Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Tuesday, January 4, 2011

Singsingkan Lengan Baju...

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

Katakanlah: 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'. [Yusuf, 12 : 108]
--------------------

Dahulu,


Sekarang,


::: Menuju 'daulatur risalah' (negara risalah) :::

Daulatur risalah - Suatu frasa yang beberapa kali diulang oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid dalam beberapa siri penyampaian beliau semasa di Perhimpunan Musim Sejuk anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) tempoh hari.

Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan yang termasuk dalam rahmat dan redha-Mu.

Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan mukhlisin, golongan yang ikhlas kerana-Mu.

Ya Allah, selamatkanlah dari api neraka-Mu, dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu.
"Maka sahabat, berjuanglah, raih kemenangan, tanpa harus merasa menjadi sang pemenang" - Izzatul Islam, Arti Kemenangan
 ---------------------------------

Kamal Haziq,
Manchester,
1.47 am, 4 Januari 2011 M / 29 Muharram 1432 H.

Taubat itu Kemenangan

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak menulis di sini :)
Moga semua dalam keadaan sihat sejahtera.

----------------------------

Manusia, lelaki khususnya, dicipta dengan pelbagai sifat yang mewarnai dirinya. Jika kita berbicara tentang salah satu sifat itu, lelaki, biasanya tidak mengenal erti 'kalah'. 'Kalah' di sini bermaksud dalam sebahagian, kebanyakan atau dalam apa-apa sahaja situasi yang dihadapi, dia tetap akan mencari jalan untuk menyatakan bahawa dia itu berada di pihak yang benar, meskipun sudah terang-terangan dia melakukan kesalahan.

Jika dinasihati, dia tidak mahu mendengar.
Jika dimarahi, dia membalas dengan magnitud yang lebih tinggi.
Jika dia menang, barulah dia akan berpuas hati.

Itulah dia sikap EGO.

Hasil daripada sikap ego demikian, terdapat manusia yang senantiasa melakukan kesalahan. Bukan kepada manusia mahupun binatang semata-mata. Tetapi lebih dahsyat dari itu. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu mampu untuk menggerakkan alam untuk bersatu menentang jiwa-jiwa mereka yang maha kerdil itu.

Itulah dia kesalahan kepada SANG PENCIPTA, Allah SWT.

Alam semuanya tunduk kepada-Nya, dan ini bermakna jika anda melakukan suatu kesalahan kepada Penciptamu, maka anda sebenarnya sedang mengundang bencana daripada alam yang tidak putus-putus bertasbih kepada-Nya.

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [As-Shoff, 61 : 1]

Di sebalik segala kemungkaran tersebut, ada sebilangan yang menyedari hakikat kesalahan yang mereka lakukan. Mereka menyesal. Mereka takut. Mereka menangis. Tetapi, mereka berputus asa untuk kembali ke jalan kebenaran. Mengapa? Kerana mereka merasakan bahawa dosa yang mereka lakukan kepada Sang Pencipta itu terlalu banyak sehinggakan terasa amat mustahil untuk diampunkan. Mereka merasakan bahawa mencari keampunan Sang Pencipta itu ibarat mengharapkan tumbuhnya pepohon anggur di tengah-tengah padang pasir yang panas membara.

Sebenarnya, kita tidak perlu bersikap demikian. Kedua-duanya jangan.
Kita tidak seharusnya ego kepada Sang Pencipta.
Juga, kita tidak seharusnya berputus asa kepada Sang Pencipta.


Kerana, Dia sebenarnya menunggu hamba-hamba-Nya kembali pada-Nya, dengan rahmat-Nya yang luas meliputi seluruh langit dan bumi.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. [Ali Imran, 3 : 133]

Ingat, Allah SWT bukan seperti kita. Andai terdapat manusia lain yang melakukan kesalahan kepada kita dan meminta ampun kepada kita, tidaklah begitu mudah kadang-kala untuk kita mengampuni kesalahan orang tersebut. Bahkan, kita mungkin menyimpan dendam kesumat di dalam dada kita terhadap orang tersebut. Tetapi, Allah SWT itu Maha Pengampun. Ya, Maha Pengampun. Dia menanti kita!

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [Ali Imran, 3 : 135]

Dan ke manakah kesudahan bagi mereka yang kembali pada-Nya? Mudah sahaja.

Di sebuah tempat yang tidak pernah mampu difikirkan oleh akal manusia yang terbatas ini.
Di sebuah tempat yang keindahannya tiada tandingannya.
Di sebuah tempat yang di dalamnya hanya ada bahagia.

