Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, July 22, 2009

I Wrote These...A Long Time Ago...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...
Diri ini dalam kelemahan...
Dan kesedihan...

Namun, tatkala dalam keadaan sedemikian...
Diri ini terkenang, bahawa di kala diri di tahap yang meningkat imannya, segala macam kebaikan dapat dihasilkan...
Misalnya, penulisan di bawah (and yes, these were written by me, a few months ago...when the fire was burning rigorously inside of me...and I now find it quite amazing that I had the spirit to write these) - couldn't believe that I actually wrote these...
O Allah, return to me the fire...!!!


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri)'?" [Fussilat, 41 : 33]

Ibtida' yang murni, bak petikan daripada blog mantan Presiden, bermaksud permulaan yang murni. Ya, ini baru permulaan kepada usaha bagi menyampaikan kebenaran, di mana kebenaran itu mungkin sukar diperolehi di dunia luar sana.

Kerana media dikuasai oleh Yahudi laknatullah.
Kerana minda kita dikongkong oleh situasi Jahiliyyah.
Kerana kita sendiri yang tidak mahu mencari.

Justeru, ini merupakan suatu tanggungjawab dari pihak kami, untuk menyebarkan kebenaran. Hal ini adalah kerana mereka yang mengetahui kebenaran tetapi tidak menyampaikannya, dilaknat oleh Allah Taala, seperti yang difirmankan-Nya berikut:

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat." [Al-Baqarah, 2 : 159]

Maka, sudah gentarkah jiwa-jiwa yang membaca? Anda sudah pasti tahu akan kebenaran yang disebut-sebut itu kan? Jadi, apa lagi, sebarkanlah, kerana, dengan setiap usaha penyebaran kebenaran, dan pemansuhan kebatilan, atau dalam perkataan lainnya, iaitu DAKWAH akan diredhai Allah dan akan dijanjikan kemenangan oleh-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]

"Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [As-Saff, 61 : 13]

"...lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang." [As-Saff, 61 : 14]

Maka, apa yang ditunggu lagi wahai pembaca? Sesungguhnya Allah menyediakan jalan dan panduan untuk kita menyebarkan kebenaran. Justeru, gunakanlah segala wasilah yang ada untuk menyebarkan kebenaran.

Sesungguhnya perjalanan kita jauh, demi mengejar sinar di hujung destinasi....

Sunday, July 19, 2009

Tautan Ukhuwwah 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Anda akan fly ke UK, EIRE, Eropah Sept ini?
Sertai ISMA di Program TAUTAN UKHUWWAH
"Di mana bumi dipijak, Di situ Islam dujunjung"



7-9 Ogos 2009
Kem Herba Sg Congkak
Meet seniors & friends before going overseas,
sharing is caring
outdoor xtvts
RM55
Arif: 019-5983655
Hazlin: 019-2114960


Maklumat lanjut,sila layari
www.jalinanukhuwah. info

Saturday, July 18, 2009

Merindui Saat Itu

Bismillahirrahmanirrahim...



Sesungguhnya diri ini merindui saat-saat bersama kalian...
Entah bila lagi dapat kita bersama-sama seperti itu...



Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara... [Al-Hujurat, 49 : 10]

Thursday, July 16, 2009

Masih Ada Harapan

Bismillahirrahmanirrahim...

Antara langkah yang dapat memperbaharui iman (Ringkasan untuk memudahkan):

1) Berdoa agar diperbaharui iman [HR al-Thabrani]

2) Banyakkan La ila ha illa Allah [HR Ahmad]

3) Banyakkan tilawah [HR Baihaqi]

4) Istiqamah [HR Muslim]

5) Sentiasa beristighfar / taubat [HR Ibn Majah]


Diri ini ingin memfokuskan yang kelima, yakni sentiasa beristighfar/bertaubat.

Kita sebagai manusia, bukannya sempurna segalanya. Kita masih lagi melakukan kesalahan, kerana kita manusia biasa bukanlah maksum.

