tiada seseorang ‘insan istimewa’ untuk menemani hidupku, di mana dia dapat dijadikan tempat berkongsi masalah, tempat mengadu, tempat bermanja, dan juga menjadikan hidupku ini lebih bermakna. Mengapakah aku dibiarkan keseorangan begini, sedangkan ramai manusia di sana sedang berbahagia menjalani hidup???

Masa berlalu, dan aku hingga kini terus memikirkan persoalan itu. Dan, syukur, aku mempunyai rakan-rakan musliminku (terutamanya Zayd, 'Ammar, Fazreen, Khidir, Naiman, Shah…tribute kepada meraka, haha) yang sudi mendengar keluhan hatiku – sampaikan mungkin dah ada yang bosan rasanya. Dan, Alhamdulillah, aku telah belajar suatu perkara. Allah menetapkan sesuatu itu sudah pasti ada sebab dan hikmahnya. Ya, aku mungkin tidak pernah merasai nikmat berkasih-kasihan sesama manusia. Tetapi, apakah Allah inginkan aku hidup dalam keadaan sentiasa kecewa dan keseorangan? Tidak. Dan, aku rasa aku sudah temui jawapannya –Alhamdulillah.


…”boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” [Al-Baqarah, 2 : 216]


Andaikanlah aku berjaya menjumpai seorang kekasih. Maka, sudah pastilah aku akan menyerahkan diriku sepenuhnya kepada dia. Janji-janji manis akan aku taburkan kepada insan kesayanganku agar dia kekal bersamaku selama-lamanya. Aku akan senantiasa memastikan dirinya berbahagia bersamaku. Dan, aku akan sentiasa terbayang-bayangkan dirinya di dalam jiwa dan sanubariku sepanjang masa.


“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” [Az-Dzariyaat, 51 : 56]


Ok, dah tahu ada ayat ini, maka wajarkah seseorang itu menyerahkan kepada seseorang manusia lain segala-galanya semata-mata untuk memperoleh cintanya? Allah, pencipta kita, sudah menyatakan bahawa tujuan kita diciptakan di atas bumi ciptaan-Nya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada-Nya, dan tiada lain. Ini bermaksud, kita seharusnya menyerahkan segalanya kepada Allah sahaja, bukannya kepada sesiapa pun. Apakah kita patut menentang perintah-Nya ini dengan menyerahkan segalanya kepada seseorang manusia, yang sememangnya di sisi Allah jauh lagi hina? Fikirkanlah, siapakah yang menciptakan kita dalam keadaan yang sempurna? Siapakah yang telah mengurniakan kita rezeki dan nikmat yang tidak terhingga banyaknya? Semestinya bukan kekasih duniawi, betul tidak? Maka, kita seharusnya menyerahkan segalanya kepada Allah, yang telah memberikan segalanya kepada kita. Dan, kita hendaklah mencari keredhaan-Nya, agar kita dapat hidup bahagia. Sesungguhnya, cinta kepada Allah adalah cinta teragung! (Peringat dekat diri ini sendiri juga =P)


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Israa’, 17 : 32]


Lagi satu, berkasih-kasihan ini memang terbukti akan menjurus ke lembah yang teramat hina, yakni lembah penzinaan. Kita cuba lihat di sekeliling kita, berapa ramai pasangan sudah terlanjur? Jawapannya, ramai. Ya, mereka berkata bahawa mereka berkasih-kasihan atas dasar suci dan murni. Dan, cinta mereka bersih dan terbaik. Tetapi, kalau sudah berzina, apakah cinta yang ‘suci’ mereka itu sememangnya suci? Cinta itulah cinta yang hina, kerana tidak mengikut syariat-Nya dan melanggar perintah-Nya.

Kini…

Aku teruskan perjalananku di atas muka bumi ini. Ya, mungkin dari luarannya aku kelihatan merantau dalam keadaan keseorangan dan kesepian, dengan tiada insan yang bernama kekasih menemaniku. Kadang kala, tidak boleh dinafikan, aku juga berasa demikian. Namun, sedikit demi sedikit, aku kini belajar untuk sedar – aku tidak pernah keseorangan walaupun sesaat. Allah ada bersamaku sepanjang masa – dulu, kini, dan selamanya. Cuma masalahnya di sini, aku selalu lalai, dan leka. Aku selalu mencari pertolongan dan inspirasi daripada orang lain, sedangkan Dia ada di sisiku selalu.

Sebenarnya, bukan tiada siapa untuk diriku. Bukannya tiada orang yang akan mencintai diri ini. Tetapi, rasanya belum tiba masanya lagi. Aku kini sudah mula percaya, Allah menetapkan demikian, untuk melindungiku – yakni melindungiku daripada melupakan-Nya, kerana jika berkasih-kasihan, sudah pasti aku hanya akan memikirkan hal kekasihku itu. Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah, kerana Engkau menyayangiku, meskipun aku seringkali cuba mencari cinta yang lain. Ampunilah aku ya Allah. Kurniakanlah kepada diriku cinta-Mu. Dan, kurniakanlah kepadaku cinta manusia yang sebenar-benarnya – cinta oleh isteri yang solehah, baik hati, setia, bijaksana, dan dapat membimbingku ke jalan kebenaran. AMIN!


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…” [An-Nur, 24 : 26]

13 comments:

iman ka said...

i wanna read ur post, i do, tapi panjang sangat.

i'l read it later perhaps.

PeRaNTaU said...

huhu....rsnye ni aa my most personal post stakat nie...

kpd suma...jemput2 aa bace yer...!

a.m.i.n said...

dpt ke comment aku?

amin said...

repost:

it touched me, it really did... thanx for sharing.

"cinta kpd Allah cinta teragung".

insyaAllah, one day iA, aku yakin kau akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah untuk menjadi isteri.

zaid jasmin said...

this is my first time read a blog..quit interesting..penglaman hidup yang panjang dikongsi oleh pembaca dalam masa yang sebentar...harus memberi banyak pengajaran.

aisya said...

the time will come... n the right person will come too, someday. so dun worry. =)

cinta Allah cinta utama.

sakinah said...

Salam'alayk...
1st time msuk blog nie..bukak2 trus kuar psl cinta....
hahahaha...xpe2...kuatkn iman dlm diri...
ade pepatah arab "kuatkan iman dalam dirimu,nescaya iman akan tertegak dibumimu"..
ambil pngajaran...
(just wonder who's the gurl.rse mcm tau jer~~haha..abaikan)

amalduta said...

Salam...
waduh3x...sadis sungguh bila bc enri nih...rs cm koyak sket pon ade gak...ngeh3x
hmm..x smestinya jika kte rs kte da jumpa seseorang kte akn terjamin bhgia......

w@w@ said...

ku dah lme bce.. baru sekarang terase nak komen.. hehe.. tp mcm takde pe pon nak ckp.. cumenye, i lyk the part 2:216 tu.. cbe ko apply kat situasi ko sekarang.. berserah je la cem oi.. masenya belum sesuai.. abehkan IB dulu ye.. serahkan segalanya pada yang Maha Mengetahui... =)

shahkang said...

cinta adalah lumrah manusia
dan kelalaian terhadap Allah ekoran percintaan memang sudah menjadi fenomena paling bermasalah darsawarsa ini.

apa yang boleh dilakukan pada pendapatku,
bersama-samalah kita menyayangi sesama makhluk.. lakukan apa yang sepatutnya dilakukan

jangan letakkan cinta sebagai takhta utama apabila bersahabat
itu menyebabkan fokus terhadap ibadah akan kurang.
mcm2 aku merapu

nanti la aku buat pos pasal cinta sendiri

ct.mashitah said...

salam....
sabar2....
jodoh itu d tgn tuhan
tak kira brape cintan cintun pn ko bcnte
kalo tu bkn jodoh ko,xkn mnjadik
n kalo sejauh mane pn ko xmnjangke ko end up dgn someone tu
kalo tu jodoh ko,xkn lari ke mane la
er....ayat tunggang terbalik
tp dpt msg die kn?
jgn sedih kerana anda single.
hm...siapelah aku utk berkata2. ;P
k...wassalam.

Anonymous said...

Mukmin sejati harus bijak mengatur prioriti kehidupannya. Kerisauan akan masa depan hanyalah membunuh kenikmatan hari ini. Apakah pada saat ada awlawiyat lain yg hrus diperjuangkan, kita masih memikirkan soal perasaan yang hakikatnya belum sampai masanya ntuk baitulmuslim terbina? Jadilah rijal sejati yang berjuang untuk agama, nescaya Allah mengurniakan muslimah sejati untuk membantu jalan dakwah... Seandainya jalan dakwah dijadikan platform mencari muslimah solehah, tertipulah dirimu sedang Allah Maha Mengetahui... Berhati2lah menjaga hati, bisa saja hatimu indah di pandangan manusia, sdg hina di sisi Tuhanmu...

~sekadar peringatan ~

paradise104 said...

salam

i noe is quite late 4 my comment.maaf baru ade kesempatan menjengah blog anda.good to know that u already have the kesedaran about cinta.kalo cakap senang la bahawa seseorang itu tidak pernah keseorangan.but i supposed it was harder to u.altho im act repeating myself, but trust me u are never alone.sebab itu wujudnya iman,faith,kepercayaan kepada Allah tht he will always b there 4u. remember our last conversation? have faith.

wassalam.