Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan...Separuh masa kedua...



Bismillahirrahmanirrahim....

Maaf lama tidak menulis dan mengupdatekan blog. Sibuk, malas, dan seumpamanya - itulah fenomena yang sedang melanda diriku ini.

Ingatkan nak menulis mengenai Hari Merdeka dan hari menyambut 1 Ramadhan, tetapi, disebabkan oleh andaian diri ini yang menjangkakan sudah ramai akan menulis mengenai perkara-perkara yang sama, maka, tidak relevanlah diri ini menulis tentang suatu perkara yang sudah giat dibicarakan umum.



"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas irang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..." [Al-Baqarah, 2 : 183]

Kini, Ramadhan bagi diriku menjelma lagi. Dan, kini, sudah masuk separuh masa kedua dalam bulan rahmat ini - 15 hari terakhir. Apakah diri ini sudah berjaya mendidik diri sendiri dalam madrasah tarbiyyah Ramadhan kali ini?

Sesungguhnya, secara jujurnya, setiap kali tibanya Ramadhan, diri ini sudah pasti dengan girangnya menyambut ketibaan bulan rahmat dan barokah ini, dengan harapan bahawa diri ini dapat dididik menjadi seorang insan dan hamba Allah yang TERBAIK dari segala aspek. Namun, tidak dapat dinafikan, pada tahun-tahun lalu, diri ini sentiasa gagal untuk memenuhi tuntutan bulan rahmat ini. Aku lemah. Aku lalai. Aku leka. Dan, selepas tamatnya bulan Ramadhan pada tahun-tahun lalu, diri ini sentiasa berkata, "Ruginya Ramadhan kali ini...arghhh!!!"

Pada tahun ini, sekali lagi Ramadhan menjelma, dan sekali lagi harapan menjelma bagi diri ini. Dan, diri ini bertekad untuk tidak lagi merugikan Ramadhan..!

15 hari berlalu, dan, malangnya, diri ini merasakan bahawa masih banyak lagi yang boleh dipertingkatkan. Mengapakah diri ini tidak dapat bermula dengan sebaik-baiknya? TIDAKKKK!! Namun, masih lagi ada waktu. 15 hari lagi bagi diriku. Ya Allah, ubahkanlah diriku ini, menjadi lebih baik. Dan jayakanlah Ramadhan bagi diriku pada tahun ini. Amin...!


1 comments:

PeRaNTau said...

salam ukhuwwah ya faisol...

insya-allah bro...