Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Sunday, January 31, 2010

Mudah...Tapi Efektif

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu amal itu, tampak mudah, tetapi dapat memberikan impak yang besar. Hendak bukti?

Contoh 1:

Seorang sahabat, akhi A, menceritakan kepada diri ini kembali tentang Syahadatul Haq (SH), suatu syarah yang pernah didengari suatu masa dahulu, namun terlupa dek kerana kurang atau tiada amal. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, sampai ke hari ini penerangan yang ringkas tatkala menunggu bas di Glasgow untuk pulang ke Manchester itu sudah memadai untuk diri ini aware dengan SH. Jazakallah ya akhi A! Usaha ringkas dalam menerangkan SH itu sudah memadai bagimu.

Contoh 2:

Seorang sahabat, akhi P memasuki sebuah rumah di Manchester, rumah kepada sahabat penulis. Penulis berada di rumah tersebut. Kebetulan rumah itu lupa untuk ditutup pintunya. Masuk-masuk sahaja, dia mengajak solat Maghrib di masjid. Diri ini, yang sememangnya imannya yazid wa yankuz, dan dengan baru habisnya exam sem 1 pada petang itu juga, terasa liat untuk menerima ajakan itu pada mulanya. Tambah-tambah pula suhunya sejuk di luar, dengan jarak masjid dan rumah yang tidak begitu dekat, dan dengan mindset selepas examnya, faham-faham sendirilah ya.

Namun, penulis menerima ajakan tersebut. Dan alhamdulillah, dengan izin-Nya, terasa bagai 'best' pula kalau dapat teruskan pergi ke masjid sendiri, tanpa perlu diajak oleh sesiapa pun. Tambah-tambah lagi kalau nak dibandingkan jarak antara masjid yang encik P ajak itu dengan rumah sababat tadi, sebenarnya lebih jauh daripada masjid yang terletak berhampiran dengan hall di mana penulis menetap. Malu atau tidak itu? Jazakallah akhi P, kamu sememangnya menunjukkan qudwah kepada diri ini.
__________________

Begitulah, contoh-contoh amalan yang nampak kecil, tetapi dapat memberikan impak yang besar kepada seseorang individu itu.

Wallahualam.

Note: Akhi A dan Akhi P terkenal sebagai mereka yang qowiy di bumi Manchester ini. Mungkinkah kerana kekuatan amal mereka itu menjadi kunci kepada diri ini untuk tertarik kepada mereka? Allah yang memegang hati-hati manusia, bukan?

0 comments: