Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Thursday, February 10, 2011

Mihwar, Tarbiyah dan Mutabaah


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Dakwah itu ada tahapan-tahapannya.
Ada mihwar-mihwarnya.


Daripada mihwar tanzimi kepada mihwar sya'bi kepada mihwar mu'assasi kepada mihwar daulah, setiap mihwar itu perlukan kepada pendokong-pendokongnya.

Dan, bak kata Ustadz Hilmi Aminuddin, Ketua Majlis Syuro PKS, tarbiyah itu adalah esensi walau dalam mihwar apa sekalipun. (Lebih kurang or exact words drpd beliau).

Semakin maju bergerak kepada mihwar yg seterusnya, maka kader-kader dalam suatu harakah MESTILAH bersedia. Bersedia bagaimana?

Semakin maju menyongsong satu mihwar ke mihwar yg seterusnya, cabarannya akan lebih getir. Tentangannya akan lebih dahsyat. Fitnah akan lebih berleluasa.

Menelusuri sirah Rasulullah SAW, perjalanan umat Islam tidak terhenti selepas mendapat daulah Islamiyyah di Madinah. Bahkan, cabaran dalam magnitud yang berintensiti lebih tinggi diperoleh. Peperangan demi peperangan tercetus, bermulalah daripada Perang Badar, Uhud, Tabuk, dan sebagainya demi menegakkan risalah. Dunia menyaksikan itu.

Maka, pabila cabarannya kian menggunung, dzatiyyah ahli-ahli harakah perlu diperkukuhkan. Tanzim perlu diperkasakan. Dari manakah asalnya sumber-sumber kekuatan itu? Jawapannya, iman dan tarbiyyah.

Cuba lihat profil kader-kader Partai Keadilan Sejahtera, saksikan sendiri mutabaah mereka (yg diri sndiri pun jauh lagi nak sampai). Andai kamu bisa penuhi mutabaah-mutabaah itu, maka kamu sudah bersedia memikul bebanan mihwar daulah. 

Andai belum, jom, sama-sama kita perkasakan diri kita. Penuhi mutabaah-mutabaah kita yang susah untuk lengkap atau mungkin ada sahaja lubang-lubangnya..lebih-lebih lagi kepada diri yang menulis...yang sendiri pun payah amat untuk melangsaikan mutabaahnya =( =( =(

- Kerana sesungguhnya medan menulis itu lebih kecil daripada medan berfikir... -