Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, November 27, 2009

Erti Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Salam Aidiladha...

Moga kita belajar apa itu definisi cinta kepada Sang Pencipta dalam erti pengorbanan...

Rasul-rasul telah berkorban suatu masa dahulu...
Seperti pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap Siti Hajar dan Nabi Ismail yang menuruti perintah Allah SWT, meskipun amat-amat berat...
Seperti pengorbanan Rasulullah SAW kepada ummatnya yang berdakwah tanpa rasa jemu...

Tokoh-tokoh haraki juga telah berkorban untuk Islam...
Seperti pengorbanan As-Syahid Imam Hassan al-Banna, yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin, yang syahid ditembak mati...
Seperti pengorbanan As-Syahid Sayd Qutb, melalui penulisannya hingga beliau dihukum gantung...
Seperti pengorbanan As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, yang digentari oleh Yahudi sehinggakan memerlukan misil untuk membunuhnya...

"Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah."
[Al-Kauthar, 108 : 1-2]


Kita pula...apakah pengorbanan kita kepada Islam?

0 comments: