Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Monday, August 9, 2010

Memori Khidmat Negara

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
Lama menyepi, pohon seribu kemaafan.






1. Diri ini pernah diberikan peluang untuk bersama-sama menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), 3 tahun dahulu.


2. Banyak pengalaman yang baik diperoleh.
- Kem di dalam hutan, ada tasik di tengahnya. Kondusif untuk menetap selama tempoh 3 bulan. Lupa hendak menyebut, nama Kem sudah mantap, Kem Rimba Taqwa, di Sik, Kedah.
- Makanannya enak, cumanya pinggan dan cawan kena dijaga sendiri. Juga, penginapannya baik, sebilik maksimum 8 orang.
- Bergaul bersama pelbagai bangsa (di mana bilik sendiri terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan Siam). Juga, bersama-sama masyarakat dari pelbagai latar belakang.
- Secara fizikalnya, memang diuji, dengan kawad kakinya, aktiviti hutannya, aktiviti airnya, menembak, dan lain-lain.
- Secara mentalnya, terdapat kelas-kelas kenegaraan yang menambahkan input dalam diri. Juga, terdapat kelas pembinaan karekter.
- Namun, ada satu aspek yang diri ini kurang melaksanakan. Aspek bersosial dengan rakan silang jantina. Jika dibandingkan dengan ramai rakan di sana, diri ini boleh dikatakan tidak terlalu rapat dengan rakan silang jantina.


* Kesimpulannya, pengalaman di PLKN adalah bermanfaat buat diri.


3. Bi'ah Islam di kem?
- Bagi pendapat diri, meskipun banyak sahaja tazkirah mahupun ceramah diberikan, bi'ah di kem tidak boleh dikatakan bi'ah solehah. Jauh sekali.
- Solat Subuh, jika ada yang terlewat bangun, maka alamatnya adalah yang terlepas solat Subuh, dek kerana ketakutan didenda oleh pegawai bertugas. Solat Subuh adalah wajib di surau. Oh ya, kami dikehendaki siap berkumpul...bukan baru bergerak untuk berkumpul ya....di padang kawad selewat-lewatnya pada jam 7 pagi (jika tidak tersilap). Dari surau, diri ini keluar memakai dan mengikat tali kasut, biasa ternampak kelibat rakan-rakan dari atas bukit, dari tempat kawasan penginapan, turun beramai-ramai, terus melepasi surau dan ke arah padang kawad.
- Tentang ikhtilat lelaki-perempuan, tidak boleh dikatakan benar-benar terjaga. Ada yang apabila telefon, menggunakan sahaja perkataan yang boleh menggegarkan hati pihak yang satu lagi.
- Ceramah-ceramah keagamaan sangat sedih sekali, di mana para peserta sentiasa perlu ditegur, kerana terlalu bising semasa ceramah.


*Kesimpulannya, jauh lagi pemuda-pemuda kita ini hendak mencapai status "Masyarakat Muslim" yang berjaya. Kerana nilai-nilai Islam masih belum dapat diterapkan dalam diri ramai pemuda.