Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, March 21, 2010

Solat Dhuha!

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum...

Cukuplah dengan tiga siri Kekuatan Saf sebelum ini. Untuk terus memikirkan perkara-perkara yang besar, kita mestilah menyelesaikan perkara-perkara yang kecil dahulu, bukan? Kerana hal-hal kecil inilah yang akan membentuk tapak untuk pembinaan struktur yang kukuh.

Kukuhnya tapak, maka kukuhlah struktur, dan struktur yang lebih tinggi dapat dibina. Seperti kukuhnya qaedah sulbah (kumpulan tulang belakang / core group) dakwah Islamiyyah di Makkah-Madinah, dan seterusnya merekalah pencetus inqilab (revolusi) Islam hinggalah berjaya menguasai al-Andalus hinggalah ke Nusantara.

Lemahnya tapak, maka lemahlah struktur, dan jika dicuba bina struktur yang tinggi, maka roboh dan hancurlah struktur itu. Seperti contohnya, sistem dan perundangan Islam yang tidak berjaya lagi dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia, akibat tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk orang Islam sendiri. Salimun aqidah (aqidah yang sejahtera), di manakah kamu?

Di sini, penulis ingin membicarakan tentang solat dhuha.



Tahukah kalian, bahawa solat dhuha itu sebenarnya membawa hikmah dan rahmat yang besar kepada sesiapa yang melaksanakannya? Namun, sayangnya, tidak ramai orang Islam yang tahu atau ambil serius perkara ini.


Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.” 
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]

Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat shalat Dhuha dan melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad- Darami]

Dari Zaid bin Arqam, bahwa ia melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang], maka ia berkata: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama, karena sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak onta sudah bangun dari pembaringannya karena tersengat panasnya matahari”.
[HR. Muslim]

Alangkah ruginya jika orang ramai tidak mengambil serius tentang waktu ini! Sesungguhnya, pada waktu inilah Allah memberikan peluang untuk membuka pintu rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Kalaukan manusia memberikan tawaran wang yang banyak secara percuma kita sangat sukakan, apatah lagi pemberian daripada Allah, penguasa seluruh alam, yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Tidakkah cukup untuk memberikan kita motivasi untuk mengejar pemberian-Nya?

Lebih-lebih lagi kepada para da'ie. Ada seorang rakan penulis mengibaratkan solat dhuha itu sebagai 'breakfast' kepada para da'ie. Begitulah besarnya rahmat daripada solat dhuha.

Wallahualam.
Moga kita bersama-sama berusaha melaksanakan solat dhuha secara konsisten dan istiqamah dalam hidup kita, di samping sentiasa memperkasakan solat fardhu kita. 

Moga Allah membantu kita. Amin.

“Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu..." [Ad-Dhuha, 93 : 3]

0 comments: