Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Tuesday, December 30, 2008

Dari Malaysia Ke Palestin

Bismillahirrahmanirrahim...


Flashback Perang Badar (17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
- Muslimin menentang Musyrikin Mekah

S
umber:
http://www.dakwah.info/index.php/Perang/Peperangan-Badar-Al-Kubra.html


Kekurangan yang dihadapi oleh tentera Muslimin:


i) Umat Islam amat sedikit dari segi bilangan tenteranya
- 313 Muslimin menentang 1000 Musyrikin (1300 pada mulanya)

ii) Umat Islam ketinggalan dari segi teknologinya
- Mereka hanya menggunakan segala apa yang termampu bagi menghadapi musyrikin Mekah - pelepah
tamar, kuda 2 ekor, unta 70 ekor
- Golongan Musyrikin mempunyai 100 ekor kuda, 600 perisai, unta terlalu banyak untuk dihitung (9 atau
10 ekor unta disembelih sehari untuk makanan)

iii) Umat Islam kurang bersedia untuk berperang, manakala golongan Musyrikin amatlah bersedia sekali


Kelebihan tentera Muslimin:


i) Kekuatan rohani dan semangat jihad
- Rasulullah bersolat seluruh malam

ii) Bantuan Allah SWT
- Pada malam sebelum perang, Allah menurunkan hujan
(di kawasan tentera Musyrikin, hujan amat lebat yang melumpuhkan kemaraan kaum Musyrikin)
(di kawasan tentera Muslimin, hujan renyai-renyai yang membasahi dan membersihkan badan mereka,
dan menyucikan mereka daripada noda syaitan, menetapkan bumi di mana mereka berpijak,
mengejapkan pasir, mengukuhkan tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukan stategi mereka, dan
menambatkan hati-hati mereka)
- Semasa perang, Allah menurunkan 1000 malaikat
("Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut" - Al-Anfal, 8 : 9)
- Allah menanamkan rasa ketakutan kepada orang kafir semasa berperang
( "Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak akan
Aku jatuhkan rasa ketakutan ke hati orang-orang kafir" - Al-Anfal, 8 : 12)

iii) Perpecahan di kalangan tentera Musyrikin dan kesatuan dalam tentera Muslimin.


Konklusi peperangan
- Tentera Muslimin mencapai kemenangan yang gemilang, meskipun menghadapi kekurangan dari segi fizikalnya, namun, kekuatan daripada Allah SWT adalah segalanya, dan tidak dapat ditandingi...!


Peperangan Palestin-Israel (Kali ke tidak dapat dihitung berapa kalinya)
- Intifadhah Ketiga (bermula 27 Disember 2008)


Kita dapat melihat bahawa pihak Israel yang telah mencabuli perjanjian gencatan senjata selama 6 bulan itu. Kita juga dapat melihat bahawa pihak Israel yang telah melakukan keganasan pengeboman demi pengeboman, semenjak bermulanya serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza.

Kita melihat, orang awam Palestin yang tidak berdosa, seperti wanita dan kanak-kanak, dibom begitu sahaja oleh orang Israel, tanpa rasa belas kasihan. "Ingin membunuh teroris katanya". Namun, kita sudah serik dengan ayat ini. Kita sudah mual dengan kenyataan ini. Zionis penipu! Zionis pemusnah! Zionas zalim!


Kita melihat bahawa Israel dengan angkuhnya menunjukkan kehebatan angkatan tenteranya. Setakat ini, hanya serangan udara dan laut sahaja yang baru dilaksanakan. Ya, serangan dari udara dari laut sahaja, dengan bom-bom dan misil-misil sahaja, belum lagi serangan darat, dengan segala macam kereta kebal dan kelengkapan tentera moden lain yang mereka miliki. Sudah kelihatan kemusnahan yang dahsyat, dan kematian yang ramai. Memang tidak dinafikan, mereka memiliki teknologi, dan mereka memiliki kiraan tentera yang ramai. Dan, kelihatan tentera Muslimin tidak bersedia untuk menghadapi serangan mega Israel kali ini. Oleh itu, secara teorinya, dengan mudah sahaja, tentera Hamas, dan militan-militan Muslimin yang lain akan dilenyapkan dari muka bumi ini.

Namun, mari kita melihat kembali sejarah. Itulah sebabnya, diri ini membicarakan mengenai Peperangan Badar di awal post ini. Kita melihat, tentera Muslimin kekurangan dari segi anggota, kekurangan dari segi teknologi, dan kekurangan dari segi persiapan. Namun, mereka yakin dengan Allah. Mereka berjuang kerana Allah. Mereka berjuang untuk syahid di jalan Allah. Semangat ini, dan tawwakal mereka kepada Allah, telah memberikan kejayaan kepada mereka dalam Peperangan Badar, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran pada mulanya.

Justeru, pihak Zionis Israel perlu berwaspada. Mereka mungkin memiliki kehebatan yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh pejuang Muslimin dari segi ketenteraan, tetapi mereka tiada Allah di sisi mereka. Sesungguhnya, apabila Allah menurunkan bantuan-Nya, tiada siapa yang dapat menghalang.

Justeru, marilah kita, orang yang mengaku diri sebagai Islam, mendoakan saudara-saudara kita yang berjuang di Palestin. Mungkin doa itu nampak mudah, namun, di sisi Allah, itulah yang terbesar (dan tidak mudah bagi manusia untuk melakukannya, tidak begitu?)... Semoga Allah memberikan kejayaan kepada perjuangan umat Islam di Palestin.

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlalunya. Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
[ As-Saff, 61 : 13]

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." [Muhammad, 47 : 7]

"Ya Allah, bantulah perjuangan orang-orang Islam di Palestin"
"Ya Allah, tegakkanlah kebenaran dan hapuskanlah kezaliman di sana"
"Ya Allah, lenyapkanlah Israel dari muka bumi ini"

Berdoalah, sekadar termampu. Tidak perlu dalam bahasa Arab pun. Tidakkah Allah memahami kesemua bahasa? =)


1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Aku tgh blog-walking (bak kata Cai) sementara dpt online kat hostel kwn aku nih..

Nilai2 keimanan, tindakan nilai2 keimanan dan kesan2 nilai keimanan langsung tidak dapat dipisahkan daripada hukum alam.Betapa banyaknya kejadian2 luar akal terjadi dan dipengaruhi oleh nilai keimanan itu.

Kerana tingginya nilai keimanan Ibrahim a.s, api yang lazimnya membakar mejadi sejuk dengan izin Allah.

Kerana tingginya nilai keimanan pasukan Badar, tentera yang sedikit mengalahkan yang ramai dengan izin Allah.

Moga kita semua dikurniakan nilai keimanan setinggi Ibrahim a.s. dan pasukan Badr untuk memijak-mijakkan barisan musuh Insya-Allah.

Wallahualam..