Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, December 10, 2008

Anjakan Paradigma | Mari Kita Bersama!








Bismillahirrahmanirrahim...

Pada suatu hari, tidak diingati masanya, di bilik 'Markas' Muzal, C114:

"Kita tengok orang Melayu (diubah perkataan Melayu dalam dialog sebenar kepada perkataan Islam - lebih signifikan rasanya) sekarang ini.. Orang yang celik pandai, yang sudah berjaya, hanya tahu bersenang-lenang, main golf. Bukannya hendak membela kaum sendiri. Kita tengok mereka yang kurang cerdik, yang rosak. yang kurang berjaya...merekalah yang bersemangat hendak bangunkan bangsa/agama..."

- Kata-kata sahabat, Muzal Taib Nuh
(bakal Ketua Pemuda UMNO di United Kingdom nanti..insya-Allah =P)


Pada suatu petang pula, selepas pembacaan Ma'thurat, pada sesi tazkirah, di belakang surau An-Nur:

"Perjuangan kita ini bukannya main-main. Kita berdakwah dengan suatu objektif dan suatu matlamat, iaitu untuk menguasai dunia. Tunggulah suatu masa nanti, PBB/UN nanti kita ambil alih. Tak percaya, tengoklah nanti. Kalau setakat nak mengajak orang pergi ke masjid, tak payahlah. Orang biasa pun boleh buat. Perjuangan dakwah ini jauh lebih besar daripada hanya mengajak orang ke masjid.."

- Kata-kata sifu, 'Ammar
(bakal Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti...?)

Tatkala mendengar dua respons di atas, menggelora jiwa. Terasa ingin bangun dan melaungkan semboyan perjuangan tatkala itu juga. Merekalah pemberi inspirasi. Namun, adakah setakat ketika waktu-waktu tersebut sahaja diri ini bersemangat, bagaikan dunia dan isinya bukan lagi menjadi halangan?

Diharapkan agar spirit yang diberikan oleh-Nya, melalui wasilah mereka berdua, akan mendorong diri ini meneruskan perjalanan, dan perjuangan, yang masih lagi jauh...

Melihat kata-kata Muzal, ada benarnya. Kita melihat orang-orang Islam yang kini berjaya, dan memiliki segenap harta dan kekuasaan...apakah sumbangan mereka kepada agama mereka? Kalau dilihat pada businessman, sudah kaya, mesti ada saja golf club yang mahal-mahal yang dibeli, lantas dimainkan di padang golf. Mereka bersama mereka sahaja, businessman bersama businessman, bersenang-lenang di padang golf. Kalau dilihat pada ahli politik, sudah ada jawatan, masuk ke dewan Parlimen, bertelagah sesama sendiri dalam hal remeh-temeh - yang memerintah dengan usul-usul untuk melindungi kuasa mereka, yang pembangkang dengan usul-usul bagi membolehkan hak-hak pemerintah dikikis - yang langsung tiada manfaat kepada rakyat, inikan lagi pada ummah keseluruhannya...semuanya mementingkan kepentingan individu.

Jadi, tiada siapalah lagi yang layak untuk memimpin ummah pada masa kini nampaknya. Bagi yang itu pegang, roboh - pergi lantik ketua yang tiada yang langsung agenda ummah. Bagi yang ini pegang, lemah, ada agenda ummah, tetapi pengecut.

Kepada semua yang membaca, marilah kita sama-sama berubah, (kritikan kepada diri sendiri juga), dan marilah kita mengubah dunia ini bersama-sama...!!! Tegakkan Ustaziyatul Alam bagi Islam, rampas ia kembali daripada Barat...

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu..." [Muhammad, 47 : 7]


"Macam mana nak ubah negara, kalau tiada daripada golongan usrah yang berani menerpa masuk ke arena politik?"



7 comments:

tinta di rantau said...

salam cem..
setuju dengan pandangan bahawa org kaye2 perlu ditarbiyah utk berperanan dalam da'wah.
tapi ana tak setuju ngan statement ni:

"Macam mana nak ubah negara, kalau tiada daripada golongan usrah yang berani menerpa masuk ke arena politik?"

kita tidak mahu merubah negara dengan politik, tp dengan kita mahu merubah rakyat dalam negara. Kita kene stick pada kaedah sulbah yang kite pegang. Kita tidak mahu dapat pemerintahan, tapi dalam 4 tahun kita tumbang kerana rakyat pilih kita kerana kita bawa Islam. Maksudnya rakyat hanya pilih kite bukan bersama kita. Kita mahu rakyat bersama kita. Apa guna jika dapat negara tapi rakyat tak mampu tahan tekanan sebab tarbiyah tak cukup. Lihat Palestin, tekanan macam mana pun masih stick dengan pendirian mereka. Ini kerana semua rakyat ditarbiyah. Kita memilih utk dari pembinaan dari bawah bukan?
bukan atas 'dan' bawah,
atau dari atas.

arena politik boleh jadi strategi tapi bukan jalan yang kita pilih..

minta bincang balik dengan naqib nta.
perkara ni penting utk semua faham.
rujuk akhi muaz atau aizuddin jika perlu..

salam dari Ireland.

PeRaNTau said...

salam bos...

yep...setuju samamu...

moga pendapat dapat diekstrak oleh semua pihak untuk kebangkitan kita bersama..!

Anonymous said...

to ferDaus :

bagi ana, ana faham ape enta nak ckp akhi..itu mmg idealisme kita untuk meningkatkan kualiti rakyat dan pemerintah..kerana manhaj taghyir kita bukan sekadar mengubah pemerintahan, tapi mengubah cara hidup..sebab itu, islam itu perlu sampai pada setiap individu, not the system of government only..

namun, berkenaan statement "dari bawah ke atas, not atas dan bawah atau dari atas", secara teori, mmg ia benar akhi..ape2 pon, kita perlu, pada masa yang sama, melihat waqi setempat kita (ini yang diperkatakan oleh syeikh said hawwa dalam bukunya "al-madakhil ila ikhwanul muslimin" [pengenalan@pintu masuk kepada IM] di mana takwin perlu settle pada tiga daerah..dan yang pertama ialah daerah thaqafah..dan salah satu thaqafah yang penting ialah mampu membaca waqi dengan baik)...di malaysia, sudah ada yang terjun ke arena politik untuk menimba pengalaman sebelum next step kita..ape2 pon, kita kena percaya pada apa yang diputuskan oleh pihak yang memutuskan..jadi, boleh jadi juga pembinaan berlaku "atas dan bawah" serentak suatu masa nanti (tapi dari atas tuh, wallahualam)..kekhuatiran ana hanyalah apabila kita tidak mampu memahami konsep bagaimana kita bergerak dalam haraki ini membuatkan kita memandang sempit pada agenda selain tarbiyyah..namun begitu, kita sentiasa memahami bahawa agenda tarbiyyah merupakan agenda fundamental sepanjang masa..ape2 pon, ana yakin enta mmg dah faham benda ni melebihi ana..cuma ini untuk pemahaman kepada umum yang membaca blog ini..sbb kita sekarang sudah tahun 2008? jadi, ingat kita di fasa mana? huhu =)

ttg pendapat enta, "arena politik boleh jadi strategi tapi bukan jalan yang kita pilih", apa maksud enta sebenarnya? for this particular case, apa yg enta maksudkan dari segi makna antara "jalan" dan "strategi" sbb lain perbincang, lain yang dimaksudkan..wallahualam..dari segi yg ana faham bile bace statement tu, statement tu benar..tapi perlu ikut waqi juga..boleh jadi suatu hari nanti, itu lah jalan yang kita pilih..kekhuatiran ana hanya ialah jikalau kita tidak benar2 faham kenape kita as a whole belum terjun ke dunia politik sebenarnya..adakah ia prinsip jalan kita atau hanya strategi semasa jalan kita? kalaulah kita memahami ia sebagai prinsip, ana risau suatu hari nanti if kita tidak bersedia bile kita as a whole terjun ke dunia politik, akan jadi chaos akibat memulakan pemikiran dan pemahaman yang kurang tepat di kalangan orang-orang muda mcm kita ni..wallahualam..bagi ana, ana lebih suka berpendapat bahawa jalan kita sentiasa islam yang syumul, merangkumi dalamnya agenda tarbiyyah dan agenda politik..dari segi implementasi strategi dan prioriti, itu hal lain..=)