Itulah dia SYURGA.
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. [Ali-Imran, 3 : 136]
-------------------------

Anda merasakan bahawa anda manusia paling bersalah kepada Sang Penciptamu dalam dunia ini? Jangan putus harapan. Kerana harapan itu masih ada.

Buanglah egomu kepada-Nya, dan Dia menantikan kepulanganmu pada-Nya.

Kembalilah kepada-Nya, dan Dia akan memberikan kemenangan kepada dirimu di hari yang tiada lagi naungan selain daripada naungan-Nya...

__________________

Kamal Haziq,
Manchester,
Anggaran jam 1.00 am, 4 Januari 2011 M / 29 Muharram 1432 H.

Thursday, October 21, 2010

Mengenal Golongan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum...

Apakah yang ingin disampaikan di sini?
Mudah sahaja, untuk kita sama-sama mengenali siapakah 'syaitan' itu sebenar-benarnya.

Sumber: e-book Materi Tarbiyyah (Rasmul Bayan)

Kiranya sekarang dah kenal kan siapa itu 'syaitan' kan? Bukan sekadar yang ghaib daripada pandangan sahaja, tetapi  juga yang zahir.

Kalau nak tahu lebih lagi, bolehlah kaji ayat-ayat yang tercatat dalam rajah di atas.

Wallahualam.

p/s: Jazakallah khair kepada murabbi, Akh Khalis kerana menyampaikan bahan ini :)

Monday, September 13, 2010

Kepelbagaian

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.

"Sekarang ini, banyak sangatlah gerakan Islam. Serabutlah kepala..."
"Di kawasan ini, kita sedang ada ramai ahli. Tapi ada beberapa gerakan Islam lain juga sedang cuba mengembangkan pengaruh dan bilangan mereka di sini. Kena fikir bagaimana hendak mengatasi cabaran ini..."

Begitulah senario yang semakin kerap berlaku dewasa ini. Daripada segenap sudut, dari UK ke Malaysia, dari Mesir ke Australia, pasti akan ada isu-isu tentang kepelbagaian harakah (gerakan) Islam.

Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang sudah lama established dengan tarbiyyahnya.
Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang baru sahaja hendak berkembang, atau berada di tahap ta'sis (pengasasan).
Ada situasi di mana di suatu tempat itu, terdapat harakah yang kian berkurang bilangan ahlinya.

Tidak pedulilah situasi apa pun sekalipun. Saya hendak bertanya anda semua, para penggerak atau para pengikut mahupun para penyokong harakah-harakah mana sekalipun:

Adakah anda berjuang kerana harakah atau kerana Islam?

Andai anda menjawab kerana yang pertama, perbetulkan niatmu.

Andai anda menjawab kerana yang kedua, alhamdulillah, doakan kita sentiasa berada di atas garisan ini. Tetapi, ada soalan tambahan untuk anda.

Adakah anda membenarkan anak-anak buah anda untuk mengetahui tentang jamaah-jamaah lain setelah mereka memahami tentang kepentingan melakukan amal secara berjamaah, atau anda terus mentakwin (membina) anak-anak buah anda dengan acuan anda sahaja, dengan menutup segala pintu untuk mereka discover tentang harakah-harakah lain?

Andai anda menutup pintu itu, maka anda mungkin melakukan suatu kesilapan yang besar.

Tidak semua manusia sesuai dengan cara sesebuah harakah itu bekerja.

Dan mungkin, ada anak-anak buah anda pun tidak sesuai bekerja dengan cara kerja harakah anda.

Namun, anda hanya membuka pintu tarbiyahnya (didikannya) dengan sebuah pintu sahaja, yakni pintu yang tidak sesuai dengannya.

Akhirnya, apa yang akan berlaku? Dia akan lari. Lari kembali kepada jahiliah. Kerana apa yang dia tahu ialah tentang harakah anda sahaja. Dan tidak tahu tentang harakah-harakah Islam di luar sana yang mungkin sesuai dengan dirinya. Nah, siapakah yang akan menjawab di akhirat kelak?

Andai anda membuka pintu, setelah anak buah anda memahami kepentingan amal jama'ie (amal secara berjamaah), maka, andai anak buah anda itu tidak sesuai dengan cara kerja harakah anda sekalipun, dia boleh sahaja lari kepada harakah Islam lain yang sesuai dengan dirinya. Dan bukan lari kepada jahiliah.

Bukalah matamu, dan elakkan kehilangan manusia yang baik-baik.

