Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Thursday, April 14, 2011

Peradaban Cinta

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Berkaitan perkara yang tertera di tajuk, sang penulis telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah blog baru, di mana blog tersebut akan memainkan peranannya untuk menyampaikan ekspresi penulis terhadap...(click link di bawah untuk mengetahui) :)

http://peradabancinta.wordpress.com

Wallahualam.

Monday, March 14, 2011

Kita dan Cinta

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. 
“Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku,” kata Fatimah. 
“Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. 
“Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah. 
(petikan dari http://www.facebook.com/notes/salman-al-farisi/persahabatan-antara-lelaki-dgn-wanita/10150113988058953)


Seperti laut dan ombak, seperti itulah manusia dan cinta. 
Seperti rembulan dan malam hari, seperti itulah manusia dan kasih sayang.
Seperti mentari dan siang hari, seperti itulah lelaki dan wanita.


Dalam kisah di atas, ternyatalah bahawa mereka yang paling bertaqwa sekalipun tidak bisa dipisahkan daripada sebuah perasaan yang mendamaikan, mendambakan sesuatu, dan menggegar jiwa dan sanubari. Kerana mereka juga ialah manusia. 


Itulah dia cinta.


Kali ini, kita tidak berbicara tentang perasaan cinta itu sendiri, kerana sudah banyak buku di luar sana yang membicarakan perihal itu. Dan mungkin anda sendiri lebih menguasai hal tersebut berbanding saya.


Sebaliknya, kita sedang berbicara bagaimana untuk menyalurkan perasaan tersebut ke jalan yang terbaik dan diredhai Allah. 


Fatimah ra mendambakan Ali ra, namun dia menjaga, dan tidak melanggari batasan syarak, hinggalah dia menikah dengan Ali ra. 


Memendam perasaannya.
Merindui kehadirannya.
Mendambakan sosok idamannya.
Menanti saatnya....


Akhirnya, setelah menikah, diluahkan segala isi hatinya itu, dengan penuh rasa kasih sayang dan cinta. Dan cintanya bersambut, itu sudah pasti! 


Jagalah dirimu, atau lebih tepat, diri kita, sebelum menikah.


Nah, ambillah link di bawah, moga meningkatkan motivasimu. :)


http://hafiziazmi.webs.com/Potret%20Zaujahku%20by%20Alfi.pdf

_______

Teman,

sepinya diriku bukanlah beerti dirimu dilupai

tapi, cantiknya cara hidup ini mengajarku agar hati ini dijaga.

diri ini sering kali tertanya-tanya, “Apakah perkhabaranmu wahai sahabat?”

namun, ku bimbangi niatku ini disalah ertikan

bukan sahaja dirimu, malah diri ini sendiri.

bersabarlah teman, andai itulah keputusan imanmu,

andai tersalah anggapan ku, maka pilihlah mereka yang mana hatinya terikat pada dakwah dan tarbiyyah…

agar dirimu sentiasa terpelihara…

jika benarlah diriku, maka bersabarlah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar…

dan sesungguhnya aku juga dalam penantian….

penantian menunggu saatnya, untuk diriku menanyakanmu soalan itu…tanpa ragu dan bimbang……

“Jaga diri baik-baik ya” :D
_______

Kamal Haziq,
Manchester.



Tuesday, March 1, 2011

SeSI 2011


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

"...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu... " [QS. Al-Maa-idah: 3] 
Islam itu adalah sebuah sistem yang mencakupi semua aspek kehidupan. Ianya meliputi politik, ekonomi, sosial, ilmu dan peradaban manusia.

Ingat, perjuangan kita bukanlah hanya untuk mensejahterakan negara kita semata-mata, tetapi kita sebenarnya berperanan untuk menjadi penguasa dunia, dan menjadikan dunia ini tunduk dan menjadikan risalah Islam itu sebagai rujukan.

Anda berfikir untuk menguasai dunia? Maka anda mestilah menguasai ilmu-ilmu secara syumuliah...keseluruhan, dalam pelbagai aspek kehidupan.

Jadi, SeSI ini adalah salah satu kaedah untuk anda melakukan demikian. :)

Mari, kita ke SeSI 2011!

Palestine: Today and Tomorrow



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Palestina itu bukanlah sekadar isu kemanusiaan. Tetapi ia juga adalah isu aqidah. Isu ukhuwwah. Isu kepedulian umat.

Jadi, marilah menyumbang sedikit daripada masa anda untuk menambahkan pengetahuan anda tentang Palestina, agar anda dapat menjadi kontributor kepada perjuangan di Palestina kelak.

Thursday, February 10, 2011

Tawakal

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Terbitnya mentari pada setiap pagi merupakan suatu manifestasi agung tentang harapan. Harapan bahawa hari itu akan menjadi lebih baik berbanding semalam. Harapan bahawa hari itu akan membuahkan hasil yang terbaik. Harapan bahawa perjalanan hidup pada hari itu akan dihadapi dengan kejayaan. Dan harapan bahawa hari semalam yang suram dapat dipadamkan selama-lamanya.
Seperti itulah seorang mukmin itu seharusnya. Dia senantiasa hidup dengan harapan, dengan pengharapan! Kerana harapan itu adalah sebuah kehidupan yang hidup. Dia tidak langsung mengikat dirinya dengan suatu istilah yang rendah lagi hina - berputus asa. Itu semestinya tidak boleh wujud dalam kamus kehidupan seorang mukmin.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir [Yusuf, 12 : 87]
Kemudian, kepada siapakah seseorang mukmin itu berharap? Oh tidak, bukan kepada rakannya, kerana boleh jadi rakan tersebut meninggalkan dirinya tatkala sedang kesusahan dan ketika dirinya tidak dapat memberikan manfaat kepada rakannya itu. Bukan juga kepada pensyarahnya, kerana pensyarah tersebut tidak lagi dapat membantu andai dirinya sudah memasuki dewan peperiksaan. Bukan juga kepada doktornya, kerana boleh jadi doktor tersebut tidak mampu untuk merawat penyakitnya tatkala sudah kronik.
Jadi, kepada siapakah sebenarnya mukmin itu meletakkan pengharapan itu sebenarnya? Pernahkah dia memerhatikan pakaian yang dipakainya? Pernahkah dia memikirkan akan makanan yang dimakannya? Pernahkah dia menghargai erti mempunyai ibu dan bapa? Daripada siapakah datangnya kurniaan-kurniaan itu? Apakah dia tidak berfikir?
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan [Ar-Rahman, 55 : 13]
Manusia sememangnya zalim. Zalim dari segi tidak meletakkan Allah di tempat-Nya yang tertinggi. Sentiasa meletakkan pengharapan kepada yang lain selain daripada-Nya. Atau dari satu sudut yang lain, dia berputus asa dalam mengharungi kehidupan ini, dan merasakan bahawa kehidupan ini tiada makna sama sekali. Ketahuilah, kedua-duanya salah sama sekali.
…kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya [Ali Imran, 3 : 159]
Allah SWT senantiasa menanti hamba-hamba-Nya untuk merintih kepada-Nya. Allah SWT senantiasa membuka peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk meminta apa sahaja yang terbuku di kalbu. Dan ingatlah, Dialah yang paling mengenali kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Seperti seorang engineer yang akan paling mengenali suatu sistem mesin yang diciptakannya sendiri, seperti itulah Allah mengenal kita.
Itulah dia harapan yang sebenar-benarnya. Harapan bersandarkan kepada Allah SWT. Bukan kepada manusia, bukan kepada makhluk. Dan bukan pula tiada langsung harapan. Itulah namanya tawakal.
Jadi, andai anda mahukan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, usahalah, kemudian mintalah dan bertawakallah kepada-Nya. Insya-Allah Dia akan memberikan yang terbaik. Jika anda mahu memilih pasangan untuk dijadikan motivasi dalam perjuangan, mintalah dan bertawakallah kepada-Nya. Insya-Allah Dia akan mengurniakan penyejuk mata dan penenang kepada dirimu.
Sesungguhnya, harapan itu masih ada.

Mihwar, Tarbiyah dan Mutabaah


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Dakwah itu ada tahapan-tahapannya.
Ada mihwar-mihwarnya.


Daripada mihwar tanzimi kepada mihwar sya'bi kepada mihwar mu'assasi kepada mihwar daulah, setiap mihwar itu perlukan kepada pendokong-pendokongnya.

Dan, bak kata Ustadz Hilmi Aminuddin, Ketua Majlis Syuro PKS, tarbiyah itu adalah esensi walau dalam mihwar apa sekalipun. (Lebih kurang or exact words drpd beliau).

Semakin maju bergerak kepada mihwar yg seterusnya, maka kader-kader dalam suatu harakah MESTILAH bersedia. Bersedia bagaimana?

Semakin maju menyongsong satu mihwar ke mihwar yg seterusnya, cabarannya akan lebih getir. Tentangannya akan lebih dahsyat. Fitnah akan lebih berleluasa.

Menelusuri sirah Rasulullah SAW, perjalanan umat Islam tidak terhenti selepas mendapat daulah Islamiyyah di Madinah. Bahkan, cabaran dalam magnitud yang berintensiti lebih tinggi diperoleh. Peperangan demi peperangan tercetus, bermulalah daripada Perang Badar, Uhud, Tabuk, dan sebagainya demi menegakkan risalah. Dunia menyaksikan itu.

Maka, pabila cabarannya kian menggunung, dzatiyyah ahli-ahli harakah perlu diperkukuhkan. Tanzim perlu diperkasakan. Dari manakah asalnya sumber-sumber kekuatan itu? Jawapannya, iman dan tarbiyyah.

Cuba lihat profil kader-kader Partai Keadilan Sejahtera, saksikan sendiri mutabaah mereka (yg diri sndiri pun jauh lagi nak sampai). Andai kamu bisa penuhi mutabaah-mutabaah itu, maka kamu sudah bersedia memikul bebanan mihwar daulah. 

Andai belum, jom, sama-sama kita perkasakan diri kita. Penuhi mutabaah-mutabaah kita yang susah untuk lengkap atau mungkin ada sahaja lubang-lubangnya..lebih-lebih lagi kepada diri yang menulis...yang sendiri pun payah amat untuk melangsaikan mutabaahnya =( =( =(

- Kerana sesungguhnya medan menulis itu lebih kecil daripada medan berfikir... -

Sunday, January 9, 2011

Tragedi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

(Petikan daripada Serial Cinta Tarbawi, karya Ustadz Anis Matta, Sekjen PKS)
Ada sisi lain yang menarik dari pengalaman emosional para pahlawan yang berhubungan dengan perempuan. Kalau kebutuhan psikologis dan bilogis terhadap perempuan begitu kuat pada para pahlawan, dapatkah kita membayangkan seandainya mereka tidak mendapatkannya?

Rumah tangga para pahlawan selalu menampilkan, atau bahkan menjelaskan, banyak sisi dari kepribadian para pahlawan. Dari sanalah mereka memperoleh energi untuk bekerja dan berkarya. Tapi jika mereka tidak mendapatkan sumber energi itu, maka kepahlawanan mereka adalah keajaiban di atas keajaiban. Tentulah ada sumber energi lain yang dapat menutupi kekurangan itu, yang dapat menjelaskan kepahlawanan mereka.

Ibnu Qoyyim menceritakan kisah Sang Imam, Muhammad bin Daud Al Zhahiri, pendiri mazhab Zhahiriyah. Beberapa saat menjelang wafatnya, seorang kawan menjenguk beliau. Tapi justru Sang Imam mencurahkan isi hatinya, kepada sang kawan, tentang kisah kasihnya yang tak sampai. Ternyata beliau mencintai seorang gadis tetangganya, tapi entah bagaimana, cinta suci dan luhur itu tak pernah tersambung jadi kenyataan. Maka curahan hatinya tumpah ruah dalam bait-bait puisi sebelum wafatnya.

Kisah Sayyid Quthub bahkan lebih tragis. Dua kalinya ia jatuh cinta, dua kali ia patah hati, kata DR. Abdul Fattah Al-Khalidi yang menulis tesis master dan disertasi doktornya tentang Sayyid Quthub. Gadis pertama berasal dari desanya sendiri, yang kemudian menikah hanya tiga tahun setelah Sayyid Quthub pergi ke Kairo untuk belajar. Sayyid menangisi peristiwa itu.

Gadis kedua berasal dari Kairo. Untuk ukuran Mesir, gadis itu tidak termasuk cantik, kata Sayyid. Tapi ada gelombang yang unik yang menyirat dari sorot matanya, katanya menjelaskan pesona sang kekasih. Tragedinya justru terjadi pada hari pertunangan. Sambil menangis gadis itu menceritakan bahwa Sayyid adalah orang kedua yang telah hadir dalam hatinya. Pengakuan itu meruntuhkan keangkuhan Sayyid; karena ia memimpikan seorang yang perawan fisiknya, perawan pula hatinya. Gadis itu hanya perawan pada fisiknya.
Sayyid Quthub tenggelam pada penderitaan yang panjang. Akhirnya ia memutuskan hubungannya. Tapi itu membuatnya semakin menderita. Ketika ia ingin rujuk, gadis itu justru menolaknya. Ada banyak puisi yang lahir dari penderitaan itu. Ia bahkan membukukan romansa itu dalam sebuah roman.

Kebesaran jiwa, yang lahir dari rasionalitas, relaisme dan sangkaan baik kepada Allah, adalah keajaiban yang menciptakan keajaiban. Ketika kehidupan tidak cukup bermurah hati mewujudkan mimpi mereka, mereka menambatkan harapan kepada sumber segala harapan; Allah!

Begitu Sayyid Quthub menyaksikan mimpinya hancur berkeping-keping, sembari berkata, “Apakah kehidupan memang tidak menyediakan gadis impianku, atau perkawinan pada dasarnya tidak sesuai dengan kondisiku?” Setelah itu ia berlari meraih takdirnya; dipenjara 15 tahun, menulis Fi Dzilalil Qur’an, dan mati di tiang gantungan! Sendiri! Hanya sendiri!
__________________

Kamal Haziq,
Manchester,
Anggaran jam 2.45 am, 9 Januari 2011 M / 5 Safar 1432 H