Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Wednesday, December 2, 2009

Teringat

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar imbasan memori...

Teringat diri ini yang suka bersendirian...



Siapa tidak boleh melupakan berjalan-jalan seorang diri pada waktu malam, selepas tamatnya prep malam... Ya, berjalan seorang diri, keliling maktab - jika tidak sampai satu pusingan penuh sekalipun, masih ada berjalanan...(di atas itu ialah gambar hiasan...di suatu pantai di Langkawi)





Siapa tidak boleh melupakan merentasi Lebuh Raya Utara-Selatan dari Pulau Pinang ke arah Kuala Lumpur seorang diri dan pulang semula...Lebih-lebih lagi pada waktu malam...(Tidak jumpa gambar di lebuh raya pada malam hari...dan sengaja meletakkan dua gambar, kerana sememangnya diri amat menggemari perjalanan di atas lebuh raya...)

Sememangnya diri ini amat suka berada dalam kondisi seorang diri...

Ketenangan diri mungkin? Namun, kita tahu, dengan mengingati Allah sahaja hati akan lebih tenang...ini yang mungkin kurang diamalkan dahulu, dan mungkin juga sekarang...

~Diri yang suka menyendiri~
~Tahu teori tidak bermakna kita mampu beramal dengan praktikalnya~

1 comments:

teh bunga chrysanthemum said...

aku x suka lebuh raya...
orang suka bawak kete laju2..
cuak.