Ada manusia yang seakan-akan menyerah kalah tatkala dirinya bergelimpangan dengan dosa-dosa yang seakan-akan infiniti (terlalu banyak). Hal ini menyebabkan mereka merasa mereka tidak perlu untuk berpatah kembali ke jalan asal, kerana merasakan bahawa tiada makna lagi untuk kembali...kerana merasakan diri terlalu berdosa. Justeru, mereka berterusan melakukan dosa dan kesalahan, hinggalah tiba masa mereka dipanggil kembali oleh Allah. Kerana itu, mereka akhirnya terjunam ke dalam neraka, kerana tiada langsung usaha untuk kembali bertaubat (Nauzubillah min zalik...)..

Ini pegangan salah sama sekali. Tidakkah mereka lupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang?

"Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
[Al-Fatihah, 1 : 3]


Tidakkah mereka lupa bahawa Rasulullah sendiri berterusan bertaubat kepada Allah?

Taubatlah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya 100 kali sehari.
[HR Muslim]


Dan, tidakkah mereka lupa bahawa Allah lupa bahawa Allah melarang berputus asa daripada rahmat-Nya, meskipun mereka telah melampaui batas?

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Az-Zumar, 39 : 53]


Diri ini menyeru kepada semua, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri yang bergelumang dosa, agar sama-samalah kita bertaubat kepada Allah. Dan bertaubat secara berterusan. Sesungguhnya Allah itu sentiasa menyayangi kita, dan sentiasa membuka pintu rahmat-Nya kepada kita semua....amin.... =)

Sesiapa yang melakukan kesalahan, kemudian menyesal, ia akan menjadi kafarat yang menghapuskan dosanya
[Mafhum HR Baihaqi]


~ Ibaratkan diri kita ni sebagai pakaian putih yang kotor, kotor kerana dosa. Pakaian, apabila dicuci, akan bersih, tidak begitu? Maka, kita pun serupa, sekiranya dicuci dengan taubat, maka kita akan suci daripada dosa ~

Saturday, July 11, 2009

Kamilah Perantau!

Bismillahirrahmanirrahim...

Maaf lambat siap, tetapi yang penting sudah siap:
- Video bersempena Jaulah Semenanjung 2009...

Moga-moga jaulah ini memberikan 'after-effects' yang baik yang berkekalan kepada diri kami...amin!

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi Ini dengan sombong, Karena Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."
[Al-Isra', 17 : 32]

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya"
[Al-Mulk, 67 : 15]


Tuesday, July 7, 2009

Saksi =)



Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: Masjid Al-Malik Khalid, USM, Pulau Pinang
Jam: 2.30 petang, 7 Julai 2009

Baru sahaja diri ini menyelesaikan solat sunat qabliyah Zohor, tiba-tiba berdering telefon bimbit di dalam poket. Kelihatan ayah menelefon. Maka, inilah dialognya:
(dipendekkan untuk tidak memanjangkan...lebih kurang inilah dialognya):

(intro tidak disertakan)
Ayah: Tadi Papa telefon kolej tadi.
Diri: Ye ke?
Ayah: Berapa markah untuk fly?
Diri: 35.
Ayah: Nak tahu abang dapat berapa?
Diri: Haa? Papa tanya ke?
Ayah: Tadi Papa telefon kolej.
Diri: Erm, berapa?
Ayah: Abang rasa abang dapat berapa?
Diri: Erm, tak tahu...
Ayah: Orang tu cakap, 39/45.
Diri: Haa? Betul ke? Betul ke?
Ayah: Iya.
Diri: Betul ke? Betul ke??
Ayah: Iya. So, you've made it!
(akhir perbualan juga dipotong)

Ya Allah, betapa terkejutnya dan betapa gembiranya diri ini ya Allah. Syukur kepada-Mu! Kesahihan keputusan diketahui pada malam harinya. Alhamdulillah...
Dan, pada malam itu, kelihatan dua insan, ayah dan ibu, sangat-sangat bergembira, hinggakan air mata kegembiraan dapat dilihat pada wajah mereka...
Subhanallah...puas hati diri, menggembirakan mereka!

