Bismillahirrahmanirrahim...
Maaf, terlewat sehari...Mari kita sama-sama melihat sejenak sejarah di bumi Palestina, dan cuba berfikir akan perjuangan umat Islam di sana hingga ke hari ini...
40 tahun dahulu, Al-Aqsa dibakar oleh seorang warga Australia berbangsa Yahudi, Dennis Michael Rohan... Bukan setakat itu sahaja, bahkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Yahudi laknatullah bagi meroboh dan menghancurkan masjid ketiga suci umat Islam itu..
Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, masih tertegak Masjid Al-Aqsa sehinggalah hari ini... Biarlah mereka membakarnya, menggali terowong untuk melemahkan strukturnya, tidak mengapa... Kerana Allah menjaganya...
Sehubungan dengan itu, masih terdapat golongan di bumi Palestina yang masih tidak gentar berjuang, yang masih sanggup berjuang memburu syahid... Marilah kita mendoakan mereka, kerana mereka itulah golongan yang disebut-sebut oleh Rasulullah dalam hadis baginda...
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”
Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. lalu menjawab:
“Mereka berada di Baitulmaqdis dan di kawasan sekitarnya.”
Ya Allah Ya Tuhan kami, bebaskanlah al-Quds kami, dan jadikan kami daripada pejuang pembebasan itu.
0 comments:
Post a Comment