Perjalanan Ini

Perjalanan Ini

Koleksi

Friday, June 13, 2008

Khutbah Jumaat....Peringatan Islami atau Sekadar Bicara Kosong?




Bismillahirrahmanirrahim...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - [Al-Jumu'ah, 62:9]


Khutbah Jumaat, salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, di mana tanpanya, tidak sahlah solat Jumaat. Dan, apakah hikmah khutbah Jumaat dilaksanakan sebelum solat Jumaat? Kita lihat di sini, solat Jumaat hukumnya wajib ke atas semua lelaki mukmin, dan, kesemua lelaki yang bergelar muslim perlu ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Dan, apabila beramai-ramai mereka berkumpul di masjid, maka, dengan adanya khutbah Jumaat, dapatlah mereka bersama-sama, dalam satu jemaah yang besar, menerima input dan peringatan tentang Islam, agama mereka. Mereka akan dapat memperoleh nasihat, lalu secara kolektifnya, memperbaiki diri, iman dan Islam mereka....dan bukan sahaja dapat peluang mencapai pahala 27 kali solat dengan solat berjemaah semata-mata.

Namun, apakah khutbah Jumaat kini mencapai objektifnya, yakni untuk memberikan peringatan Islami kepada para mukmin? Tepuk dada, tanya selera. Secara jujurnya, mengikut pengalaman, objektif itu tidak tercapai. Mengapa?

1) Khutbah Jumaat hanya dibaca mengikut teks yang diberi, bukannya spontan. Dan biasanya teks khutbah adalah umum, dan tidak mengikut kesesuaian tempat (teks khutbah biasanya dirikan teks yang sama bagi seluruh negeri, tak kira kampung atau bandar). Maka, kalau dah khatib kena baca je apa yang tertulis dalam teks, maka, mesej tidak akan dapat sampai, kerana, mungkin teks yang diberi tidak sesuai dengan keadaan semasa dan masyarakat sekeliling. Justeru, khutbah yang spontan (di mana hanya imam2 yang bertauliah sahaja yang berkhutbah) sepatutnya disampaikan, kerana dengan cara ini, khatib akan dapat menyesuaikan khutbah dengan situasi tempat dan masyarakat (bagi tajuk, khatib hurai sendiri).

2) Imam yang membaca khutbah biasanya hanya sekadar membaca; udahlah membaca sahaja, lepas itu membaca dengan tidak bersemangat langsung. Sedangkan khatib sendiri tidak bersemangat, inikan pula makmum - habis tertidur...

3) Ini trend latest - khutbah jadi ceramah politik. Ape kena aa sampai jadi camni? Orang berkhutbah nak beri nasihat Islami, nak beri peringatan, tapi lain pula jadinya. Bagi khutbah pasal parti itulah, parti inilah, sokong kerajaanlah, sokong pembangkanglah, calon itu dan inilah... Memang, tidak patut, dan lari daripada hikmah khutbah Jumaat yang sebenarnya, yakni untuk memberikan peringatan.

Secara kesimpulannya, khutbah Jumaat pada masa kini sememangnya telah lari daripada tujuannya yang sebenar, yakni untuk menyampaikan peringatan dan nasihat Islami kepada para muslimin.

Sebagai contohnya, khutbah Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya, 13 Jun 2008, di mana khatib bercakap mengenai tajuk "Berjimat Cermat". Masa mula-mula agak mantap aa isinya... Namun, semakin lama berjalan, masuk pula hal2 politik - harga minyak. Khatib pergi terangkan pula kenapa harga minyak patut naik, bagi justifikasi pula kenapa harga minyak itu naik...dan secara tidak langsungnya tindakan kerajaan Persekutuan menaikkan harga minyak itu adalah patut dilakukan... Ke mana perginya penghayatan Islam??

Sudahlah, berhenti di sini sahaja. Wahai imam-imam se-Malaysia, laksanakanlah usaha bagi memantapkan kembali khutbah Jumaat di seluruh negara, dan bukan hanya percakapan kosong semata-mata....

3 comments:

Anonymous said...

Khutbah jumaat sudah begitu ek...patutla ramai bdk laki suka datang solat jumaat lps khutbah..huhuhu..ni satu masalah lain...mungkinkah salah isi khutbah atau salah kesedaran diri..a little a both I think..

ashraFF said...

cam ne plak kalau imam pak arab bagi khutbah jumaat kat US? lol...

PeRaNTau said...

tatao....

korang camne?