Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, November 18, 2009

Al-Fahmu

Bismillahirrahmanirrahim...




Arkanul (Rukun) Bai'ah 1 - Faham:

Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:

* (Majmu' Rasail - Himpunan Risalah Hassan Al-Banna : Bab Risalah Ta'alim)

* Sila cari Usul 20 itu di dalam Risalah Ta'alim...atau dari blog-blog tertentu, ada sahaja diletakkan =)


Ke mana kita menyeru manusia? Ke mana kita menyeru diri kita? Bagaimana kita menyeru kedua-duanya?

Adakah kita faham apa yang kita bawa? Adakah kita jelas dengan matlamat kita? Adakah metode kita benar-benar serupa atau yang paling hampir serupa dengan Al-Quran dan Sunnah, serta sirah Nabawiyah?

Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya taklid, dan tidak memahami?
Atau kita hanya menjadi golongan yang tidak jelas matlamatnya?
Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya akan menuruti golongan tertentu, tanpa mengetahui kondisi sebenar?

Kalau jawapan kesemua perenggan satu itu TIDAK, dan kesemua perenggan dua itu YA...silalah mengkaji lebih...kerana itu adalah faktor crucial dalam perjalanan ini...

Kita boleh sama-sama mengkaji...kerana diri ini masih belajar.

Saya hanya ada satu statement tentang ini...
Meskipn saya masih lemah, kerdil, dan selalu melakukan kesalahan, tetapi...SAYA YAKIN DENGAN JALAN INI!

Allahu Ghayatuna
Ar-Rasulu Qudwatuna
Al-Quranu Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabilillah
Asma Amanina

Yakin tidak bermakna mampu untuk capai...kerana ia tidak mudah... Ya, tidak mudah!

Jadi, insya-Allah...doakan kita sama-sama tsabat...

Mengejar sesuatu yang hakiki...dan menuruti apa yang benar, kerana kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun!

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di tanah airmu
- Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2 1949–1973)


Inilah saya, anda pula siapa?

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]

2 comments:

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

uish...hebatnye...rukun pertame tu...faham...

hehe

Saiful Asyraf said...

terima kasih ya atas info.... saya ada copy sikit petikan diatas... minta halalkan ya