Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Monday, September 13, 2010

Kepelbagaian

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

"Sekarang ini, banyak sangatlah gerakan Islam. Serabutlah kepala..."
"Di kawasan ini, kita sedang ada ramai ahli. Tapi ada beberapa gerakan Islam lain juga sedang cuba mengembangkan pengaruh dan bilangan mereka di sini. Kena fikir bagaimana hendak mengatasi cabaran ini..."

Begitulah senario yang semakin kerap berlaku dewasa ini. Daripada segenap sudut, dari UK ke Malaysia, dari Mesir ke Australia, pasti akan ada isu-isu tentang kepelbagaian harakah (gerakan) Islam.

Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang sudah lama established dengan tarbiyyahnya.
Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang baru sahaja hendak berkembang, atau berada di tahap ta'sis (pengasasan).
Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang kian berkurang bilangan ahlinya.

Tidak pedulilah situasi apa pun sekalipun. Saya hendak bertanya anda semua, para penggerak atau para pengikut mahupun para penyokong harakah-harakah mana sekalipun:

Adakah anda berjuang kerana harakah atau kerana Islam?

Andai anda menjawab kerana yang pertama, perbetulkan niatmu.

Andai anda menjawab kerana yang kedua, alhamdulillah, doakan kita sentiasa berada di atas garisan ini. Tetapi, ada soalan tambahan untuk anda.

Adakah anda membenarkan anak-anak buah anda untuk mengetahui tentang jamaah-jamaah lain setelah mereka memahami tentang kepentingan melakukan amal secara berjamaah, atau anda terus mentakwin (membina) anak-anak buah anda dengan acuan anda sahaja, dengan menutup segala pintu untuk mereka discover tentang harakah-harakah lain?

Andai anda menutup pintu itu, maka anda mungkin melakukan suatu kesilapan yang besar.

Tidak semua manusia sesuai dengan cara sesebuah harakah itu bekerja.

Dan mungkin, ada anak-anak buah anda pun tidak sesuai bekerja dengan cara kerja harakah anda.

Namun, anda hanya membuka pintu tarbiyahnya (didikannya) dengan sebuah pintu sahaja, yakni pintu yang tidak sesuai dengannya.

Akhirnya, apa yang akan berlaku? Dia akan lari. Lari kembali kepada jahiliah. Kerana apa yang dia tahu ialah tentang harakah anda sahaja. Dan tidak tahu tentang harakah-harakah Islam di luar sana yang mungkin sesuai dengan dirinya. Nah, siapakah yang akan menjawab di akhirat kelak?

Andai anda membuka pintu, setelah anak buah anda memahami kepentingan amal jama'ie (amal secara berjamaah), maka, andai anak buah anda itu tidak sesuai dengan cara kerja harakah anda sekalipun, dia boleh sahaja lari kepada harakah Islam lain yang sesuai dengan dirinya. Dan bukan lari kepada jahiliah.

Bukalah matamu, dan elakkan kehilangan manusia yang baik-baik.

Wallahualam

2 comments:

orang biasa said...

saya bukanlah org lama dalam dakwah dan saya bukanlah org yang paling layak untuk mengomen entry terbaru saudara ini.
segala apa yang dicurahkan adalah pendapat peribadi semata-mata..

saya mula mengenali usrah ketika dibangku mrsm lagi. usrah wajib, tanpa mengetahui ma'ani disebalik usrah tersebut.
sekali lagi diperkenalkan oleh term usrah ketika mengikuti pengajian disebuah koleh persediaan. kali ini enghayatannya begitu berbeza. saya mula mengetahui maqasid usrah dan tarbiyah ini. Alhamdulilah masih lagi dikurniakan kekuatan untuk terus thabat.

ketika di kolej (mula2 dapat) saya ingatkan semuanya adalah sama. baik di pihak mana pon asalkan ianya membawa kebaikan kepada semua. Alhamdulillah, sampai sekarang, saya masih lagi berfikiran sedemikian..

saya pernah mengikuti beberapa arakah sebelum ini, daripada pas, tabligh hinggalah kepada hizbut tahrir. pada saya proses mencari ini amat manis dan berharga pengalamannya..

pendapat saya, tak salah sekiranya diterapkan acuan tersendiri ketika mana membina mad'u. tiada masalah kerana apa yang dibuat pada awalnya adalah proses dimana kita mengajak jiwa mad'u tersebut untuk menghayati islam semata-mata. hanya islam di dalam hidup.

saya kira saudara seorang yang sudah menghatam khitah2 dakwah (judgement saya berdasarkan entry2 saudara)dan saya kira saudara sudahpon menghafal marhalah df.

pada saya, lihat kepada kondisi mad'u itu sendiri. samada bersedia untuk didedahkan kepada taadud jamaah ini atau tidak kerana berdasarkan kepada pengalaman saya sendri, ada sahaja mad'u yang terus lari daripada agenda tarbiyah setelah mengetahui 'cerita2' yang tidak baik dalam berbilang jamaah ini dek kerana ketidaksediaannya membuka hati.

namun itu tidak menafikan haknya dalam mengetahui bahawa wujudnya harakah2 lain di luar sana yang turut membawa agenda tarbiyah. bagi saya apabila jiwa yang dididik itu benar2 faham dan matang, maka diditu letaknya fasa memilih.

ingin menambah lagi, tapi cukuplah kiranya setakat ini sahaja..

ingin benar saya berdiskusi secara berdepan dengan saudara :)

SayasayangMuhammad said...

Assalamualaikum wrm.

Saya seorang yg sedang belajar utk mati syahid. Maka ada orang tunjukkan saya, Alhamdulillah. Tapi saya masih sedang belajar & ianya perlukan usaha yg sangan gigih & keikhlasan, kerana saya beriman sepenuh hati dengan ayat Allah pada al-Ankabut ayat terakhir.

Dalam proses belajar ini, saya berdikit2 mampu menjelaskan kepada madĂș saya apa yang saya imani. Mula2 saya tak imani cara tersebut, lama kelamaan setelah lama mencuba cara itu wlpn masih tidak mengimaninya, saya mula nampak cara tersebut. Tapi saya berusaha kuat lagi utk mencari jalan lurus itu. Usaha punya kuat, saya semakin jelas lalu beriman kepada cara tersebut, tetapi masih tidak mampu menzahirkan atau menyampaikan kepada orang lain. Kalau sampaikan takut2 tersalah lalu menyesatkan orang pula.

Kemudian saya usaha lagi, usaha yg sangat kuat tak berbelah bahagi. Barulah saya sampai stage yg saya beriman dgnnya dan mampu menyampaikannya. Tapi saya masih tak mampu memahamkan org yg mendengarnya, apatah lagi menyebabkan orang mengimani apa yg saya sampaikan.

Disebabkan saya nak pastikan org yg mendengar itu juga jumpa jalan mati syahid tu, saya usaha kuat lagi. Sampai dah berapa juta kali usaha baru mampu mencapai tahap memahamkan pendengar lalu membuatkan mereka mengimani mereka. Oh tapi byk lagi kena usaha, sbbnya pendengar sy tadi sudah mula ingin menyampaikan kepada orang lain.

Maka saya beriman, mampu memahamkan prg lain dgn 1 cara sahaja. Itupun selepas usaha yg amat kuat yg mengambil seluruh jiwa dan raga saya. Yang mangambil setiap detik ruang saya inshaAllah.

Mm.. bagaimana pula mampu saya ceritakan ttg cara2 lain yg terdapat dipasaran agaknya ya?

Bukan sahaja tak mampu, malah akan tercerita yg salah. Bukan sahaja cerita yg salah, tetapi menyakiti pihak yg membawa cara yg selain dari kita. Bukan sahaja menyakiti tapi kelak akan membawa fitnah.

Dengan itu, saya yg takut sgt dengan Allah, inshaAllah, saya berpegang dgn kata2 Muhammad ar-Rasul S.A.W iaitu, "berkata baiklah, ataupun diam".

Allahua'lam.

Saya masih belajar cara tersebut hingga sekarang. Yg penting ikhlas & jihad. Janji siapa lagi saya yakini melainkan Janji-Nya