"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali-Imran, 3 : 139]
Ulasan ayat (ada from ulasan naqib, tapi mungkin tidak 100% tepat dengan ulasan itu, dan mungkin/memang ada tokok tambah, tapi tidak mengapalah ya :p):
Part 1 ayat:
Allah mengatakan JANGAN di situ, kerena Dia mengetahui bahawa manusia itu akan cenderung untuk bersikap lemah dan bersedih hati. Kan Allah itu engineer kepada semua manusia kan? Maka Dia mengenali kita lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri...
Part 2 ayat:
Juga, sebagai indikator yang Allah itu memberikan motivasi kepada hamba-Nya... Bukankah As-Syahid Syed Qutb ada menyatakan bahawa merupakan suatu penghormatan yang besar yang dapat diperoleh oleh seseorang manusia, apabila Allah seakan-akan berbicara kepada manusia dengan Al-Quran (kerana manusia ialah hamba yg amat kerdil dan amat kecil)? Apatah lagi kalau Allah sendiri memberikan MOTIVASI kepada hamba-hamba-Nya...yang beriman...
~Sekadar perkongsian~
Sekiranya penulis sendiri tidak berjaya untuk mengelakkan diri daripada lemah dan bersedih hati, mungkin ada yang mambacanya yang dapat mengelakkannya, tidak begitu? =)
Oh ya, doakan juga bagi diri ini yang bakal menghadapi musim imtihan = exam, bermula 18 Januari 2010 hinggalah 28 Januari 2010... =)
p/s: Mari kita berfikir sejenak tentang saudara-saudara kita di Palestin ya? Ujian mereka tampak lebih berat, dengan bom, misil dan bala tentera Israel...sedangkan kita diuji dengan helaian kertas yang perlu diisikan jawapan...
Boleh click di sini dan sini ya untuk update tentang Palestin. =)
0 comments:
Post a Comment