Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Saturday, August 23, 2008

Al- Qur'an dan Besi?


Bismillahirrahmanirrahim

Haha...kalau rujuk salah satu post yang terdahulu, diri ini ada menulis mengenai kekurangan khutbah-khutbah Jumaat pada masa kini... Namun, akhirnya, semalam, Jumaat. 23 Ogos 2008, bertempat di Masjid Al-Malik Khalid, USM, P. Pinang, syukur, ketemu juga diriku dengan suatu khutbah Jumaat yang benar-benar menaikkan semangat diriku ini sebagai seorang Muslim, dan membuatkan diriku ini benar-benar memikirkan mengenai kekuasaan-Nya.

Khatib telah berjaya menarik minatku untuk mendengar...bukan seperti khutbah-khutbah Jumaat di tempat-tempat lain sebelum ini, di mana khatib-khatib hanya membaca khutbah semata-mata, dengan isi-isi yang tidak jelas dan tidak mantap, dengan tidak bermayanya, sehinggakan diri ini pun langsung tidak bersemangat untuk mendengar.

Tajuk khutbah adalah tentang kepentingan manusia berpegang teguh dengan Al-Qur'an. Khatib memberikan khutbahnya dengan penuh semangat dan benar-benar menepati salah satu konsep khutbah - MENYERU MANUSIA. Di bawah terdapat beberapa quotes yang disebut oleh khatib, yang benar-benar menusuk kalbu...
(approximately aa, takde aa tulis sebijik-sebijik yang khatib itu cakap):

"Al Qur'an itu suatu yang luar biasa. Kalau kita tidak merujuk kepada sesuatu yang luar biasa,
maka kita akan jadi suatu bangsa yang biasa. Maka, kita akan dipijak oleh bangsa lain yang luar biasa, walaupun mereka tidak mengucap dua kalimah syahadah..."

"Bagi masyarakat, khatam semasa mereka kecil itu segala-galanya. Selepas itu, Al-Qur'an pun tidak pegang, simpan terus..."

"Umat yang berjaya, sukses, cemerlang dan gemilang, mereka adalah yang membaca Al-Qur'an..dengan maksud. Dengan itulah peta Allah yang agung (yakni Al-Qur'an) akan bermakna untuk kejayaan dunia dan akhirat..."

Diri ini betul-betul terasa dengan apa yang dikatakan oleh khatib.

Apa pula kaitannya dengan BESI? Ahah, akan diterangkan di bawah.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” [Al-Hadid, 57 : 25]

Menurut khatib, part yang di"highlight"kan ialah yang digariskan itulah. Tengok, Allah telah menurunkan bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata. Dalam ayat tersebut, sudah jelas lagi bersuluh, mukjizat itu adalah Kitab Suci, yakni Al-Qur'an, dan bukti yang disebutkan itu adalah BESI.

Mengikut khatib lagi, kalau tengokkan ayat tersebut juga, Allah menciptakan besi dengan kekuatan yang handal serta mempunyai pelbagai faedah kepada manusia. Persoalan yang dikemukakan oleh khatib, adakah besi-besi tersebut sememangnya telah ada di bumi semenjak bumi ini diciptakan?

Kalau ikutkan pendapat para saintis, besi-besi di dunia ini tidak boleh wujud dengan suhu bumi. Suhu yang amat tinggi hingga mencapai ratusan ribu juta celcius diperlukan untuk menjadikan besi-besi tersebut (Matahari juga tidak berupaya untuk mencapai suhu sedemikian...hanya mampu mencapai suhu 20 ribu juta celcius). Maka, konklusi awal yang boleh dibuat ialah - besi-besi tersebut datang daripada angkasa lepas!

Merujuk kepada ayat tersebut, Allah ada menggunakan perkataan "MENURUNKAN". Justeru, apa yang dinyatakan di sini adalah Allah menurunkan sesuatu itu daripada langit...- Angkasa Lepas!

Seperti yang kita sedia maklum, sewaktu di awal penciptaan alam semesta, alam semesta ini tidak begitu stabil. Dan, para saintis berpendapat, bumi ini telah berlanggar dengan komponen-komponen besi di sekitar alam semesta, dan dengan ini, besi-besi tersebut telah disebatikan dengan kandungan asal bumi. Maka, terjadilah besi di bumi ini! Wallahualam.

Subhanallah, kata-kata Allah itu benar. Justeru, kita, selaku Muslim, perlulah kembali semula beriman dengan Al-Qur'an, kerana sudah terbukti mengenai kehebatan peta Allah yang teragung ini.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah, 2 : 208]

Marilah kita sama-sama membaca Al-Qur'an, tetapi bukan sekadar membaca, kene faham maksud juga. Ni last quote daripada khatib:

"Kalau kita tidak faham, maka kita tidak akan kagum dengan Al-Qur'an. Akhirnya, kita akan guna buku-buku lain, yang pada mata kita hebat, tetapi pada hakikatnya jauh lagi hina berbanding peta Allah yang teragung itu, sebagai panduan..."

* Isi-isi post ini diambil daripada khutbah Jumaat, 22/8/2008, di Masjid Al-Malik Khalid, USM, P. Pinang.

2 comments:

zaid jasmin said...

bila nak uat blog gncc..??

sepatutnye smlam amek gambar time majlis berbuka puase tu sebagai 1st tajuk..

lets work!!

adlan wafi said...

good2!
blogpost yang menarik!