ana mohon maaf kalau sebenarnya ana tersalah faham ape yg sebenarnya anta nak sampaikan. insyaAllah, konsep keilmuan yang sebenar sukar utk dibincangkan di alam maya berbanding alam realiti =)

.:sepanjang masa, saya akan tarbiyyah. dan kerja sekarang yang paling sesuai saya lakukan ialah tarbiyyah, belum benda lain lagi:.

salam dari kolej mara banting =)

-hanya pandangan semasa ammar roslizar-

tinta di rantau said...

benarlah ape yang saudara ammar roslizar fahamkan tu..
huhu..
cume ana xreti nak susun ayat pukul 2 pagi ni(mmg sentiasa xreti pun!)
ana nak bgtau bhw kita masih lagi perlu pembinaan bawah, seperti kata Ammar:

jadi, boleh jadi juga pembinaan berlaku "atas dan bawah" serentak suatu masa nanti (tapi dari atas tuh, wallahualam)..

perkataan satu masa nanti bermaksud bukan skrang. so, ana cume mahu kita jelas yang kita perlu bina dari bawah dahulu. Coz ramai yang rasa goyang dengan jalan yang kita pilih (manhaj taghyir) asbab pasca pilihanraya ke-12. Ramai yang rase (even org lame dalam tarbiyah) jalan yang kita pilih lambat,sedangkan ader pihak yg hampir2 dapat negara pun.

I totally agree wit the statement dalam perenggan akhir2 tu 'ttg pendapat enta....'
mmg islam syumul meliputi tarbiyah dan politik, Hence, perlu bersedia dari semua segi. Tp xboleh beriya2 ke politik tp tarbiyah tinggal lesu.

same pendapat utk diri sendiri:

.:sepanjang masa, saya akan tarbiyyah. dan kerja sekarang yang paling sesuai saya lakukan ialah tarbiyyah, belum benda lain lagi:.

thanks for the reply, just to make sure everybody understand n amalkan.

p/s:huhu.. maaf la kepada pembaca umum atas komen yang pelik2 dan perkataan pelik2 yang kamu baca,
klau xfaham tanye la encik ammar n encik cem kita, ok?

~rindu kamu semua! Kem salam cikgu IB (I'm Busy) kamu..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saudara mungkin tidak mengenali saya tp inilah nasihat yang bernilai setitik nila yang mungkin berhasil merosakkan susu sebelanga, namun siapa mengetahui kalu elok nila itu digantikan dengan sirap..jadilah bandung..

Jgn berdakwah kerana tujuan keduniaan kerana itu mungkin menghasilkan satu hasil dakwah yang mengecewakan atau mungkin terhasil golongan yang lari semangatnya tidak nampak hujung jalan yang menanti. Namun begitu diri ini tidaklah pandai menggunakan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadis kerana masih lemah dalam mempelajari ilmu itu. Memang menyalahi disiplin ilmu manusia untuk berhujah memerlukan dalil yang kukuh.. tp Insyaallah sedang diri ini menguasainya.

Neway, betulkan niat untuk berdakwah bukan kerana dunia ini, bukan kerana hendak mengubah orang tetapi kerana Allah dan Rasulnya serta diri sendiri yang hendak selamat dari neraka. Nampak mcm individualistik kan? tapi percayalah Islam itu individualistik secara kolektif(betulkah kata2ku ini?)

Anonymous said...

sang pujangga,

secara general, ana stuju dgn point anta, tp pada pndpt ana, ana sebhgn yang kena selarikan dgn ayat 7:164..based on ayat tu, ade 2 sebab berdakwah..=)

Anonymous said...

"...tp pada pendapat ana, *ada sebhgn..."