Ya Tuhan kami, beri ampunlah kepada aku dan KEDUA IBU BAPAKU dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)" [Ibrahim, 14 : 41]




Dan selepas itu, diri melaksanakan solat fardhu Zohor, berjemaah dengan memasuki saf yang sedang melaksanakan solat mereka...
Air mata kegembiraan dapat dirasakan kehadirannya...

Di situlah diri ini mendapat berita gembira. Di suatu masjid yang menyaksikan diri ini mencari ketenangan selama mana tempoh cuti, bermula selepas jaulah. Bukan bermakna diri ini bermalam di masjid itu selama mana tempoh yang dinyatakan. Tetapi, masjid itulah menjadi saksi diri ini mula melonjakkan paradigma solat berjemaah semasa cuti di rumah. 4 daripada 5 waktu insya-Allah dilaksanakan di sana (atau di surau berhampiran rumah, tetapi majoritinya di masjid itulah meskipun masjid itu jauh sedikit daripada surau, kerana diri merasa lagi seronok sebenarnya solat di masjid itu), dengan solat Subuh sahaja masih belum dapat sampai lagi - di rumah sahaja. Sedangkan kalau sebelum ini, hanya solat Isya' sahaja yang dilaksanakan berjemaah, itu pun dengan mengikut ayah ke surau berhampiran rumah... Betapa lemahnya diri ini...

Memang Allah telah 'set'kan di masjid itulah diri ini menerima berita gembira itu. Masjid yang menjadi saksi atas anjakan paradigma...
Betapa cantiknya urutan peristiwa disusun oleh Allah...alhamdulillah! =)

Dengan ini, Allah memilih diri ini. Bukan hanya untuk berjaya di arena IB.
Namun, Dia telah memilih diri ini untuk bersama-sama menyebarkan risalah-Nya di bumi United Kingdom, insya-Allah, di University of Manchester (sekiranya tiada halangan lain...)

Terima kasih Allah, Engkau memang penunai janji-Mu...itulah kebenaran!

Terima kasih ayah dan ibu, kalian sentiasa memastikan diri ini berjalan ke destinasi...

Terima kasih guru-guru (Pn. Nurul Aisya - Malay; Pn. Aqyn & Pn. Shereen - English; Pn. Mawarzah - Business; Pn. Norhidawati - Mathematics; En. Badar - Statistics; Pn. Marzini, Pn. Adilah & Pn. Mazwiyan - Physics; Pn. Hazlina, Pn. Punia & Pn. Rozliana - Chemistry; Pn. Najihah - EE Malay; Cik Fazlinda - ToK; serta Pn. Fauziah - Mentor)...kerana kalianlah, diri ini dilengkapi sinar ilmu...

Terima kasih rakan-rakan, kalianlah menjadikan hidup ini amat-amat bermakna...

Ya Rabb, tetapkanlah diri ini sentiasa tsabat di jalan ini...
Ya Rabb, jauhkanlah diri ini daripada futur (lemah)...
Ya Rabb, ikhlaskanlah hati ini dan jauhkanlah daripada riya', ujub dan takabbur...
Ya Rabb, jadikanlah diri ini manusia berjaya, di dunia dan akhirat...

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" [Al-Mu'min, 40 : 60]

Monday, July 6, 2009

Kami Bertawakal...Kekalkanlah Kami Dalam Perjalanan Ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, kami bertawakal kepada-Mu...

Kami yakini janji-Mu...janji bahawa Engkau adalah penentu segala-gala-Nya...

Kami pohon, kurniakanlah kepada kami semua, kejayaan CEMERLANG dalam peperiksaan IB 2009, dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertawakal, redha, dan bersyukur, dan kiranya kami berjaya, itu adalah ketentuan-Mu, bukanlah melalui usaha kami semata-mata... Amin =)

Serta, walau apa yang terjadi...walau ke mana sekalipun Engkau tempatkan kami...wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, kekalkanlah kami agar terus tsabat dalam perjuangan kami... Jauhkanlah kami daripada futur...


((يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ))

“Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agama-Mu.” (HR. At-Tirmidzi: 2/20, Syaikh Al-Albani berkata: ini adalah hadits sahih).




"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)". [Ali-Imran, 3 : 8]

Matikanlanlah kami dengan kalimah syahadah...dan syahid di jalan-Nya...
(Ya, diri ini akui, masih terlalu jauh perjalanan ini, dan diri ini masih terkapai-kapai, tetapi, diri ini juga yakin, Allah akan membantu orang yang akan menolong agamanya...)



Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [Muhammad, 47 : 7]

~Dan janganlah jadikan kami orang yang lupa diri andai kami berjaya...

Thursday, July 2, 2009

Tentera-Nya

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang lambat,
Yang mengelamun,
Yang malas,
Yang melabung...

Tentera ALLAH akan terus berjalan ke depan...

Pantas...

Mereka tidak ke belakang memungut yang lambat, yang mengelamun, yang malas, yang melabung...

Yang lambat kenalah jadi laju,
Yang mengelamun kenalah bangun,
Yang malas kenalah ringankan tulang,
Yang melabung jangan terus melabung,

Pergilah kejar tentera ALLAH itu!

Pergilah bersama mereka!

~Sudah, cukuplah. Mari cuba menggerakkan langkah mengejar mereka.~

Naik dan Turun

Bismillahirrahmanirrahim...

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[As-Syams, 91 : 8-10]


Betapa sukarnya untuk membina sesuatu itu...tetapi amat mudah sekali untuk menjatuhkannya.

Misalnya,
Beribu-ribu tahun diambil untuk membangunkan suatu tamadun, namun hanya beberapa tahun sahaja diambil untuk menjatuhkan tamadun itu, dan ini termasuk kemusnahan tamadun itu sama sekali.

Misalnya,
Bertahun-tahun diambil untuk menjadi pemimpin, namun hanya beberapa hari sahaja diambil untuk menjatuhkan pemimpin tersebut.

Misalnya,
Bertahun-tahun diambil untuk membina suatu bangunan, namun hanya beberapa saat sahaja diambil untuk menrobohkan bangunan tersebut.

Begitu jugalah dengan iman dalam diri.

Betapa peritnya diri berjuang, bermujahadah untuk meningkatkan iman dalam diri.
Namun, begitu mudah sekali untuk menjatuhkan iman itu, hanya dengan satu perlakuan sahaja pun sudah cukup.

Rakan-rakan, diri ini dalam kelemahan. Diri ini ingin bangkit. Bantulah diri ini istiqamah dalam perjuangan...

~Result IB Exam hanya tinggal 4 hari lebih lagi...kepada pembaca, doakan kejayaan diri ini ya. Dan doakan kejayaan rakan-rakan lain. Semoga kami akan dipilih oleh-Nya untuk membawa panji Islam ke mana-mana sahaja kami pergi~

=)



Bismillahirrahmanirrahim...

Petikan daripada buku "Nikmatnya Berpacaran Selepas Pernikahan", karya Salim A. Fillah...


Alangkah seringnya
Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan
Membuat detik-detik di depan terasa hambar

Belajar dari ahli puasa
Ada dua kebahagiaan baginya
Saat berbuka
Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang nafsuku
Kekuatan ada apada menahan
Dan rasa nikmat itu terasa, di waktu buka yang penuh kejutan

Cuba sahaja
Kalau Allah yang menghalalkan
Setitis cicipan syurga
Kan menjadi sedekah berpahala

Inilah harapan diri:


"Cinta berpandukan syari'i bukanlah cinta yang melemahkan dan melalaikan...bahkan cinta itulah yang menjadi pembakar semangat dalam perjuangan"


.