Wallahualam

Tuesday, September 7, 2010

Rebel

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.
"...dan BERMESYUARATLAH dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." [Ali Imran, 3 : 159]
Dalam amal jama'ie (berjemaah), kita sering diajar agar sentiasa taat, dan tsiqah (percaya) kepada pimpinan. Kedua-dua sikap ini sangat jelas dipaparkan oleh Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Ta'alim beliau.

"Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim, Rukun Baiah ke-6 - Taat)
"Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim, Rukun Baiah ke-10 - Tsiqah)
"Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat." (Imam Hasan al-Banna dalam Risalah Taalim,  Usul ke-5 daripada Usul 'Isyrin / Usul 20)
Ya, penting untuk seseorang ahli dalam jamaah itu memiliki sikap taat dan tsiqah kepada pimpinannya, kerana jika tidak dimiliki sikap ini, maka tidak perlulah adanya tanzim (struktur organisasi), kerana tidak berfungsilah tanzim itu jika langsung tidak ada sikap taat kepada ketua.

Persoalannya di sini, adakah sikap patuh tanpa soal itu suatu sikap yang baik untuk pembentukan diri seseorang akh itu? Kiranya ya, bagus untuk memupuk sikap taat itu dalam diri seorang-seorang akh itu, akan tetapi boleh juga membawa implikasi yang tidak baik.

Diberi satu contoh. Misalnya, seorang akh yang tidak biasa memasak diminta untuk menjadi tukang masak untuk satu-satu daurah (kursus atau seminar), yang melibatkan peserta yang ramai. "Tarbiyah (pendidikan) untuk didik anta memasak...takkan selalu hendak beli di luar sahaja", kata naqibnya. Bagi yang taat sahaja tanpa soal, pasti akan menerima tugas itu dengan rela hati. Tetapi akhirnya, mungkin, terjadi situasi di mana masalah berlaku tatkala memasak, yang akan memberikan kesan kepada seluruh peserta program yang kelaparan. Dan akhirnya akan memberikan kesan kepada perjalanan daurah. Elokkah itu?

Contoh yang lain, apabila seseorang akh diminta untuk menguruskan perjumpaan sekumpulan muslimin dengan sekumpulan muslimah dengan tidak perlu bertabir, sedangkan sebelum ini dia tidak biasa langsung bergaul secara silang-jantina. "Tarbiyah untuk didik anta berkomunikasi dengan akhawat...ini asyik sembunyi sahaja, bagaimana mahu berkahwin nanti?", kata naqibnya. Yang taat, pasti akan menerima tugas itu tanpa soal. Akhirnya, apa yang terjadi? Dia sendiri terpaku, tidak berdaya untuk berkata-kata, dek kerana perasaan malunya kepada kumpulan muslimah tersebut. Akhirnya, perjumpaan itu tidak mampu membuahkan hasil yang dikehendaki, dan tertangguhlah pelbagai isu.

Pandangan peribadi saya di sini ialah, adalah wajar untuk kita tidaklah selalu 100% taat tanpa soal andai kita disuruh untuk melakukan kerja-kerja tertentu.
Kadang-kala, kita perlu menjadi REBEL.
Kadang-kala, kita perlu mengutarakan persoalan-persoalan tentang arahan tersebut.
Kadang-kala, kita perlu mengkaji dahulu arahan tersebut.
Kadang-kala, kita perlu menilai dahulu, arahan tersebut sesuai dengan kemampuan kita atau tidak.

Wallahualam. Sekadar coretan.

Sunday, August 22, 2010

Medan

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assamualaikum.

Bila dirimu terasa...kosong...
Bila dirimu terasa...kekurangan...
Bila dirimu terasa...ketinggalan...

Maka gerakkanlah dirimu...terjunlah ke dalam medan amal =)

Meskipun pada mulanya payah...bila kamu telah berjaya melakukannya...maka sebenarnya tidaklah seberat sebelum melakukannya...

...Kerana harapan itu masih ada...

Thursday, August 19, 2010

Pelajaran Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...dan Assalamualaikum.




(dipetik daripada Serial Cinta, karya Anis Matta)

*Anis Matta, atau biasa juga dipanggil Ustadz Anis Matta; beliau memegang posisi Sekretaris Jenderal (Sekjen) dalam Partai Keadilan Sejahtera.

Moral atau pengajaran:
Selepas akhirnya petikan.

