Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
"...dan BERMESYUARATLAH dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." [Ali Imran, 3 : 159]
Dalam amal jama'ie (berjemaah), kita sering diajar agar sentiasa taat, dan tsiqah (percaya) kepada pimpinan. Kedua-dua sikap ini sangat jelas dipaparkan oleh Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Ta'alim beliau.
"Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim, Rukun Baiah ke-6 - Taat)
"Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim, Rukun Baiah ke-10 - Tsiqah)
"Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim, Usul ke-5 daripada Usul 'Isyrin / Usul 20)Ya, penting untuk seseorang ahli dalam jamaah itu memiliki sikap taat dan tsiqah kepada pimpinannya, kerana jika tidak dimiliki sikap ini, maka tidak perlulah adanya tanzim (struktur organisasi), kerana tidak berfungsilah tanzim itu jika langsung tidak ada sikap taat kepada ketua.
Persoalannya di sini, adakah sikap patuh tanpa soal itu suatu sikap yang baik untuk pembentukan diri seseorang akh itu? Kiranya ya, bagus untuk memupuk sikap taat itu dalam diri seorang-seorang akh itu, akan tetapi boleh juga membawa implikasi yang tidak baik.
Diberi satu contoh. Misalnya, seorang akh yang tidak biasa memasak diminta untuk menjadi tukang masak untuk satu-satu daurah (kursus atau seminar), yang melibatkan peserta yang ramai. "Tarbiyah (pendidikan) untuk didik anta memasak...takkan selalu hendak beli di luar sahaja", kata naqibnya. Bagi yang taat sahaja tanpa soal, pasti akan menerima tugas itu dengan rela hati. Tetapi akhirnya, mungkin, terjadi situasi di mana masalah berlaku tatkala memasak, yang akan memberikan kesan kepada seluruh peserta program yang kelaparan. Dan akhirnya akan memberikan kesan kepada perjalanan daurah. Elokkah itu?
Contoh yang lain, apabila seseorang akh diminta untuk menguruskan perjumpaan sekumpulan muslimin dengan sekumpulan muslimah dengan tidak perlu bertabir, sedangkan sebelum ini dia tidak biasa langsung bergaul secara silang-jantina. "Tarbiyah untuk didik anta berkomunikasi dengan akhawat...ini asyik sembunyi sahaja, bagaimana mahu berkahwin nanti?", kata naqibnya. Yang taat, pasti akan menerima tugas itu tanpa soal. Akhirnya, apa yang terjadi? Dia sendiri terpaku, tidak berdaya untuk berkata-kata, dek kerana perasaan malunya kepada kumpulan muslimah tersebut. Akhirnya, perjumpaan itu tidak mampu membuahkan hasil yang dikehendaki, dan tertangguhlah pelbagai isu.
Pandangan peribadi saya di sini ialah, adalah wajar untuk kita tidaklah selalu 100% taat tanpa soal andai kita disuruh untuk melakukan kerja-kerja tertentu.
Kadang-kala, kita perlu menjadi REBEL.
Kadang-kala, kita perlu mengutarakan persoalan-persoalan tentang arahan tersebut.
Kadang-kala, kita perlu mengkaji dahulu arahan tersebut.
Kadang-kala, kita perlu menilai dahulu, arahan tersebut sesuai dengan kemampuan kita atau tidak.
Wallahualam. Sekadar coretan.
2 comments:
salam bro.pe kabo?
memang betul apa hg cakap tuh.Memang penting sifat taat seperti mana yang diberitahu ISHAB dalam risalah taalim nya kerana sesuatu arahan masul itu datang daripada keperluan atau keadaan yang memerlukan bermakna apabila sesuatu arahan itu diberikan memang penting untuk kita kaji adakah ia Nya sesuai dengan kemampuan kita di mana ketika itu kita mempunyai tugasan2 yang juga memerlukan kita.
Jadi di situ perlu untuk kita menolak dan membantu untuk mencari orang lain/jalan penyelesaian kerana mungkin tugasan atau arahan yang diberikan sangat2 penting untuk maslahat ummat ketika itu.
Penting juga untuk kita kaji adakah tugasan atau arahan itu diberikan itu walaupun tidak biasa untuk kita lakukan tetapi bagus untuk kita cuba lakukan demi taribyyah kita dalam memenuhi sifat muwosofat kita.
Penting juga supaya kita tidaklah menolak kerana benda2 yang remeh atau kerana kita risaukan outcome yang buruk.usaha itu kan dari kita dan hasil daripada Allah :)
inshaAllah segala hasil itu adalah tarbiyyah dari Allah dan itulah yang sebaik2 Nya.inshaAllah
rasanya penggunaan perkataan REBEL adalah kurang sesuai sebab rebel adalah seperti kita menentang benda itu dan setiap arahan atau tugasan yang diberikan masul juga inshaAllah melatih kita untuk taat kepada arahan dan tugasan yang diberikan Allah kepada seluruh umat manusia selagi tugasan dan arahan tidak melanggar syarak.
sedikit sharing ayat tentang taat dlm QS:
"Dan taatilah Rasul,Ulil Amri(pemimpin) di antara kamu.Kemudian,jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah(al-Quran) dan Rasul(sunahnya),jika kamu beriman kepada Allah dan hari Kemudian.Yang demikian itu,lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya" 4:59
"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu.Dan barang siapa dijaga dirinya dari kekikiran,mereka itulah orang2 yang beruntung" 64:16
daripada ayat tersebut inshaAllah kita boleh faham yang penting untuk taat pemimpin yang taat kepada Allah dan penting untuk kita lihat kepada diri kita di mana apabila kita ada kesanggupan(kemampuan)kita akan buat untuk tarbiyah kita inshaAllah dan juga untuk redha Allah.
wallahualam
p/s : jom kejar malam lailatul qadar untuk malam2 terakhir ramadhan.inshaAllah
betul..setuju!
setuju jugak dgn pengkomen di atas..
mungkin perkataan rebel kurang sesuai..
mungkin bukan rebel..
mungkin perkataan 'menolak'.
menolak arahan diberikan dengan keadaan yg masih lagi patuh pada pemimpin.
dan
taat tanpa banyak soal mmg sgt diperlukan dlm certain things.. =)
kerana banyak bersoal boleh menimbulkan lagi banyak komplikasi..
alhamdulillah..
keep up good writings
Post a Comment