Bismillahirrahmanirrahim...
Antara langkah yang dapat memperbaharui iman (Ringkasan untuk memudahkan):
1) Berdoa agar diperbaharui iman [HR al-Thabrani]
2) Banyakkan La ila ha illa Allah [HR Ahmad]
3) Banyakkan tilawah [HR Baihaqi]
4) Istiqamah [HR Muslim]
5) Sentiasa beristighfar / taubat [HR Ibn Majah]
Diri ini ingin memfokuskan yang kelima, yakni sentiasa beristighfar/bertaubat.
Kita sebagai manusia, bukannya sempurna segalanya. Kita masih lagi melakukan kesalahan, kerana kita manusia biasa bukanlah maksum.
Ada manusia yang seakan-akan menyerah kalah tatkala dirinya bergelimpangan dengan dosa-dosa yang seakan-akan infiniti (terlalu banyak). Hal ini menyebabkan mereka merasa mereka tidak perlu untuk berpatah kembali ke jalan asal, kerana merasakan bahawa tiada makna lagi untuk kembali...kerana merasakan diri terlalu berdosa. Justeru, mereka berterusan melakukan dosa dan kesalahan, hinggalah tiba masa mereka dipanggil kembali oleh Allah. Kerana itu, mereka akhirnya terjunam ke dalam neraka, kerana tiada langsung usaha untuk kembali bertaubat (Nauzubillah min zalik...)..
Ini pegangan salah sama sekali. Tidakkah mereka lupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang?
"Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
[Al-Fatihah, 1 : 3]
Tidakkah mereka lupa bahawa Rasulullah sendiri berterusan bertaubat kepada Allah?
Taubatlah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya 100 kali sehari.
[HR Muslim]
Dan, tidakkah mereka lupa bahawa Allah lupa bahawa Allah melarang berputus asa daripada rahmat-Nya, meskipun mereka telah melampaui batas?
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Az-Zumar, 39 : 53]
Diri ini menyeru kepada semua, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri yang bergelumang dosa, agar sama-samalah kita bertaubat kepada Allah. Dan bertaubat secara berterusan. Sesungguhnya Allah itu sentiasa menyayangi kita, dan sentiasa membuka pintu rahmat-Nya kepada kita semua....amin.... =)
Sesiapa yang melakukan kesalahan, kemudian menyesal, ia akan menjadi kafarat yang menghapuskan dosanya
[Mafhum HR Baihaqi]
~ Ibaratkan diri kita ni sebagai pakaian putih yang kotor, kotor kerana dosa. Pakaian, apabila dicuci, akan bersih, tidak begitu? Maka, kita pun serupa, sekiranya dicuci dengan taubat, maka kita akan suci daripada dosa ~
2 comments:
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
( ali 'imran: ayat 135)
cem.. moga terus kuat.. terus semangat.. terus istiqamah!~ =)
Post a Comment