______

Memang tidak mudah. Sebab tidak karena kamu mencintai, lalu hendak memberi, atau kamu menebar pesona kematanganmu melalui itu, maka cintamu berbalas. Fakta ini mungkin pahit. Tapi begitulah adanya: kadang-kadang kamu harus belajar menepuk angin, bukan tangan lain yang melahirkan suara cinta.
Sebabnya sederhana saja. Cinta itu banyak macamnya. Ada cinta misi: cinta yang memang kita rencanakan sejak awal. Cinta ini lahir dari misi yang suci, didorong oleh emosi kebajikan dan didukung dengan kemampuan memberi. Misalnya cinta para nabi kepada umatnya, atau guru kepada muridnya, atau pemimpin kepada rakyatnya, atau ibu kepada anaknya. Jiwamu dan jiwa orang yang kamu cintai tidak mesti bersatu. Cinta ini sering tidak berbalas. Bahkan sering berkembang jadi permusuhan. Lihatlah nabi-nabi itu dimusuhi umatnya, atau para ibu ditelantarkan anak-anaknya di usia tua, atau pemimpin yang baik dibunuh rakyatnya, atau guru yang dilupakan murid-muridnya.
Inilah cinta yang paling luhur. Paling suci. Sebagian besar kebaikan yang kita saksikan dalam kehidupan kita, bahkan dalam sejarah umat manusia, sebenarnya merupakan buah dari cinta yang ini. Ambillah contoh: 1.3 milyar umat Islam saat ini adalah hasil perjuangan berdarah-darah sang nabi beserta sahabat-sahabatnya. Itu cinta misi.
Tapi ada jenis cinta yang lain. Cinta jiwa. Cinta ini lahir dari kesamaan atau kegenapan watak jiwa. Jiwa yang sama atau berbeda tapi saling menggenapi biasanya akan saling mencintai. Cinta ini yang lazim ada dalam hubungan persahabatan dan perkawinan atau keluarga. Cinta ini mengharuskan adanya respon yang sama: cinta tidak boleh bertepuk sebelah tangan di sini.
Inilah cinta yang paling rumit. Serumit kimia jiwa manusia. Suatu saat, misalnya Umar Bin Khattab hendak melamar Ummu Kultsum Binti Abu Bakar, adik Aisyah ra. Gadis itu sangat belia dan tumbuh diantara jiwa-jiwa lembut nan penyayang. Aisyah ra jadi gusar. Wataknya tidak bertemu dengan watak Umar. Tapi siapa berani menolak lamaran manusia paling sholeh dimuka bumi ketika itu? Namun dengan diplomasi yang sangat halus, melalui kepiawaian Amr Bin Ash, Aisyah ra menolak lamaran itu sembari menyarankan sang khalifah menikahi Ummu Kultsum Binti Ali Bin Abi Thalib, adik Hasan dan Husaen. Kali ini lamarannyaditerima: Ali dan Umar memiliki watak yang sama.”Tidak ada alasan menolak lamaran manusia terbaik dimuka bumi”, kata Ali ra.
Ada cinta ketiga. Cinta maslahat. Cinta ini dipertemukan oleh kesamaan kepentingan. Mereka bisa berbeda watak atau misi. Tapi kepentingan mereka sama maka mereka saling mencintai. Misalnya hubungan baik yang lazim berkembang di dunia bisnis. Suara ramah dari penjawab telepon, atau senyum manis seorang pramugari, atau layanan sempurna seorang resepsionis hotel: semua berkembang dari kepentingan tapi efektif menciptakan kenyamanan jiwa (comfortability). Anda adalah bagian dari pekerjaannya. Bukan jiwanya. Anda adalah kepentingannya. Bukan misinya.
______
Pengajaran:
1. Cinta Misi:
- Apakah kita pernah berjaya memberikan orientasi cinta misi ini kepada cinta menyebarkan risalah-Nya? Atau kita punya misi lain selain misi agung itu?
2. Cinta Jiwa:
- Tidak dinafikan penting. Kerana boleh menjadi satu punca kekuatan dan ledakan semangat. Tetapi adakah kita terlalu mengejar cinta jiwa ini? (Muhasabah lebih-lebih lagi kepada diri sendiri)
3. Cinta Maslahat:
- Boleh menjadi suatu kelebihan jika disalurkan ke jalan yang benar. Misalnya, harakah-harakah (gerakan-gerakan) Islam di seluruh dunia berganding bahu dalam usaha menegakkan semula syariat. Adakah kita pernah menyalurkan cinta ini demi kebaikan umat...atau kita pernah menyalurkannya ke arah yang memudaratkan umat?

Wallahualam.