Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, September 17, 2008

Dulu, Kini dan Selamanya


Dari kiri: Danial (KMB), Afif (bakal pelajar University of Manchester), Din (INTEC), Fadhli (KMB), Kamal (KMB)

*Kesemua muka-muka dalam gambar di atas merupakan sahabat-sahabat semenjak sekolah rendah, SK Minden Height, P. Pinang.


Bismillahirrahmanirrahim....

"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat, 49 : 10]

15 September 2008, Isnin. Berkumpulnya sahabat-sahabat lama, semenjak sekolah rendah lagi, untuk 'majlis sending off' salah seorang daripada mereka ke United Kingdom. Member yang dimaksudkan itu adalah Afif.

Tribute kepada beliau, dan kepada rakan-rakanku, yang menjadi penghibur hati, pengubat lara dan duka, tempat bengkongsi kisah dan pengalaman, selama tempoh diri ini mengenali mereka - semenjak sekolah rendah. DULU, KINI dan SELAMANYA...begitulah persahabatan kami akan abadi.

Tahniah Afif, kini dirimu di hadapanku. Kalau dahulunya kita sama-sama menyangka bahawa akulah di hadapan, tatkala diri ini meninggalkanmu di Matrikulasi Penang, maka kini, engkau telah memintasku dengan pencapaian yang tidak diduga, melaksanakan suatu anjakan paradigma, dan "fly" dahulu, meninggalkan diri ini di Malaysia (buat sementara, Insya-Allah =P)...


Mengenai Afif, beliau telah berjaya dalam temuduga KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) tempoh hari, dan beliau telah mendapat tawaran ke University of Manchester, dengan dibiayai oleh KPM, dan meneruskan pengajian dalam bidang Matematik. Beliau akan belajar di sana selama 3 tahun kalau tidak silap. Namun, beliau menyatakan bahawa beliau ingin meneruskan pengajiannya hingga ke peringkat PhD - 6 tahun lamanya dari sekarang, barulah selesai.

Walau apa-apapun, semoga berjaya sahabatku. Dengan perginya dirimu ke UK, maka tinggallah diri ini, Din, dan Danial sahaja yang akan bersama-sama meronda Penang buat masa sekarang (Fadhli tinggal di KL). Sudah pasti tidak akan sama keluar berjalan-jalan tanpamu. Itu sudah pasti. Lawak-lawakmu akan dikenang.


Tentang diri ini, bagaimana pula? Ke mana pula akan diri ini meneruskan perjuangan, selepas tamatnya perjalanan di KMB Mei hadapan? Apakah diri ini akan sama-sama menyertai Afif dalam perantauannya ke Manchester? Atau ke tempat lain? Wallahualam.... Dan, pemergian Afif ke sana telah membuka dimensi baru dalam pemikiran diri ini - AKU MESTI BERSAMANYA!!! Ya, targetku kini adalah untuk juga ke Manchester, UK.


Terima kasih, Afif, kerana kejayaan dirimu menjadi pembakar semangat diriku untuk terus berusaha di KMB ini. Akan diri ini berjuang bermati-matian untuk ke sana. Ini janjiku...! Akan aku ubah diri ini, dan akan diri ini cetuskan suatu anjakan paradigma hingga ke puncak keupayaan...!

Tidak lupa juga, bukan semata-mata kerana keinginan ke sana yang akan mengubah diriku....
Tidak akan dilupakan matlamat hidup yang sebenar....
ALLAHU GHAYATUNA...dulu, kini, dan selamanya!!!

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" [Ar-Ra'd, 13 : 11]

*(Dalam gambar yang ketiga dan keempat dari atas, ada seorang lagi selain kami berlima - member baru, Naim namanya (member lama Afif)

6 comments:

apip said...

Assalamualaikum ya sahabat..
terima kasih bnyk kerana dapat meluang masa menghantar ana ke KLIA tempoh hari..doakan kejayaan ana di sini dan berjaya meningkatkan iman yg makin menipis ini..semoga saudara berjaya di kmb dan dpt melanjutkan pelajaran bersama2 di bumi manchester..akan ku doakan sentiasa..insyaAllah..sampaikan salam kepada rakan2 KMB yg lain jika ada berjumpa mereka..semoga bertemu lg..

PeRaNTau said...

huuuu...

afif, blaja leklok...

tunggulah diri ini sampai ke sana....!!!!
insya-allah

Anonymous said...

salam.. fadhli tu classmateku dulu kan..da kurus skit..hihi

Rhazes said...

wey, amende da ko tulis
x kua pape pn

PeRaNTau said...

amende aa rhazes...cek smule =P

Anonymous said...

salam akh...padan la malam tu ana terserempak dgn akh kat klia!!subhanallah...